Rabu, 13 Julai 2011

ISTERI GUNDAH-GULANA

Apa yang kuceritakan ini adalah benar. Ia tidak salah melainkan yang benar-benar belaka. Cuma watak harus dirahsiakan demi keselamatan diriku agar tidak dikata pembawa bencana. Lokasi juga rahsia. Tapi di bumi Batu Pahat ini. Tempat orang kuat-kuat, kerana, batu pun mereka sanggup memahatnya!

Syeikh A  : Ana ada masalah ni, anta boleh tolong ana?
Syeikh B  : Masalah apa tu Syeikh? 
Syeikh A  : Harap anta jangan cerita dengan orang ya.
Syeikh B  : Kita sudah lama bersahabat, takkan anta tak percaya sama ana.
Syeikh A  : Begini...anta kan pandai buat air penyejuk hati.
Syeikh B  : Anak-anak nangis tak brenti-brenti ana boleh bantulah.
Syeikh A  : Bukan anak ana yang nangis. Isteri ana sudah menangis seminggu.
Syeikh B  : Kenapa isteri anta? Kena rasukkah?
Syeikh A  : Ana terus terang dengan dia nak kahwin lagi. Mula-mula dia ok.
Syeikh B  : Tapi ana tak pandai nak brentikan tangisan orang tua macam tu.
Syeikh A  : Tolonglah syeikh....tolonglah ana.
Syeikh B  : Anta mintaklah tolong dengan Allah. Anta pun kan orang hebat.
Syeikh A  : Ana sudah buat semua itu, tapi macam tak ada perubahan.
Syeikh B  : Anta nak kahwin dengan siapa? Umurnya berapa?
Syeikh A  : Anak dara seperti yang ana cakap dulu. Umurnya baru 20 tahun. 
Syeikh B  : Tahniah....semoga anta dapat mengatasi segala masalah ini.

Begitulah perbualan dua sahabat aku. Kini semuanya telah berumur 40-an. Seorang lagi kawan aku yang mencuba berpoligami, setelah tiga yang lain berantakan. Semoga dia menemui kegemilangan. 

Tiada ulasan: