Selasa, 25 Oktober 2011

USOP WILCHA DENGAN ANAK ISTERI

Usop Hantu Mak Limah-(Ihsan Gambar Seri Dewi)

Anak-anak aku dah tengok cerita ni entah dah berapa puluh kali. Tak jemu-jemu. Filem lain, sekali tengok dah jemu. Temulak pilihan kedua.

Yang paling kesian adegan Usop kena langgar bajak semasa asyik melihat kek hari jadinya. Dialog paling popular sehingga menggemparkan Malaya ialah "Kita Bakoo...Kita bakor je!"

Usop Wilcha @ Syed Mohamad Asri. Berkahwin dengan Noorafiza Abdul Aziz, 18 tahun lebih muda daripada Usop. Anaknya baru seorang, Syed Chalip Umar. Dah lama maknanya Usop membujanglah ya....! 

Ish...tIba-tiba je aku cerita fasal artis. Bukan apa, selama ni tertanya-tanya siapa Usop ni? Baru ni lah aku tau....lagi pun 3,4 hari ni aku terbayang mayat Ghaddafi yang dijahit-jahit tu, ngerilah pulak. Aku takut Melayu kat Malaysia ni satu masa nanti, gaduh sesama mereka sampai macam tu. Yang ketawa berdekah-dekah tentulah Yahudi dan kuncu-kuncunya. Jadi...aku ingin melupakan mayat itu. Sungguh tragis!

6 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Haha... gossip yg baik2 tak pe la.. jgn buat gossip yg mengaibkan artis semata2 nak kejar traffik..

Mat Som Sadona berkata...

Hahahaha!
Aku nak cabut lampu trafik light
kat simpang tu....
Nak gantung kat blog aku ni
Biar trafik naik...!

che mid berkata...

Salam, tengok senyum dia tu rasa macam nak goyang tangan je..

p/s : Boleh tak masuk blog Che Mid, nak minta komen pasal entri terbaru..tk

IMANSHAH berkata...

ucop kalau di kaca tv memang buat org ketawa, tapi dalam radio ( hot FM ) rasanya tak sesuai lah

Mat Som Sadona berkata...

Goyang tangan awwww!

Mat Som Sadona berkata...

Imanshah,
Baru tau dia ada di HotFM
sAYA NI peminat fanatik SinarFM