Khamis, 14 November 2013

DALAM DUKA ADA PENINGKATAN

Tahun ini keputusan tidak boleh diumumkan di depan umum, seperti di dewan sekolah oleh pihak PPD, keputusan diserahkan oleh Guru Kelas masing-masing di dalam kelas. Contohnya dalam video ini Cikgu Khairul mengedarkan slip keputusan UPSR di kelas 6 Arif. 

ANALISIS UPSR SK SERI PASIR.

Maksud duka ialah tahun 2013 dua orang calon sahaja yang dapat 5A berbanding 6 orang pada tahun lepas.

Mereka ialah adik Khairunisa dan adik Halimatusaadiah. Tahniah dan syabas!!!

Sebanyak LAPAN orang memperoleh 4A 1B. Mereka ialah adik Mashitah, Nadia Ahmad Nadir, Raden Haziqah, Najwa Nasuha, Nur Shauqat, Siti Nurliyana, Akmal Faiz dan Haziq Hakimi. Tahniah!

Yang dmaksudkan peningkatan ialah peratus keseluruhan telah meningkat daripada 63% pada tahun lepas meningkat kepada 81.8% pada tahun 2013 ini. PENINGKATAN SEBANYAK 18.8%! Sementara itu gred purata sekolah bertambah baik daripada 2.47 pada tahun lepas ke 2.14 pada tahun 2013.

Peratus mata pelajaran dicapai pada tahun 2013 ini ialah:

Bahasa Melayu Pemahaman 97.0%
Bahasa Melayu Penulisan 92.4%
Bahasa Inggeris 83.3%
Mathematik 93.9%
Sains juga 93.9%.

Tahniah kepada yang berjaya, dan kepada yang kecundang, perjalanan ini masih jauh. Teruskan perjuangan kalian.

Oh ya...........!
LIHAT KEPUTUSAN TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA:

Sila KLIK pada tahun yang berkenaan.

UPSR 2012
UPSR 2011
UPSR 2010
UPSR 2009
UPSR 2008

SENARAI YANG BERJAYA DENGAN CEMERLANG UPSR 2013 IALAH:

5A NUR KHAIRUNISA BT KHAIRULANWAR  DAN NURHALIMATUL SAADIAH BT ASLAN


Khairunisa duduk di tengah dan Halimatul ialah pengawas sekolah

4A 1B : MUHAMMAD HAZIQ HAKIMI BIN SAKIM, MOHAMMAD AKMAL FAIZ BIN MO'MIN


4A 1B: NURMASHITAH BT MUHAMAD SAIRI, NURUL NADIA BT AHMAD NADIR


4A 1B: NUR NAJWA NASUHA BT ABAS, RADEN HAZIQAH HUDA BT RADEN BAHARIN


4A 1B: NURSHAUQAT BT MASLAN, SITI NURLIYANA BT NGARBI

Siti Nurliyana berada di belakang yang ramai-ramai tu. Carilah sendiri ya

Sekian, SUARA SIMPANG KIRI, melaporkan untuk anda semua!

Isnin, 11 November 2013

MAHLUK ASING DI SERI MENANTI

 Dunia ini kian tua.....tua....tua....dan usang........
 Alien telah mendarat di Seri Menanti, Muar

Sahabat, tolonglah fahami aku. Aku tengah sibuk dengan fail-fail-fail-fail-online itu, online ini. Kebetulan hari ni Ili juga tengah stress dengan SPM yang sedang dihadapinya. Dari semalam lagi beria-ia mengajak aku ke sini. 30 minit saja dari rumahku.....Jumpa lagi sehingga cuti nanti.....Buat Pak Menteri,katanya dulu mauuuuuu mengurangkan kerja guru, kini aku kok jadi Burung Antu....bila nak tidur ni? Sekarang udah Pukul 2.30 pagi! Kerjaku belum beres ni!!!!!!!!!!!

Ahad, 3 November 2013

MACAM CANTIK JE...MACAM CANTIK JE...! DUNIA...DUNIA...!

Salah satu video yang meniru gaya Syasya Solero. Tiba-tiba nama Syasya Solero terkenal di seantero mengalahkan gyiyomi. Mula-mula tengok kat Facebook, aku termanggu-manggu, apalah benda MACAM CANTIK JE...MACAM CANTIK JE....ingatkan kanak-kanak demam panas masa kecik belajar tatabahasa. Di kalangan remaja, berita itu agak menenggelamkan berita Amerika mengintip rahsia negara kita. Rakyat Syiria yang dikepung iblis Bassar Al-Asad sehingga makan daging kucing seakan tidak dipedulikan. Dunia ini semakin aneh. Video 37 saat remaja bercermin sambil memuji diri secara suka-suka, menyebabkankan Syasya Solero menjadi TOP dan dalam sekelip mata menenggelamkan keunggulan Cikgu Shida.

Rabu, 23 Oktober 2013

SATU KEJADIAN YANG MEMBINGUNGKAN

Assalamualaikum sahabat mayaku..................................!
Dalam kesibukan ini, akhirnya aku dapat meluangkan masa mencoretkan satu kisah yang membingungkan aku. Nampaknya aku kena muhasabah diri

Waktu rehat pagi tadi, aku bertembung dengan seorang staf (juruteknik komputer) baru di sekolahku bertugas ini. Dia baru mendaftar tiga hari lepas...

Aku pun cuba untuk meramahkan diri

Dari tanya nama, asal dari mana...last-last sekali aku pun merasa hairan
" Bagaimana dari Kelebang (Melaka) boleh memilih posting ke Batu Pahat.?" Aku bertanya
" Saya berkahwin dengan orang Parit Maimon,Pt Sulong"
" Oh........"
Dia pun memberitahu.....
" Isteri saya semalam beritahu, ada seorang bekas cikgu dia mengajar di sini...."
" Siapa nama cikgu tu?....."
" Saya lupa pulak, tetapi gambarnya ada kat dinding bawah tangga tu"
Dia pun mengajak aku melihat gambar tu. Kat sekolah aku ni setiap guru ada sekeping baner yang ada gambar penuh dengan kata-kata hikmat sekali.

Setelah berjalan beberapa tapak...tiba-tiba dia menunjukkan ke satu arah
" Itulah gambar cikgu isteri saya tu..."

..................................apa?
" Ini gambar saya...!"
Dia kelihatan kebingungan dan tidak terkata apa-apa....
Aku pula, terfikir-fikir.....

TIGA persoalan kini timbul:
1. Adakah GAMBAR aku tu mempamerkan yang aku terlalu hensem giler, dan diriku yang sebenar nampak terlalu kusam, lusuh dan tidak bermaya dan kerepot pula?
2. Adakah. GAMBAR aku tu mempamerkan yang aku terlalu hodoh, sedangkan diriku yang sebenar secara hakikatnya terlalu kacak...? Hahahahahaha PRASANTAN!  
3. Atau dia ada masalah kecelaruan pandangan?

Untuk keslamatan gambar kontreversi tersebut akan diupload kemudian. Itu pun kalau aku tidak ingat.


  

Isnin, 21 Oktober 2013

KEY CHAIN FELT BATU PAHAT

SMS/CALL: 010-3443 880
 SMS/CALL: 010-3443 880
 SMS/CALL: 010-3443 880
 SMS/CALL: 010-3443 880
 SMS/CALL: 010-3443 880
SMS/CALL: 010-3443 880
SMS/CALL: 010-3443 880

Satu unit harga RM 3.00 (Lima huruf) 
Jika lebih lima huruf RM 4.00



Kami membekalkan keychain felt....
Keychain untuk kenangan, 
Reunion, dan lain-lain
yang berminat dengan Keychain Felt
KEY CHAIN FELT,
Sila hubungi hand phone 010-3443 880 untuk buat tempahan
Minimum 10 unit. Kongsi-kongsilah dengan kawan.