Sabtu, 3 Ogos 2013

MATI BALIK KARAOKE DI MALAM RAMADHAN

Sekadar gambar hiasan: kredit pisau.net

Malam semalam malam ke 25. Tentulah masing-masing telah berebut-rebut untuk dipilih oleh Allah agar merasai Lailatulqadar dan amalannya sama dengan 1000 bulan. Bukan semua orang boleh mendapatkannya, kerana mungkin kita masih penuh dengan dosa yang masih bersarang di dalam hati. Kita masih rajin mengumpat orang, memakan riba, fitnah, dan seumpamanya.

Kisah yang aku ingin ceritakan ini adalah kisah malam-malam 1o akhir Ramadhan, yang sangat mencemaskan aku. Kisah ini berlaku kira-kira tiga tahun yang lalu.

Malam itu, selepas berterawih, seperti biasa aku rehat di ruang tamu sambil membaca akhbar-akhbar semalam-semalam yang masih belum sempat membacanya.

Tiba-tiba aku kedengaran sebuah kereta berhenti di depan rumahku.
“Assalamualaikum” Macam suara En X saja tu.
Betul sangkaan aku. Bersama-samanya ialah En Y. Umur mereka telah menjangkau 5o tahun.
“Waalaikumusalam….”
“Sibuk ke? Kalau tak, kita orang nak ajak kau ngeteh”
“Boleh…baru pukul 10 suku.”
Aku pun naik kereta member aku tu. X dan Y memang kawan kamcing. Mereka ni mula berkawan dengan aku, sejak aku jadi stokis minyak kelapa dara tu.

Bersembang punya bersembang dalam kereta, aku menjadi pelik, kerana kereta itu menuju ke Pagoh.

“Nak ke mana ni, aku ingat ngeteh kat Sulong aje”

“Sekali-kali jauhlah sikit….Pt Sulong tak mainlah”

Tiga puluh minit kemudian sampailah kami di sebuah warung. Gegak-gempita warung itu, dengan suara orang tua menjerit-jerit lagu dangdut, dihiasi lampu kelap-kelip…Seorang perempuan sedang berjoget-joget bersamanya.

Astagfirullahal azim…..malam Ramadhan ke 23, mereka yang ganyut-ganyut ni terkinja-kinja kat sini. Warung ni jauh dari rumah orang, jadi mereka boleh menjerit sekuat hati mereka.

Tibalah giliran X untuk menyanyikan lagu….Semuanya lapan buah lagu….suaranya memang bagus, sebab semasa mudanya pernah berkursus vokal dengan Akhbar Nawab sewaktu kerja di Kuala Lumpur dahulu. Apabila orang bertepuk tangan lagilah X naik syok…aku dah terbayang wajah arwah ayah aku. Seolah-olah dia memarahi aku kerana aku berada di tempat seperti ini pada malam-malam yang mulia ini…aduh…

Kemudian Y pula menyanyi. Suaranya tidaklah sesedap mana. Dia mendakwa semasa dalam tentera dahulu, dia selalu ikut band askar.

Akhirnya pukul 1-00 pagi baru kami balik. Sepanjang perjalanan aku berdoa dalam hati, janganlah sampai eksiden. Kalaulah aku mati ketika ini, tentu malu emak aku….Mati eksiden balik dari Karaoke di malam Ramadhan….(Tajuk Harian Metro...)

Alhamdulillah akhirnya aku selamat sampai di rumah. Sejak kejadian itu, aku sentiasa menolak ajakan mereka untuk mengeteh. Semoga Allah memberi hidayah kepada kedua-dua orang sahabatku itu ….

AYUH, KITA RAYAKAN KEMATIAN SHARON

ariel-sharon-dalam-keadaan-koma
Selama tujuh tahun Ariel Sharon koma, cuma sekeping gambar ini yang berleluasa di internet.
Begitulah hebatnya Israel menyimpan batang tubuh Sharon yang semakin kecut itu.

Akhirnya setelah tujuh tahun koma dan nazak teruk, Ariel Sharon yang kejam terhadap penduduk Islam Palestine menemui ajalnya semalam 2 Ogos 2013 di Hospital Soroka, Be'er Sheva, Israel.

Kejahatan, kekejaman dan keangkuhan Ariel Sharon tidak perlu diceritakan lagi. Search sahaja di Google, kita akan menyaksikan gambar-gambar yang menyayat hati anak-anak kecil, wanita dan orang-orang tua, yang menjadi mangsa kerakusan kuasanya. Alhamdulillah, kematian mereka kini telah terbalas akhirnya.

Para doktor yang merawatnya telah sedaya upaya menyelamatkan nyawanya, tetapi tenyata dia cuma manusia kerdil yang akur akan kehebatan TuhanNya, dan akhirnya mencatat sejarah sebaris dengan kematian Mustafa Kamal Artarturk yang mati dalam keadaan hina.

Allahu Akbar!


Berita ini saya sedut daripada web barat http://www.thetruthseeker.co.uk/?p=4112 Saya agak pelik, apabila dinyatakan, kematian Ariel Saharon dirancang dan ditetapkan pada hari Ahad esok?

TERJEMAHANNYA ADALAH SEPERTI BERIKUT:

Sumber yang boleh dipercayai menunjukkan kepada Israel Insider bahawa PM Ariel Sharon meninggal dunia pada jam 11 pagi. Saluran media Israel masih melaporkan keadaan beliau "sangat serius." Pengarah Hospital Hadassah Shlomo Mor-Yosef rasmi menafikan "khabar angin" kematian dan berkata keadaan Sharon adalah "serius tetapi stabil."

Channel 10 melaporkan orang yang paling dekat dengan Sharon sebagai berkata beliau telah mengalami Satu penjelasan yang mungkin untuk mendamaikan dua laporan adalah bahawa Sharon telah mengalami kematian otak "kerosakan otak." - Kekurangan aktiviti otak - tetapi hatinya terus bergelora manakala dia masih perlukan ubat bius dan respirated.

Mor-Yosef, jurucakap itu berkata bahawa "Perdana Menteri mengalami tekanan intrakranial yang rendah, dan banyak ubat pelali. Beliau akan respirated untuk sekurang-kurangnya dalam tempoh 24 jam. Semua parameter yang kita boleh lihat adalah seperti yang dijangka, berikutan operasi jenis ini. "

Beliau berkata, dia keluar untuk menangani khabar angin kematian Sharon. "Saya keluar untuk memaklumkan kepada anda dan menyangkal khabar angin membanjiri negara ini," katanya, merujuk kepada khabar angin yang mendakwa bahawa Sharon telah meninggal dunia, dan bahawa berita itu sedang ditangguhkan kerana satu sebab atau yang lain.

"Sharon masih hidup," kata seorang pembantu Sharon di unit rawatan rapi kepada Ynet. Tetapi Channel Sepuluh petikan "seseorang yang sangat hampir" kepada PM sebagai berkata bahawa dia telah mengalami "kerosakan otak" - sejauh mana tidak dinyatakan - tidak berkaitan dengan kesan pembedahan.

Mor-Yosef menggesa wartawan untuk "bekerjasama dengan cara yang bertanggungjawab dengan pemindahan maklumat mengenai keadaan Perdana Menteri," sambil menambah: "Sebagai pengarah Hadassah ini, saya bertanggungjawab untuk membawa setiap perubahan dalam keadaan Perdana Menteri kepada cahaya melalui kenyataan hospital. "

Salah satu faktor ketidakpastian mengenai pengumuman kematian otak, sumber-sumber media membuat spekulasi, berkaitan dengan kesan pengumuman di pasaran saham.

Peristiwa Shabra dan Shatila
Antara hasil keganasan Ariel Sharon

Satu lagi sebab adalah satu peraturan yang sepatutnya menghalang penerbitan kematian PM kecuali oleh wakil rasmi kerajaan, mungkin Setiausaha Kabinet Yisrael Maimon.

Mungkin sebab yang paling penting bagi kelewatan untuk memberikan masa untuk penyediaan pengebumian negeri dan jemputan kepada pemimpin-pemimpin dunia untuk hadir. Mengikut jadual yang dijangka, Channel 10 ini Emmanuel Rosen dilaporkan, Sharon akan terpisah daripada satu atau lebih mesin sokongan hayat beliau dalam atau dua hari akan datang, dengan kemungkinan bahawa dia tidak akan mampu bertahan tanpa sokongan mesin. Pada ketika itu, keputusan yang paling sukar terpaksa dibuat.(membunuhnya secara terhormat).

Menurut Channel 10, pengumuman rasmi kematian Sharon telah dirancang untuk hari Ahad, apabila pasaran dunia ditutup, dengan anggapan bahawa ini akan mencukupi untuk menampung rancangan perjalanan dunia pemimpin-pemimpin Yahudi.

Pada 8:00 sidang akhbar Khamis, Mor-Yosef menafikan bahawa Sharon berada dalam keadaan vegetatif dan yang otaknya telah berfungsi.

Israel Insider kemudiannya menerima pengesahan tambahan dari salah satu sumber yang asal, dan kami di sini memetik kata demi kata:

"Israel Sumber News Agency mengesahkan bahawa pada kira-kira tengah hari, masa Israel, doktor di Hospital Hadassah dan pegawai-pegawai keselamatan di Kementerian Pertahanan Israel di Tel Aviv telah dimaklumkan bahawa pada masa yang sama Perdana Menteri Sharon telah meninggal dunia semasa pembedahan.

Sila rujuk:
http://web.israelinsider.com/Articles/Politics/7461.htm

Sumber Israel News Agency sekali lagi bercakap dengan pegawai-pegawai dari kedua-dua Hadassah dan Kementerian Pertahanan Israel yang secara rasmi dimaklumkan pada tengah hari kematian Sharon.

Yang menimbulkan persoalan: mengapa kerajaan Israel menafikan laporan kematian Sharon?

Terdapat dua penjelasan.

Satu adalah bahawa, untuk apa jua alasan, kerajaan memegang dengan erat akan laporan itu.

Penjelasan lain adalah bahawa Sharon telah diletakkan pada sistem sokongan hidup, dan Sharon adalah 'hanya' klinikal mati. "

Itulah Sharon yang sedang menderita keperitan tidak terhingga kerana kelakuan makar jahatnya telah menerima pembalasan daripada Allah SWT. Kita sedang menunggu saat kejatuhan Basyar Al-Asad, hanya masa dan ketika sahaja yang kita nantikan. In sha Allah.

SEJARAH PENGKHIANATAN SYIAH TERHADAP KERAJAAN ISLAM ABBASIYAH

Hulagu Khan dan bala tenteranya yang ganas

Jejak kelam Syiah dalam sejarah runtuhnya kekhilafahan Islam menjadi pelajaran penting, bahawa mereka adalah pengkhianat yang menikam kaum muslimin dari belakang dan meruntuhkan kekuasaan Islam.

Ketika itu Baghdad baru saja ditawan oleh pasukan Tartar. Pusat pemerintahan Dinasti Abbasiyah dan segala khazanah peradaban Islam dihancurleburkan. Pasukan yang dipimpin oleh Hulagu Khan dari  Mongolia itu berjaya menakluk salah satu kota yang menjadi simbol kegemilangan  Islam pada tahun 656 Hijriah. Sejarah menceritakan, sungai di Baghdad yang jernih berubah menjadi pekat menghitam akibat ribuan, bahkan jutaan buku yang ditenggelamkan oleh tentera Monggol yang ganas itu. Sebahagian lagi terbakar oleh keganasan pencerobohan pasukan kafir tersebut. Tertakluknya kota Baghdad menandakan runtuhnya empayar Khilafah Abbasiyah yang dikenali sebagai salah satu pusat peradaban Islam.

Menyingkap keruntuhan Baghdad dan penyerangan pasukan Tartar, sejarawan Dr. Raghib As-Sirjani menceritakan kisah ini dalam bukunya "Qishah At-Tatar min Al-Bidayah ila 'Ain Jalut" (hlm. 129-170). Selain itu seorang lagi sejarawan lain, Dr. Muhammad Ali Ash-Shalabi menceritakan dalam bukunya "Al-Moghul Baina Al-Intisyar wa Al-Inkisyar" (hlm.310-312). Kedua-dua sejarawan tersebut sangat mendalam dan pakar dalam bidangnya, kerana disamping sebagai sejarawan (mu'arrikh), mereka juga ahli hadis (muhaddits), yang boleh memilih mana kisah-kisah yang palsu dan mana pula yang muktabar.

Kejatuhan Daulah Abbasiyah ke tangan pasukan Tartar tak lepas daripada pengkhianatan tokoh Syiah Rafidhah yang bernama Alauddin Ibnu Alqami. Dalam keterangan lain, kejatuhan Baghdad kerana adanya konspirasi antara pasukan Tartar dengan kumpulan Syiah Qaramithah yang mempunyai hasrat menjatuhkan pemerintahan Daulah Abbasiyah, kemudian menggantikannya dengan Daulah Fathimiyah.

Dia diangkat sebagai perdana menteri oleh Khalifah Al-Mu'tashim Billah. Namun Ibnu Alqani memendam hasrat untuk merampas kekhilafahan Abbasiyah agar jatuh ke tangan Dinasti Fathimiyah. Ibnu Alqani berkonpirasi dengan pimpinan bangsa Tartar dan menyokong pasukan kafir tersebut masuk dan menyerang kota Baghdad. 

Ibnu Katsir menceritakan, "Ibnu Alqani menulis surat kepada pasukan Tartar yang isinya menyokong mereka menguasai Baghdad dan menyiapkan rancangan yang lengkap bagaimana tentera Monggol untuk memasuki Bagdad. Ia membocorkan rahsia kepada mereka keadaan terkini Khilafah Abbasiyah, termasuk kelemahan pasukan Al-Mu'tashim. Itu semua tiada lain kerana pada tahun tersebut ia ingin melihat Khalifah Abbasiyah, Al-Mu'tashim, tumbang, dan bid'ah aliran sesat Syiah Rafidhah berkembang pesat di seluruh negeri di bawah pemerintahan Abbasiyah.  Kerajaan Abbasiyah  diambil oleh Dinasti Fathimiyah, para ulama dan mufti sunnah akhirnya musnah. "

Baghdad berjaya ditakluki orang-orang Monggol. Khalifah Al-Mu'tashim Billah wafat terbunuh pada 14 Shafar 656 H/1258 M. Pembunuhan Al-Mu'tashim tak lepas dari pengkhianatan Ibnu Alqani dan Nashiruddin Ath-Thusi (Syiah), yang menjalin hubungan dengan Hulagu Khan.

Pengkhianatan itu mengakibatkan banyaknya ulama yang terbunuh, sekolah-sekolah dan masjid yang hancur, perpustakaan sebagai gudang ilmu hancur musnah bagaikan padang jarak padang tekukur, dan kekejaman lain yang luar biasa dan tidak terrperi untuk menyaksikannya. Baghdad yang indah dan megah bersimbah darah. Kaum muslimin ketika itu berdukacita. Pusat peradaban Islam yang gemilang, hanya tinggal kenangan.

Selepas berjaya menawan Baghdad, pada 22 Shafar 657 Hijriah pasukan Tartar yang dipimpin oleh Hulagu Khan kemudian bergerak menuju Syam, wilayah yang menjadi pusat kekuasaan Islam pada masa itu. Mereka melakukan pencerobohan dengan menyeberangi sungai Furat dan mengepung pintu masuk Syam selama tujuh hari. Pengepungan itu berjaya, bangsa Tartar kemudian masuk menyerbu kota. 

Sejarawan Ali Muhammad Ash-Shalabi mengatakan, Aleppo (halb) adalah bandar pertama yang menjadi matlamat penaklukan Hulagu Khan dan pasukannya, yang ketika itu dipimpin oleh Al-Malik Al-Mu'zham Tauran Syah, wakil dari Malik An-Nashir. Sebelum memasuki Aleppo, sebagaimana kebiasaan Hulagu, ia memberi peringatan penguasa agar tunduk dan menyerah. Namun, peringatan Hulagu Khan ditanggapi oleh Al-Malik Al-Mu'zham Tauran Syah dengan mengatakan, "Tidak ada yang mudah bagi kalian, kecuali dengan pedang ...!"

Hulagu Khan kemudian menghantar panglimanya yang bernama Katabgha untuk menakluki bandar Damsyik pada akhir bulan Rajab, tahun 658 Hijriah. Penaklukan berlangsung tanpa perlawanan, hingga akhirnya Damsyik yang merupakan bandar terbesar di Syria selain Aleppo, berjaya tunduk pada kekuasaan Tartar.

Negeri Syam yang dikenali sebagai tanah yang barakah, pada waktu itu ternoda dengan kebiadaban pasukan Tartar. Kemenangan pasukan Tartar kemudian dimanfaatkan oleh orang-orang Nasrani untuk mendekati Hulagu Khan. Mereka memujuknya agar Hulagu membiarkan umat Nasrani menyiarkan agamanya. Setelah mendapat kelulusan, umat Nasrani mengelilingi  kota dan mengangkat salib-salib mereka di atas kepala, sambil berteriak mengatakan, "Agama yang benar adalah agama Al-Masih ..". Mereka mengarak salib-salib besar mereka di sekeliling kota, kemudian memaksa para penduduk untuk berdiri menghormati salib tersebut. Tartar ketika itu mengangkat seorang pemimpin Damsyik yang bernama Ibil Siyan, pemimpin yang dikenal sangat melindungi kaum Nasrani.

Bandar Damsyik dan Aleppo berjaya ditakluki. Bandar yang bersejarah dan menyimpan peradaban Islam itu terpaksa menyerah kepada kekuatan pasukan Tartar. Jika Baghdad berjaya ditawan oleh bangsa Tartar kerana pengkhianatan Syiah Rafidhah, maka antara faktor yang melemahkan semangat jihad umat Islam di negeri Syam saat itu adalah pengkhianatan kelompok Syiah Nushairiyah.

Melalui para pemimpinnya, mereka berusaha  untuk merapati Hulagu Khan, dengan umpan-umpan yang ditawarkan  pimpinan pasukan Tartar itu berupa harta milik kaum Muslimin yang berjaya dilumpuhkan. Antara pemimpin Syiah yang khianat terhadap umat Islam IALAH Syaikh Al-Fahr Muhammad bin Yusuf bin Muhammad Al-Kanji. Imam Ibnu Katsir Rahimahullah menceritakan hal ini dalam buku monumennya, Al-Bidayah wa An-Nihayah, dengan menulis, "Dia adalah tokoh Syiah yang telah memujuk bangsa Tartar dengan harta kaum Muslimin. Ia seorang yang berhati busuk, orientalistis, dan meminta bantuan mereka (Tartar) dengan harta kaum muslimin ... "

Dr. Imad Ali Abdus Sami Husain dalam bukunya "Khianaat Asy-Syiah wa Atsaruha fi Hazaimi Al-Ummah Al-Islamiyah" menceritakan bahawa ketika pasukan Tartar masuk ke kota Aleppo pada 658 Hijriah, mereka merampas dan mencuri harta dan tanah kaum muslimin di kota itu, pimpinan Syiah yang bernama Zainuddin Al-Hafizhi  tanpa disangka-sangka mengagung-agungkan Hulagu Khan dan meminta kepada seluruh  umat Islam untuk tunduk menyerah dan tidak mengobarkan api perlawanan terhadap pasukan penjajah tersebut.

Padahal Ketika itu, Raja An-Nashir yang berasal dari kalangan sunni sudah mengirim surat kepada Raja Al-Mughits di Kurk dan Al-Muzhaffar Qutuz di Mesir untuk menghantar bala tentera bantuan kepada kaum muslimin di Aleppo. Namun sayang, keadaan mereka yang ketika itu juga dalam keadaan lemah, tidak mampu memenuhi permintaan Raja An-Nashir.

Sikap pemimpin Syiah Nushairiyah, Zainuddin Al-Hafizhi, menaikkan kemarahan Malik Az-Zhahir Ruknuddin Baybars Al-Bunduqdari. Ia begitu marah kepada pemimpin Syiah itu, kemudian memukulnya sambil mengatakan, "Kalianlah penyebab kehancuran kaum Muslimin!" Baybars adalah tokoh pejuang Muslim asal Kazakhstan yang kemudian berjihad melawan bangsa Tartar dan kaum Kristian, dan wafat di Damsyik. Namanya begitu dikenal sebagai pahlawan Islam yang cukup ditakuti dan disegani musuh.

Seorang ulama bernama Taqiyuddin Ahmad bin Abdul Halim bin Abdul Salam bin Taimiyah Al-Harrani atau biasa disebut Syaikh Ibnu Taimiyah, yang digelar hujjatul Islam, termasuk orang yang berjuang melawan pasukan Tartar. Ia juga mengetahui bagaimana kelompok Syiah Nushairiyah telah  khianat terhadap kaum muslimin. Kerananya, Ibnu Taimiyah yang tahu persis bagaimana sepak terajang kelompok Syiah ekstrem ini, menyatakan bahawa mereka adalah kaum kafir dan musuh Islam yang harus diperangi.

Ketika orang-orang Tartar mengepung kota Damsyik, Ibnu Taimiyah dengan lantang mengatakan, "Jangan kalian serahkan benteng ini, walaupun tinggal satu batu bata saja, kerana benteng ini adalah untuk kepentingan kaum muslimin. Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla telah menjaga benteng ini untuk kaum muslimin, sebagai perisai bagi penduduk Syam yang menjadi pusat iman dan sunnah, sampai Isa Ibnu Maryam Alaihissalam turun di sana. "

Dalam buku Tarikh Al-Alawiyyin yang ditulis penganut Syiah Nushairiyah, Muhammad Amin Ghalib Ath-Thawil dijelaskan bahawa sikap kooperatif mereka dengan bangsa Tartar adalah sebahagian daripada siasat untuk mengembalikan kuasa mereka, yang menurutnya telah dirampas oleh kaum Sunni.

Tarikh Al-Alawiyyin juga menjelaskan bagaimana kerjasama tokoh Syiah di Aleppo, Thamur Thusi, yang bekerjasama dengan Timur Lenk untuk menguasai kota tersebut. Timur Lenk membunuh kaum muslimin sunni dan membiarkan mereka yang menjadi pengikut Alawiyah. Timur Lenk adalah penganut Syiah Rafidhah yang wafat pada 808 Hijriyah. Anak keturunannya pun mengikuti jejak keyakinan Timur Lenk sebagai penganut ajaran Syiah. Karenanya, di setiap wilayah kekuasannya, Syiah banyak terlibat dalam pemerintahan, termasuk di negeri Parsi (Iran).

Negeri Syam, termasuk wilayah Damsyik, berjaya dikembalikan ke tangan kaum muslimin, setelah pasukan Syaifuddin Quthuz dan panglima Malik Azh-Zhahir Ruknuddin Baibars Al-Bunduqdari berjaya mengalahkan pasukan Tartar dalam Perang Ain Jalut, sebuah wilayah di Palestin. Perang yang berlangsung pada 25 Ramadhan 659 H / September 1260 M itu berjaya mengundurkan pasukan Tartar dan membuat mereka lari tunggang langgang bertempiaran dan berselerak  ke beberapa wilayah. 

Pasukan yang dipimpin oleh Syaifuddin Quthuz dan panglima Baibars, berhasil membunuh seorang pemimpin dari mazhab Syiah Rafidhah di Damsyik, kerana pengkhianatan  tokoh tersebut kepada pasukan Tartar dalam merampas dan menjarah harta kaum muslimin. Dengan kemenangan di Perang Ain Jalut ini, Syaifuddin Quthuz yang berasal dari Kerajaan Mamalik Bahriyah (kerajaan wilayah maritim yang dibina oleh para pemuda) kemudian menggabungkan negeri Syam dengan Mesir, sehingga kekuasaannya semakin luas.

Ada yang menarik dalam buku "Al-Maushu'ah Al-Muyassarah fi At-Tarikh Al-Islamiy". Pasukan Penyelidikan dan Pengajian Islam sebagai penyusun buku itu, membuat sub bab berjudul "Baybars dan Sekte Bathiniyah". Buku yang diberi kata pengantar oleh ahli sejarah dari Mesir, Dr. Raghib As-Sirjani ini menulis, "Baibars berjaya menundukkan Sekte Bathiniyah, cabang dari Sekte Ismailiyah di Syam. Orang-orang Eropah menyebut mazhab ini Al-Hasyasyin. Sebelumnya mereka adalah ancaman bagi raja-raja Mesir, sejak masa pemerintahan Shalahuddin Al-Ayyubi. "

Daripada keterangan di atas, jelaslah bahawa pada masa lalu, Syiah Rafidhah, baik mereka itu Ismailiyah, Nushairiyah, Qaramithah, dan Syiah ekstrem yang lain telah melakukan pengkhianatan terhadap umat Islam di Syam. Sejarah juga mencatat, mereka kemudian diperangi oleh para pemimpin Islam. Sultan Shalahuddin Al-Ayyubi yang dikenali sebagai penakluk Baitul Maqdis, semasa berkuasa terus berusaha mengikis habis pengaruh Syiah Rafidhah, baik pengaruh dari buku-buku, maupun pengaruh dari para pemimpin mereka. Sultan Shalahuddin Al-Ayyubi berusaha memerangi kelompok Syiah Rafidhah yang bercokol di Mesir, Yaman, dan Syam. (Lihat: Dr. Ali Muhamamd Ash-Shallabi, Shalahuddin Al-Ayyubi wa juhduhu fi Al-Qadha Ad-Daulah Al-Fathimiyah wa Tahrir Bait Al-Muqaddas, Mesir: Daar Ibnu Al-Jauzi, 2007, hlm. 257-258

Pengkhianatan Selanjutnya:

Ketika Daulah Utsmaniyah berusaha menguasai Syam dan merebutnya dari pada penjajahan bangsa Eropah; Perancis dan Inggeris, pengkhianatan kelompok Syiah Nushairiyah juga terus berlangsung. Jumlah mereka yang minoriti, selalu menyimpan ketakutan akan sikap diskriminasi kelompok Sunni yang menjadi warga majoriti di Syam. Kerananya, Tokoh Syiah Nushairiyah Shaleh Al-Alawi bahkan menjalin hubungan dan menandatangani memorandum persefahaman dengan tokoh sekular Yahudi Dunamah Turki, Mustafa Kamal Attaturk pada tahun 1920. 

Nota kesepahamaman ini tentu saja bertujuan membendung pengaruh empayar Utsmani di Syam, khususnya di wilayah Syria yang juga menjadi musuh kaum sekular seperti Attaturk. Kerananya, Attaturk dengan organisasinya Ittihad wa At-Taraqi (Partai Persatuan dan Kemajuan) berjaya menumbangkan Khilafah Utsmaniyah pada 1924.

Kumpulan Syiah Nushairiyah tentu mempunyai kepentingan untuk menyelamatkan entitinya jika Daulah Utsmaniyah tetap bersarang  di Syam. Mereka bimbang, Daulah Utsmaniyah yang Sunni akan mendikriminasikan mereka. Kebimbangan  inilah yang kemudian terus terpelihara sehingga mereka merasa perlu melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap umat Islam dengan berkolaborasi dengan musuh-musuhnya. Padahal sesungguhnya sikap khianat mereka adalah cita-cita untuk merebut kuasa sehingga terbentuk rejim Syiah. Kebelakangan ini  terbukti, rejim Syiah Nushairiyah yang minoriti, telah melakukan pelbagai aksi diskriminasi dan kekejaman  yang melampau terhadap kaum muslimin di Syria.

Satu dokumen luar negeri Perancis, Nombor 3547 bertarikh 15 Jun 1936 meyingkap  adanya surat dari tokoh-tokoh Alawiyah / Nushairiyah kepada pemerintah Perancis, yang antaranya ditandatangani oleh Sulaiman Al-Asad, datuk dari Hafizh Asad. Surat tersebut mengandungi permohonan agar Perancis tetap bersedia berada di wilayah Syria, kerana mereka bimbang, jika Perancis tiada di sana, kewujudan mereka terancam. 

Surat tersebut berbunyi:

"Presiden Perancis yang terhormat,

Sesungguhnya bangsa Alawiyah yang mempertahankan kemerdekaannya dari tahun ke tahun dengan penuh semangat dan pengorbanan banyak nyawa. Mereka adalah masyarakat yang berbeza dengan masyarakat Muslim (Sunni), dalam hal keyakinan beragama, adat istiadat, dan sejarahnya. Mereka tidak pernah tunduk pada penguasa dalam negeri.

Sekarang kami lihat bagaimana penduduk Damsyik memaksa warga Yahudi yang tinggal bersama mereka untuk tidak menghantar bahan makanan kepada saudara-mara mereka kaum Yahudi yang tertimpa bencana di Palestin! Kaum Yahudi yang baik, yang datang ke negeri Arab yang Muslim dengan membawa peradaban dan perdamaian, serta menebarkan emas dan kesejahteraan di negeri Palestin, tanpa menyakiti seorang pun, tak pernah mengambil sesuatu dengan paksa. Namun demikian, kaum muslimin menyerukan "Perang Suci" untuk melawan mereka, walaupun ada Inggeris di Palestin dan Perancis di Syria.

Kita menghargai kemuliaan bangsa yang membawa kalian membela rakyat Syria dan keinginannya untuk merealisasikan kemerdekaannya. Akan tetapi Syria masih jauh dari tujuan yang mulia. Ia masih tunduk pada ruh feudalisme agama terhadap kaum muslimin.

Kami sebagai rakyat Alawiyah yang diwakili oleh orang-orang yang menandatangai surat ini berharap, kerajaan Perancis boleh menjamin kebebasan dan kemerdekaannya, dan menyerahkan nasib dan masa depannya kepadanya (Alawiyah, pen). Kami yakin bahawa harapan kami pasti mendapatkan sokongan yang kuat daripada mereka untuk rakyat Alawiyah, teman yang telah memberikan perkhidmatan besar untuk Perancis. "

Demikian surat yang ditulis oleh tokoh-tokoh Syiah Nushairiyah, yang memujuk Perancis untuk tetap menjamin dan menyokong kewujudan mereka. Surat tersebut ditandatangani oleh Sulaiman Asad (datuk Hafizh Asad), Muhammad Sulaiman Ahmad, Mahmud Agha Hadid, Aziz Agha Hawwasy, Sulaiman Mursyid, dan Muhammad Beik Junaid.

Pada masa ini, kewujudan rejim Syiah Nushairiyah di Syria mendapat sokongan yang kuat dari kumpulan Syiah Itsna Asyariyah atau Syiah Imamiyah di Lubnan dan Iran. Mereka mempunyai kesamaan ajaran, ideologi, bahkan cita-cita, untuk mewujudkan dendam mereka merebut kuasa dari kelompok Sunni. 

Mereka yang hidup minoriti di Syria, kemudian berkolaborasi dengan bantuan Syiah di Lubnan, melalui kumpulan tentera Hizbullat yang dipimpin oleh Hasan Nashrullah, untuk bertahan dan survive, serta mengamankan kekuasaan mereka yang diwakili dalam kekuasaan Rejim Bashar Al-Asad. Di mana-mana, kumpulan minoriti akan selalu waspada, struggle, dan berjuang habis-habisan untuk mengamankan kewujudannya.

Dalam kes Syria saat ini, mereka berusaha mengamankan kekuasaan yang sudah sejak tahun 70-an mereka pegang. Mereka bimbang, jika umat Islam berkuasa, maka kewujudan mereka akan terusik. Padahal, mereka sesungguhnya adalah pengkhianat yang tidak boleh hidup berdampingan dengan kaum muslimin, selama akidah mereka melecehkan para sahabat, dan mengganggap Ali bin Abi Talib Radhiyallahu Anhu sebagai tuhan atau menyatu dengan Tuhan.


Untuk mempertahankan keberadaannya, Syiah Nushairiyah sampai hari ini tak segan-segan untuk berkhianat, bahkan berkolaborasi dengan musuh-musuh Islam sekalipun. Sebagai kelompok minoriti di Syria, mereka menerapkan prinsip, "Sebaik-baik pertahanan adalah menyerang!"

Dipetik dan dialih bahasa daripada arrahmah.com SAMIRMUSA.

Jumaat, 2 Ogos 2013

HUBUNGAN INTIM IRAN DENGAN YAHUDI



Siapa sangka, kerajaan Syiah Iran yang anti Israel ternyata mesra dengan umat Yahudi di negaranya. Mungkin anda tercengang dan tak percaya namun fakta dan data membuktikannya.

Meski pun Iran pada zahirnya melaung-laungkan slogan  anti Israel, namun umat Yahudi di Iran hidup tenteram dan bahagia  di Iran. Menurut  web Yahudi di Iran, Iran Jewish, pada masa ini ada kira-kira 25,000 hingga 30,000 orang Yahudi di Iran. Paling ramai di ibukota Teheran, yakni berjumlah  kira-kira 15,000 orang.

Sebahagian lain tinggal di Shiraz, Isfahan, Kermanshah, Yazd, Kerman, Rafsanjan, Borujerd, Sanandaj dan Oromieh

Di negara tersebut  ada sekurang-kurangnya 100 rumah ibadat Yahudi, kira-kira 26 di antaranya ada di Tehran. Mereka bebas beribadah di dalamnya. Selain ibadat, umat Yahudi di Iran juga boleh mendirikan sekolah, pusat budaya, perkumpulan pelajar dan mahasiswa, perpustakaan dan balairung perkumpulan. Mereka juga kerap menerbitkan buletin secara berkala.

Sejak kira-kira 100 tahun lalu, Yahudi mempunyai seorang perwakilan di parlimen. Selepas Revolusi Islam tahun 1979, wakil-wakil Yahudi di Parlimen atau Dewan Perlembagaan Elit berperanan lebih aktif.

Salah seorang pemimpin komuniti Yahudi Iran, Unees Hammami, semasa ditemu ramah oleh BBC beberapa waktu lalu mengatakan bahawa Yahudi di Iran memang kerap dipandang aneh. Namun itulah yang berlaku di negara itu. "Kerana sejarah kami yang panjang di sini, kamii dibiarkan," kata Hammami.

Dia juga mengatakan, Ayatullah Khomeini telah menganggap Yahudi sebagai agama minoriti yang mesti dilindungi di Iran. "Imam Khomeini membezakan antara Yahudi dengan Zionis, dan dia menyokong kami," kata Hammami.

Fakta mesra dengan Yahudi di atas, jauh berbeza  dengan fakta kaum Muslimin di Iran. Pada buku 'Zionis dan Syiah Bersatu Hantam Islam', penulis buku Muhammad Pizaro, membuat satu bab berjudul 'Derita Ahlusunnah di Iran'. Di situ disebutkan betapa kaum Muslimin mendapatkan siksaan dan sukar sekali mendapatkan masjid kaum Muslimin Sunni.

"Apakah ada ibukota di dunia ini yang berdiri tanpa sebuah masjid Sunni, kecuali Tehran ibukota Syiah. Iran yang mempunyai empat puluh gereja Kristian dan sebuah perkuburan untuk Baha'i," demikian tulis Syekh Abdurrahman al-Baluchy, Pengerusi Persatuan Ahlussunnah Iran.

"No sunnah masjids in Iran". Itulah kempen salah seorang ulama Ahlusunnah Iran di laman komuniti Muslim Iran Sunni Online. Kempen itu disampaikan melalui dunia maya untuk menunjukkan kepada umat Islam dunia, nasib kaum Muslimin Ahlusunnah di ibu negara Syiah itu. Mereka bukan tidak mempunyai masjid tapi memang tidak dibenarkan.

Data statistik menunjukkan jumlah Muslim Ahlusunnah di Iran berkisar antara 14-19 juta, atau sekitar 20-28% dari rakyat Iran. Mereka terbahagi menjadi tiga etnik utama iaitu Kurdi, Turkmen dan Bluchis. Sebahagian mereka tinggal di garis sempadan yang memisahkan antara Iran dan Pakistan, Afghanistan dan Iraq.

Pengasas Maktab Qur'an Syekh Zadeh telah menderita  selama lima tahun di penjara  akibat penolakannya dengan sistem Republik Syiah. Padahal Syekh Zadeh adalah tokoh Sunni Kurdi yang cukup berjasa dalam menumbangkan rejim Pahlevi. Setelah Pahlvi tumbang, Khomeini mengkhianatinya. Khomeini mendirikan Republik Islam Syiah dan bukan Repukblik Islam yang sebenar sebagaimana yang dijanjikan.

Rejim Khomeini juga menganiaya dan memenjarakan setiap orang yang berani hingga apabila perlu dihukum mati. Jika mereka diketahui terlibat dalam dakwah Islam, para ulama Ahlusunnah itu siap-siap untuk dipenjara, diasingkan hingga mengalami penganiayaan.

Dr. Ali Mozafarian, seorang pemimpin sunni dan seorang pakar bedah ternama telah menjalani penyiksaan hingga membuatnya dihukum mati pada tahun 1992. Dia telah bersabung nyawa kerana dituduh mempunyai hubungan dengan pergerakan wahabi. Dua tahun sebelumnya, rejim syiah juga menghukum mati Syekh Abdel Wahab Khafi dari Khurasan dengan tuduhan yang  sama.

Syekh Mawlawi Muhyiddeen dan Syekh Mohammed Dost Sirawani adalah dua ulama Ahlusunnah yang juga dipenjara dan diasingkan rejim Syiah ke Najaf. Begitu pula dengan Syekh Ibrahim Dammini yang terus dipenjara dan telah menerima penyiksaan selama lebih daripada lima tahun.

Itulah hakikat yang berlaku atas ulama sunni yang diperlakukan oleh bapa Syiah moden Khomeini dan pengikut-pengikutnya yang kita sanjung-sanjung pada tahun 1980-an dahulu.

Terjemahan drp:  arrahmah.com

Khamis, 1 Ogos 2013

MASA KEEMASAN BAGI PENIAGA


Mulai Sabtu hingga Rabu ini, adalah waktu-waktu keemasan bagi peniaga besar, sederhana dan peniaga kecil-kecilan sama ada mereka menjual kuih-muih, songkok, kerongsang dan pelbagai kelengkapan hari raya.

Waktu gaji aku masih seciput dulu, waktu-waktu begini memang tidak aku sesiakan begitu sahaja. Antaranya aku menjual kuih raya dan songkok.

Punyalah busy masa tu sampai rumah sendiri lupa nak cat sebab isteri aku pun selalunya ikut bersama. Pernah sekali tu aku mengecat rumah pada malam raya. Dahsyat bukan.....?

Ni aku nak cerita pengalaman menarik aku ketika aku menjual songkok. Menarik bagi akulah. Tak taulah pada kalian...Saiz-saiz songkok pun aku dah hafal. Kalau budak kecik yang baru nak belajar pakai songkok, kalau umurnya tiga tahun saiz dia ialah 17 - 18. Kalau budak tu keturunan kepala besar boleh sampai saiz 20.(ukur lilit guna inci). Kalau budak sekolah rendah saiznya antara 19-20-21 3/4-Begitulah adanya. Dewasa pulak saiz 22-23. Mana ada pulak saiz 30? Tu saiz kepala alien!

Biasanya songkok akan laku dalam 100 biji sehari. Setiap satu akan untung RM 4. Harga masa tulah, sekarang susahlah nak dapat.

Kisah menariknya ada dua peristiwa:

Suatau hari aku didatangi sepasang suami isteri di pekan Pt Yaani. Sisuami lembut-lembut seperti Jaafar Onn. Gedik lagi. Tetapi sisuami ini cukup takut dengan bini dia. Habis semua songkok dewasa yang aku jual dicubanya, tetapi satu pun isterinya tak berkenan. Sisuami berminat dengan satu songkok tu. Tetapi isterinya tarik tangan dia,

"Abang tak sesuailah pakai songkok ni. "

"Abang nak jugak...Abang nak jugak" Aku tengok dia terkinja-kinja macam budak kecik. Tapi isterinya tarik tangan dia kuat-kuat.

"Saya kata tak suka, tak sukalah!"

"Ala......macamana ni nak raya....?" Dunia...dunia macam ini pun ada.

Esoknya, aku didatangi pula oleh seorang lelaki dengan tiga orang anak lelakinya. Dia kelihatan lelaki yang sangat garang.

"Sini, korang semua....Ni pakai songkok ni..."
"Ayah ...ni sempitlah yah....." Sianak yang pertama terkebil-kebil tak berpuas hati...
"Ah...cakap banyak pulak...pakai je, lama-lama muatlah nanti" Lalu dia mengambil songkok untuk anak kedua.
"Kita punya pun tak muat..."
"Kau boleh diam tak...pakai aje"
"Bang...kesian budak-budak tu bang, tak apa, boleh tukar, banyak lagi ni, dalam kereta pun ada lagi" Aku cuba menyelamatkan budak-budak tu.
"Kalau kau cakap banyak, aku tak jadi beli..."
Anak ketiga pun mengalami nasib yang sama. Mereka memakai songkok yang tidak sepadan dengan kepala mereka pada hari raya tersebut.....(sekarang rasanya budak-budak itu dah dewasa.)

Apabila dikenang-kenangkan peristiwa tahun 2000 itu, aku senyum sendirian. Kini masa keemasan sudah tidak menjadi agenda aku lagi.......
* Masa keemasan bagi maksud entri di atas ialah, waktu pelanggan berduyun-duyun hendak menghabiskan duit untuk membeli pelbagai persiapan hari raya. Sesetengah peniaga berskala mega berkata keuntungan waktu ini dapat mengcover bisnes selama seetahun.