Jumaat, 14 Oktober 2011

APA KESUDAHAN KERJAYA KITA?



Pada satu malam, di sebuah warung roti canai....seorang teman bertanya aku......


"Bila kau nak jadi Penolong Kanan, atau Guru Besar?" Rokok yang disedut  dihembus ke muka aku tanpa disedarinya.


Aku tersentak sebentar dengan soalan itu.


"Aku tak berminat jadi orang atas-atas ni" Aku cuba jelaskan...


"Satu-satu pekerjaan itu ada kemuncaknya, kalau cikgu sekolah rendah, jadi guru besarlah"....Kata H seorang askar yang telah bersara.


"Tapi kenapa kau tak jadi Jeneral atau Pegawai Waran 1,2 sebelum pencen askar?" Aku soal dia balik....


"Aku lain, nak jadi pegawai waran tu bukan senang"


"Aku ni pulak, tak pandai nak mengarahkan orang, tu masalah besar aku" Jawab aku.


"Kenapa kau tak sambung belajar?" Soalan yang telah aku dengar dah 1001 kali dari manusia-manusia yang aku temui.


"Soalan itu aku tak akan aku jawab...."


Jika tak sanggup berkorban, usah bicara soal kejayaan! Kata-kata sahabatku Rosudin sentiasa terngiang-ngiang ditelingaku. Tetapi yang nyata, aku tak sanggup berkorban. Allah memberiku rezekiku dengan cara yang lain daripada kawan-kawan.....Sekian....

10 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Pepagi buta tadi aku call sorang calon guru besar tu (yg pasti ko kenal tapi nama dirahsiakan).. otaknya pun tgh stress mengenang masalah murid zmn skrg yg jauh beza dr zmn kita2 dulu.

Kalau dah memutuskan utk tak further studies, baik ko fikir je mcm mana nk majukan bisnes.

Tanpa Nama berkata...

1.takpa matsom!tahun depan!sapa yang tak mau jadi gurubesar pun dapat gred gaji macam gurubesar!-dg34!
2.dok tenguk dan perhati!yang tak ada ciri-ciri guru besar!jadi gurubesar!yang ada ciri-ciri gurubesar!taki mau jadi gurubesar!
3.matsom sampai bila-bila pun tak boleh jadi GURUBESAR!!!!!!!!!!!

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

Tak semua guru bercita-cita nak jadi PK atau guru besar/pengetua. Cam aku dulu baru 7 tahun mengajar PPD mintak aku jd penyelia petang 2001 Merayu-rayu pen PPD utk aku jd penyelia petang akhirnya bila tanya pengetua dan PK2 jd jugak penyelia petang. Bagi aku kalau nak jd pentadbir mesti baik dgn guru2 bukan "X" dgn guru.

mak encik | SZ berkata...

betul la tu jawapan cikgu...

sama juga di bidang saya...tak semua pensyarah boleh / nak jadi dekan/timbalan dekan kan...tu sumer jawatan admin...
klu bg prof nak le...tu penganugerahan...kekeke

Mat Som Sadona berkata...

Calon GB? Siapa tu ek? SAM, bila ko nak jadi pengetua nurseri?

Mat Som Sadona berkata...

OITTTT!
Saya memang tak boleh jadi Guru BESAR!
DAH MAKAN MACAM-MACAM DAH....!

Mat Som Sadona berkata...

Saya percaya En Bahreyn seorang pentadbir yg berhemah tinggi. Dan tak akan jadi gila kuasa macam sesetengah pengetua kat Johor ni. Kadang2 arahan mereka melebihi tugas yg ada.

Mat Som Sadona berkata...

Saya yakin satu hari nanti Pn Suzi akan jadi dekan. Ini berdasarkan rekod kecemrlangan yg ditunjukkan pada masa ini.

Unknown berkata...

x kisah ler guru besar ke guru biase2 ke...yang penting keikhlasan ilmu yang nak disampaikan kpd pelajar....huhu

Mat Som Sadona berkata...

bETUL 100% TU aZANA.