Selalu aku pusing-pusing kawasan perumahan aku ini, dan aku dapati majoriti penduduk di sini sangat berkira untuk menghidupkan lampu luar rumah. Jangankan nak hidupkan lampu belakang rumah, lampu rumah sebelah depan pun mereka jarang hidupkan. Mungkin, mereka nak jimatkan bil.
Aku ikut pesan jiran aku seorang anggota polis (sarjan mejar), kalau malam dah tidur, elok hidupkan lampu sebelah luar. Jadi orang yang nak masuk rumah kita agak gusar nak mengumpil pintu atau tingkap. Jika luar gelap, di dalam rumah pulak terang itu tak kena.
Jika kita duduk rumah teres, apa lagi rumah kita terletak di tengah-tengah, risiko agak kurang. Kita cuma jaga pintu depan, dengan belakang saja. Kalau rumah sebuah, kena jaga sekeliling dengan pelbagai CCTV dan penggera.
Maklumlah, sekarang ni macam-macam hal telah berlaku. Ingat sebelum kena...
Ni cerita lain pulak....ustaz aku kata (dah meninggal dunia dah ustaz aku yang alim tu)...kalau kita rajin mengaji, rumah kita akan nampak bercahaya. Malaikat di langit akan melihat rumah kita ni macam bintang berkerlip yang kita lihat dari bumi. Oh marilah kita SAMA-SAMA MENGAJI...supaya para penghuni langit nampak cahaya dari rumah kita, dan tidak gelap gulita, macam orang jimat elektrik yang keterlalauan itu.
12 ulasan:
benar kata ustaz tu...rajin2 ler kita mengaji supaya rumah kita diterangi cahaya.
terima kasih atas peringatan cikgu...
di sini,kurang kes kecurian waktu malam...penyamun banyak buat keje waktu siang...huhuhu
ustaz cikgu tu berkata benr
Dah tua2 ni mmg kena bykkan baca Surah Al-Mulk lepas isyak.. utk "teman" kita dlm kubur.
saya pun selalu pasang
kata2 arwah ustaz cikgu 2 sama dgn apa yang penah mak sy salu cakap... sebb 2 la mak pesan suh salu mengaji:))
Mama Janet
Mengaji tu senang, tapi berat nak buat
SZ
Kira perompak di tempat SZ tu jenis muka tembok, beranilah. Sebab siang2 pun dia rompak.
Azani
Ustaz mesti berkata benar
Kalau tak rosaklah anak murid ya
MM
Banyak2laH MEMBACA Quran...memang teman kita dunia dan akhirat
Imanshah
Mesti rumah banglow tu!
AZANA
Ibu AZANA ni seguru dengan ustaz saya tu. Atau belajar kitab yg sama. Sekarang, Tugas kita pulak sampaikan kpd org lain.
Catat Ulasan