Selasa, 25 Oktober 2011

KENA MARAH BAPAK BUDAK


Seminggu bercuti ni, aku dapat meluangkan masa menghantar dan mengambil Arina. Tadika tu tak terlibat dengan cuti Deepavali yang berganti-ganti tu. Satu hal yang menjadi topik aku pagi ni ialah, cikgu tadika itu lambat mengeluarkan budak-budak tu. Nasyid-nasyid dulu....salam-salam lama-lama, sampailah 10 - 15 minit lewat. Ibu bapa dah ada yang berpanas di motosikal mereka. Nampak wajah-wajah yang tak berapa senang.


10 - 15 minit terlalu lama bagi yang menunggu di bawah panas terik matahari.


Lalu aku teringat satu insiden yang berlaku kat sekolah aku tahun lalu. Kawan aku tu baru berpindah ke sekolah itu. Beliau memang terkenal sebagai guru yang sangat rajin. Maka kerana matlamat pembelajaran belum tercapai, barulah jam 1.45 petang, budak-budak tu keluar kelas. Sepatutnya jam 1.30.


Datanglah seorang bapak budak, memaki hamun....


"Hoi! Cikgu Bodoh, kami ni panas macam nak pecah kepala awak tak tau ke!? Lain kali ikutlah masa!"


Kawan aku tu diam saja....tenang.......


Rajin lebih-lebih pun orang marah....entahlah......




Satu lagi kes. Cikgu J. Beliau juga ajar terlebih masa, masa balik lah ni....Sampai dekat pukul 2.00. Maklumlah budak tu tak faham-faham formula matematik tu.


Datang seorang bapa, kepadanya, cakap dengan penuh perasaan kesal...


"Cikgu, cikgu telah menabur pasir ke dalam periuk nasi saya...."


"Kenapa?"


"Sebab cikgu keluarkan anak saya lambat, saya hampir diberhentikan oleh majikan saya, saya ni mintak kebenaran ambik anak ni 10 minit saja, ini dah setengah jam, setiap minggu saya kena marah bos saya...tolonglah jangan buat macam ni"


Pengajaran:
Tepatilah MASA dalam apa-apa keadaan sekali pun. 

6 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Betul jugak tu.. berlainan dgn zmn mak ayah kita dulu, diorang keja sendiri, nk bertunggu tangga kat sekolah pun takde sapa nk berhentikan keja..

Mat Som Sadona berkata...

Kita dulu pergi balik sendiri
Budak sekarang manja sokmo
Lagi pun dulu tak ada kes culik dan jenayah lain

Tanpa Nama berkata...

1.sebabtu la agaknya noo! dalam belanjawan 2012 golongan guru telah diberi perhatian!
2.dulu terkilanla la jugak tak jadi pensyarah u atau maktab bila diberi peluang!tapi bila ada penambahbaikan dalam skim gaji guru!rasa syukurlah juga bergelar cikgu !
3.TAPI kadang-kadang letih jugak dok pikiaq!bila jadi cikgu ni! letih fizikal dan mental bila berhadapan dengan murid!
4.DAN yang paling letih!berhadapan dengan ibubapa macam matsom cerita tu!baru-baru ni ada sorang mak pelajar bermasalah datang jumpa sebab kununnya nak bela anaknya!jawapan pada dia mudah jee!!
5.KAK!KAMI TAK DIBERIPUN SEROTAN rm50.00 UNTUK MEROTAN PELAJAR.....ada lagila sambungan ayat tersebut nooo!
6.dan kakak tu pun balik dengan minta maaf dua tiga kali!

Kayu Manis berkata...

sama -sama kena faham situasi..ada juga ke jadian tu berlaku di sini..

Mat Som Sadona berkata...

Oitt!
Tapi kalau anak kita kena belasah cikgunya, tertanya-tanya jugak kita. Kalau kesalahannya sepadan tak apalah. Kalau setakat budak Tahun 1-3 buat bising kena lempang, senget muka, kesian jugak kan?

Mat Som Sadona berkata...

Cinnamon
Dilema cikgu ni bukan di MSIA saja
Di seluruh dunia
Kat barat tu, anak murid tembak cikgu lagi!