Isnin, 17 Oktober 2011
NAMAKAN PENAMA KWSP ANDA
Semua ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) khususnya mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 dalam simpanan perlu menamakan waris kepada simpanan mereka.
KWSP berkata tanpa penamaan, keluarga atau waris terdekat pencarum yang meninggal dunia terpaksa melalui proses yang sukar dan memakan masa untuk menuntut simpanan ahli.
"Ahli yang mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 dalam simpanan KWSP dan belum membuat penamaan waris harus menyahut seruan ini dengan segera. Amaun ini cukup besar untuk disalurkan kepada tanggungan mereka," kata Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya, proses penamaan waris hanya mengambil masa beberapa minit sahaja di mana ahli hanya perlu mengisi Borang KWSP 4 dan menyerahkan kepada cawangan KWSP terdekat.
Beliau berkata, penamaan KWSP akan mengatasi wasiat bertulis dan bagi ahli beragama Islam yang mempunyai penamaan, penama akan bertindak sebagai pentadbir (wasi) yang bertanggungjawab mengagihkan simpnanan itu mengikut hukum faraid.
BERITA HARIAN.
ULASAN AKU.......
Susah sangatkah penama? Pergi ke KWSP dan cuma bawa kad pengenalan. Isi borang penama. Oh sungguh mudah. Usah disangka kita ini terus hidup, kerana bila-bila masa on call kita akan menemuiNya.
Satu lagi, ada kes suami koma, duit tak boleh dikeluarkan, isteri tak kerja. Bagaimana tu? Sebab tu suami jangan lokek sangat no pin ATMnya. Paling tidak, adakan satu akaun bersama untuk kes kecemasan seperti itu.
Tabung Haji juga ada penama. Tetapi ASB tiada penama. Kalau semua duit simpan kat situ, kena tunggu masa yang lama, kerana melibatkan pelbagai urusan termasuk kes harta pusaka dan amanah raya.
Kalau tak percaya dengan pewaris anda...letak je nama aku sebagai penama anda.......hehehehe.....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
ahaaa...
pesanan baris terakhir tu paling bernas!
penama kwsp saya dah setel!
ada yang kata penama hanyalah sebagai "pengurus" duit2 tinggalan si mati dan pembahagian masih mengikut faraid ... ada yang kata sebaliknya pula...
Benar, contohnya Tabung Haji
Dalam cek yg dihantar, LUTH akan MENYERTAKAN satu kenyataan
Tuan dikehendaki membahagikan kepada waris-waris yang berhak ....
Jadi penama mestilah seorang yang sangat dipercayai dan amanah.
erm kami skim pencen
Skim pencen tak perlu penama...
berreh!
Alhamdulillah
Catat Ulasan