Rabu, 13 Julai 2011

APA NAK JADI BUDAK INI?




Lagu NEGARAKU dihina sedemikian rupa?

Apakah sistem pendidikan kita ini tidak lengkap, sehingga boleh melahirkan manusia-manusia yang tidak beretika seperti Mohd Farizal? Sebelum ini kita dikejutkan dengan Anduka Taruna dan Namwewe. Mungkin jiwa mereka ini sakit atau hidup dalam tekanan sejak kanak-kanak? 

Sama ada Blog, Facebook, Twitter dan seumpamanya, bukan tempat untuk mengundang kemarahan umum. Apa lagi mengundang polis datang menggari mereka. Apakah mereka inginkan perhatian? Mencipta nama dengan apa cara sekali pun.

Anak muda singkat otaknya. Perjuangan apa yang mereka jadikan pedoman? Melainkan kerja gila yang merugikan masa depan dan menconteng arang di muka ibu bapa, dan bekas-bekas guru mereka!

ISTERI GUNDAH-GULANA

Apa yang kuceritakan ini adalah benar. Ia tidak salah melainkan yang benar-benar belaka. Cuma watak harus dirahsiakan demi keselamatan diriku agar tidak dikata pembawa bencana. Lokasi juga rahsia. Tapi di bumi Batu Pahat ini. Tempat orang kuat-kuat, kerana, batu pun mereka sanggup memahatnya!

Syeikh A  : Ana ada masalah ni, anta boleh tolong ana?
Syeikh B  : Masalah apa tu Syeikh? 
Syeikh A  : Harap anta jangan cerita dengan orang ya.
Syeikh B  : Kita sudah lama bersahabat, takkan anta tak percaya sama ana.
Syeikh A  : Begini...anta kan pandai buat air penyejuk hati.
Syeikh B  : Anak-anak nangis tak brenti-brenti ana boleh bantulah.
Syeikh A  : Bukan anak ana yang nangis. Isteri ana sudah menangis seminggu.
Syeikh B  : Kenapa isteri anta? Kena rasukkah?
Syeikh A  : Ana terus terang dengan dia nak kahwin lagi. Mula-mula dia ok.
Syeikh B  : Tapi ana tak pandai nak brentikan tangisan orang tua macam tu.
Syeikh A  : Tolonglah syeikh....tolonglah ana.
Syeikh B  : Anta mintaklah tolong dengan Allah. Anta pun kan orang hebat.
Syeikh A  : Ana sudah buat semua itu, tapi macam tak ada perubahan.
Syeikh B  : Anta nak kahwin dengan siapa? Umurnya berapa?
Syeikh A  : Anak dara seperti yang ana cakap dulu. Umurnya baru 20 tahun. 
Syeikh B  : Tahniah....semoga anta dapat mengatasi segala masalah ini.

Begitulah perbualan dua sahabat aku. Kini semuanya telah berumur 40-an. Seorang lagi kawan aku yang mencuba berpoligami, setelah tiga yang lain berantakan. Semoga dia menemui kegemilangan. 

NIKMAT KEHIDUPAN



Andainya kita bangun pagi tadi, Alhamdulillah, kerana kita masih dalam keadaan sihat, kerana ada orang bangun di katil hospital, yang tidak tahu bilakah penyakitnya akan sembuh. 


Ada yang bangun, badannya lumpuh separuh badan, kerana telah bertahun-tahun menghidap penyakit Ahmar. Ada yang bangun, masih menderita pelbagai penyakit kanser. Semuanya, apabila bangun ingin sekali, kalau boleh mereka boleh berjalan seperti dulu. Yang terkena barah pula, andainya mahu, semua itu cuma mimpi semalam.


Bersyukur kita masih sihat! Tidak mempunyai koleksi penyakit berbahaya. Maka teruslah menjaga kesihatan kita. Hati-hati terhadap makanan kita. Kerana sebahagiannya adalah pembunuh masa depan. 


Hospital penuh dengan orang sakit. Semua mengadu itu dan ini. Bangunan hospital semakin diperbesar. Parkingnya ditambah. Untuk apa semua itu? Ya untuk kita yang tidak menjaga kesihatan!


Usah menyesal. Sama-samalah JAGA KESIHATAN KITA.


Teringat satu dialog filem Indon. Hero Batak berambut kerinting itu berkata
"Rajin kamu Mas...pagi-pagian sudah berlari-larian?"
"Ohh.....gue sekarang sedang menjaga kesetanan kok Pak!" 

Sabtu, 9 Julai 2011

GAMBAR-GAMBAR PERHIMPUNAN 'BERSIH'

KLIK...GAMBAR HIMPUNAN BERSIH
Pagi-pagi jalan Pt Sulong...tu PERHIMPUNAN KOTOR.
Peniaga-peniaga 98% tak jaga kebersihan.
Sampah dibuang di tempat tapak gerai mereka.
Biar MDYPU yang sapu.
Pasar ikan tu baunya pun dah macam sampah.
Ulat-ulat hidup bergerak-gerak merayap.
Ditambah peniaga dari tempat lain.
Yang mencampakkan sampah di situ.

Sedikit cerita pekan tersohor itu sangat memualkan.
Mari kita lihat pula Perhimpunan BERSIH

Jom KLIK gambar HIMPUNAN BERSIH
Betapa banyaknya Polis dan FRU, SB
Berada di segenap sudut di lokasi panas.

LAPORAN CNN TENTANG BERSIH
LAPORAN KOMPAS INDONESIA PULA

Khamis, 7 Julai 2011

MUAR BUAT KEJUTAN

Gambar BHarian


MUAR-BANDAR MAHARANI-7 Julai. Khamis.


SEMUA guru dan murid Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang di Muar, hari ini berjaya diselamatkan polis dalam serbuan pada jam 3.41 petang tadi. Anggota polis melepaskan sedas tembakan dan menyerbu masuk tadika untuk menyelamatkan empat guru dan kira-kira 30 murid yang dijadikan tebusan oleh seorang lelaki bersenjata parang. Sumber Berita Harian




(Suspek cedera parah. Kini berada di Hospital Muar. Suspek seorang penagih dadah. Dahsyat...Tahniah kepada PDRM yang bertindak pantas. Orgmuo dan Mama Janet kena buat liputan langsung n!)