Rabu, 27 Julai 2011

SAPS.MOE.GOV.MY


Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran diguna untuk memasukkan markah ujian dan peperiksaan di sekolah. Namun, web tersebut tersekat-sekat dan lambat sangat. Loading memakan masa sampai berpuluh-puluh minit. Nak masukkan markah untuk 5 orang sampai setengah jam. Harap pihak berkenaan di Putrajaya upgradekan segera web tersebut kerana ia sangat menyusahkan guru-guru. Kadang-kadang sedang kami memasukkan markah, tiba-tiba sahaja laman web itu padam. Ini bukan soal internet yang lemah atau apa, tetapi web tersebut belum mencapai spesefikasi yang diharapkan.

SATU SMS AKU HANTAR KEPADA SEORANG TEMAN

Hari guru ke rumah Johar
Di rumah Johar makan durian
Jadi guru makin mencabar
Markah online kini jadi igauan


Setengah jam kemudian dia jawab

Makan nasi di rumah Tuan Besar
Makan bersama Encik Jabar
Wahai saudara usahlah gusar
Tugas guru memang mencabar



14 ulasan:

dukun berkata...

haha..sama la kta cikgu.letih la lau macam ni.ini sememangnya perancangan dan jarum halus zionis melalui freemason menghancurkan sistem saps.moe supaya data tidak tepat dan menyebabkan penggangguran akibat daya fiskal yang lemah.

mak encik | SZ berkata...

assalam cikgu mat som,
nanti email alamat rumah ye ...
cik_sz@yahoo.com

~ Mummy Gee ~ berkata...

kalau sistem untuk kegunaan semua guru di Malaysia masukkan markah peperiksaan sepatutnya kena ada server by region or by state, end of the day or over the weekedn data from state ditransfer ke server di Pjaya. Kalau buat central server memang parah la, line ke server pun congested.

Mat Som Sadona berkata...

Dukun Melayu
Wah ..dahsyat sungguh Freemason
Masuk markah macam ni pun dia kacau.
Tak boleh jadi ni

Mat Som Sadona berkata...

Prof...nak hantar oleh-oleh dari Bandung ke tu?

Mat Som Sadona berkata...

Terer jugak Mummy Gee ni bab-bab server ni. Mungkin kata2 Mummy Gee tu sangat betul, kita tunggu Cikgu Besar buat ulasan.

Saya tertanya2 pulak, dlm kunjungan org ke entri ni banyak dari Taiwan dan USA. Mereka buat carian dari Google. Peliklah saya.Adakah mereka freemason? Takkan cikgu masuk markah dari USA?

~ Mummy Gee ~ berkata...

MSom - nak kata terror tu idak le tapi adalah pengetahuan sikit dah saya kerja dalam bidang IT.... start kerja dgn buat sistem coding, pas tu design system dan database, project managemnt etc ... baru 2-3 tahun ni kurang sikit buat kerja2 tu

Mat Som Sadona berkata...

Maknanya Mummy Gee ni Jurutera Komputer! wOW.

ina berkata...

salam.saya pun alami perkara yang sama..lagi di sarawak 30hb julai baru diperkenalkn dan di beri taklimat...kena siap sblm 15 julai...tk taulah dpt ke idak setelkan ni...

Mat Som Sadona berkata...

Yalah kesian ya cikgu2 kat Sarawak tu. Bagaimana kalau jauh dari rangkaian internet.

Tarikh tutup bukan 15 Julai Cikgu Ina,
Tetapi 15 Ogos.

Mama Ally berkata...

alhamdulillah ... saya tak alami masalah macam kalian semua ... data saya dapat disiapkan dalam masa 1 jam selepas taklimat di beri :)

Mat Som Sadona berkata...

Chegu Baya
Tahniah,
Mungkin Cikgu Baya
telah menggunakan line internet yg terbaik
Atau Chegu Baya
Antara cikgu yg bernasib baik.

iLoLLa berkata...

salam sume cikgu..

ada satu alternatif utk memudahkan cikgu2 isi markah online.. aplikasi nie usaha dari seorang hamba Allah yang prihatin dgn nasib rakan2 seperjuangan sume..

try la ye.."MINI SAPS MANANGER"..semoga boleh membantu..
www.edu1malaysia.blogspot.com

Mat Som Sadona berkata...

ILOOLA

TKASIH....INI SATU PENEMUAN YG HEBAT.

Terima kasih tak terhingga
Saya akan syorkan kpd kawan2.