"Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilang cahaya senja. Kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam, sampai hilang cahaya senja"
Dr Mahyuddin Ismail berkata:
"Antara tabiat syaitan ialah mereka suka berada antara dua situasi atau antara dua keadaan. Contohnya antara siang dan malam (senja), antara teduh dengan panas terik, antara sejuk dengan panas, antara hujan dengan panas"
"Malah ada juga larangan dari Nabi Muhammad s.a.w tentang duduk di antara kawasan teduh dengan kawasan yang disinari matahari. Syaitan juga sangat suka duduk di antara seorang lelaki dan seorang perempuan (bukan mahram) yang duduk berdua-duaan"
"Jika dianalisis lebih mendalam, lautan yang terletak di pertembungan antara dua arus menjadi lokasi pilihan syaitan untuk membina istananya. Kawasan Segi Tiga Bermuda dan Segi Tiga Formosa misalnya, merupakan kawasan pertemuan arus hangat dengan air yang dingin"
Jika pagi manusia dan haiwan keluar mencari kehidupan dan makanan, maka senja pula hari untuk iblis dan syaitan mula keluar secara beramai-ramai bergentayangan memenuhi ruang dunia ini.
Satu lagi pendapat mengatakan (ia aku dengar daripada kata seorang sahabat), adanya bangsa yang menyembah matahari seperti di Jepun, maka syaitan suka berada di kawasan matahari terbenam, seolah-olah manusia yang beragama tersebut menyembah mereka. Iblis mengambil kesempatan tersebut.
(Kira Jin ni perasan jadi Tuhan sekejaplah).
Berpandukan sebuah hadis, pada siang hari, manusia dan binatang bertebaran di muka bumi. Haiwan-haiwan itu mencari makanan dan melepaskan tahi mereka. Makanan jin pula ialah tulang dan najis haiwan. Jadi apabila haiwan-haiwan itu pulang ke tempatnya pada waktu malam, jin, iblis dan syaitan keluar mencari makanan iaitu tulang-tulang dan tahi haiwan dan binatang. Lagi pun keadaan gelap yang hitam, memberikan satu power yang lebih kepada mereka.
Semasa azan dilaungkan syaitan bertempiaran lari sembunyi di tandas-tandas, bukit dan lembah. Sebab itulah nabi melarang anak-anak berkeliaran pada masa itu, kerana ditakuti berlanggar dengan jin yang kelam-kabut itu. Kata Dr Jamaluddin Abdul Jalal. Apabila ini terjadi, ia kadangkala menyebabkan pelbagai masalah seperti kerasukan, histeria dan sebagainya. Atau anak menjadi degil kerana sebahagian syaitan ada dalam dirinya. Oleh itu katanya, ketika azan, usah berada di tandas.
Begitulah yang dapat aku simpulkan untuk tatapan kalian. Ianya aku ringkaskan daripada petikan panjang daripada majalah Al-Islam keluaran November 2011(baru lagi di pasaran, cepat beli) yang kubaca. Majalah ini sangat bagus. Dulu aku pulaukan majalah ini, bertahun-tahun aku tidak membelimya semua ini kerana ada penulis yang sesat iaitu A J dalam majalah tersebut. Beliau mempunyai pandangan yang sangat dangkal terhadap Islam! Segalanya berpandu fikiran ceteknya sahaja dan tidak mengikut hadis dan Quran yang sebenar.
Tidur pada waktu senja juga bahaya. Kerana tidur itu akan menyebabkan muka kehilangan seri (cahaya), merosakkan warna kulit, melemahkan urat saraf dan boleh melemahkan minda. Kerana sekeji-keji tidur ialah ketika matahari terbit, dan terlebih keji ialah tidur ketika matahari terbenam di ufuk barat.
3 ulasan:
entri yg saya suka..sgt bermanafaat,boleh suruh anak2 baca..nak copy boleh?...anak2 saya tak pernah keluar rmh tanpa saya dan ayahnya..ke cuali hal2 sekolah..senja2 lg la..diorg ni semua penakut..
CINNAMON.
BLOG SAYA DAH DIKUNCI.
PRINT SCREEN ATAU BELI SAJA MAJALAH AL-ISLAM NOVEMBER CEPAT. BANYAK LAGI HURAIANNYA DAN ADA GAMBAR2 YG ANAK2 BOLEH TENGOK.
Kunci itu telah dibuka, sila copy paste.
matsomherbs,
Catat Ulasan