Jumaat, 1 Julai 2011

ANALISIS BLOG SENDIRI







Nak analisis blog orang tak reti. Analisis ni tujuan utamanya, nak tau apa yang dicari orang dalam blog kita. Pergi je ke STATS. Detail sungguh. Ada beberapa tajuk di situ.


Topik pilihan dalam blog aku ni, tajuk fasal barang terpakai di Rengit. Kesimpulan aku, ramai orang berjimat cermat, dengan membeli barang terpakai terutama perabot. Kedua, jika kita nak buka bisnes, kita juga boleh buka bisnes barang terpakai (yang berkualitilah). Mudah.my misalnya banyak menjual barang terpakai, sebab tu ramai jengok ke laman web itu.


Tajuk kedua, doa supaya disayangi. Entri ini aku masukkan kerana satu hari dalam chating coner (yang kini aku buang kerana angkara anynomous), mengadu seorang pengunjung, bagaimana anak-anak daranya tidak pedulikan pasangan suami-isteri ini. Anak-anak mereka asyik sibuk sms kawan-kawan, berkurung dalam bilik. Anak-anak tak menyayangi mereka. Entah siapa...kesian juga? Tak sangka, entri sependek itu, dengan pinjam pic doa ustaz Haron Din. Aku pun pelik juga, doa itu banyak di dunia internet, kenapa dia bertalu-talu tanya aku, bagaimana supaya anak-anak menyayangi mereka? Ini semua kesilapan dia barangkali. Macam dalam filem Aku Bukan Bodoh lakonan Amy Mastura tu?


Kesimpulan utama Doa Supaya Disayangi ini mendapat Searc Engine yang tinggi di internet kerana  RAMAI ORANG SUDAH KEHILANGAN KASIH-SAYANG. Mereka merasa tidak disayangi lagi oleh suami. Saya rasa suami tak risau kalau isteri mereka tak sayang kepada mereka. Rasanya wanita lebih takut kehilangan kasih-sayang daripada suami mereka? Setujukah?


Doa Menguatkan Ingatan menduduki tajuk ketiga menjadi pilihan. Ha, yang ini memang asli. Doa ini aku dapat daripada ustaz Ayob sewaktu aku di MPTI itu. Pendek je doa itu. Tulisan pun asli, aku tulis sendiri. Tapi tak lawa. Sebab aku sekolah agama pun tak habis.


Itulah saja analisis tentang blog aku sendiri. Cubalah kalian analisis blog kalian melalui papan pemuka blog kalian itu.

4 ulasan:

aza ni berkata...

cikgu MSOM

kadang search engine refer ke site kita pasl key words yang bukan bukan...

Mat Som Sadona berkata...

Azani
Namun biasanya terbanyak dari pelosok Nusantara kerana bahasa kita hampir sama.

mak encik | SZ berkata...

saya sempat baca komen2 anonymous tu... kalau tak silap saya, tahun lepas kan... hmmm macam2...

Mat Som Sadona berkata...

Ya SZ.
Pedih sungguh. Semua saya dah delete.
Dia suka provokasi saya.