Semalam ronda Muar...gambar ni je yang dapat
(Dah 2 minggu Iskandar pandai berjalan)
Hari ni kami ke Felda Layang-layang yang terletak
Hari ni kami ke Felda Layang-layang yang terletak
tidak jauh dari Simpang Renggam
Tujuan utama: Mengiringi rombongan meminang Awang Sani
anak saudara isteriku. Kak Saniah dah menetap di Simpang Renggam
sejak mula berumah tangga lagi pada tahun 80-an.
Seronok betul tengok barisan penduduk awal Felda Layang-layang ini memeriahkan majlis pertunangan anak jiran mereka
Pulut kuning tak tinggal...adat masih kuat di sini
Antara kuih popular di Felda Layang-layang
Aku kira-kira konvoi rombongan kami lebih 20 kereta. Risau juga kalau-kalau tuan rumah pitam......
Banglo-banglo ini membuktikan status hidup kebanyakan
penduduk Felda Layang-layang ini semakin memberangsangkan. Syukur kepada Allah. Jasa Tun Razak memang tidak akan dilupakan.
Nama tuan rumah bakal bapa pengantin perempuan
En Johari Selamat dan Pn Rohana Talib
Apabila terpandang rumah ni...memang satu nostalgik pada anak-anak Felda.
Teringat lakonan Rosyam Nur semasa mula-mula meneroka Felda.
Aku sempat interview tuan rumah ini. Berasal dari Kampung Sungai Nibong Semerah. Telah menetap di sini selama 25 tahun.....wau!
Macam seronok duduk Felda ya!
6 ulasan:
memang seronok baca entri ni...abang saya juga duduk dkt felda sungkai,dulu rumah felda je..skrg ni nak separa banglo..kereta pulak berderet2..campur kereta anak le..rezeki!..drp susah dah senang..
Yalah, daripada wajah mereka
kita tahu mereka bahagia
Semoga generasi kedua dan seterusnya
turut berjaya dlm kehidupan mereka.
bestkan kalau dulu kita jadi anak2 Rancangan (dulu2 kan felda org sebut rancangankan) tentu rumah mak bapak kita cam banglow
cantiknya rumah2 kat felda ni...tu baru bertunang 20 biji kereta..esok kalau kahwin mau 50 biji kereta tu....heheh
bab makan2 tu memang jangan risau ler..biasanya orang Johorean especially yang Jaworld tu memang sungguh2 meraikan tetamu...dan makanan memang selalu berlebih....kan..kan...kan...
Mama Janet
Tu banglo tengah dibuat di Batu 21.
Mesti ada 9 bilik tu
Mama Miraki
Banyak lagi yg lebih cantik drp tu. Saya ambik gambar2 rumah yg dekat dengan rumah bakal pengantin saja.
Majoriti Johorian bab makan-makan memang tak dinafikan....mereka sanggup berhabisan utk meraikan tetamu!
Catat Ulasan