SK SERI PASIR
KELAS 3 ARIF SK SERI PASIR
Sampai sahaja di sekolah sudah ada ibu bapa yang menanti. Hari ini Hari Terbuka di sini. Sebagai guru kelas Tahun 5 Arif, aku telah sedia. Watak-watak ibu bapa telah aku bayangkan bagaimana.
Kali ini menggunakan sistem nombor. Sebab pengalamana lalu ramai yang ptong Q. Urusan itu ini, kononnya.
Segalanya berjalan lancar. Tiada insiden yang merisaukan. Kelas ni ada 27 orang pelajar. Sampai sudah giliran ke 25. Ada dua penyata kemajuan yang belum diambil oleh ibu bapa. Salah seorang tu, aku yakin 150% dia tak akan datang. Sebab, semasa membayar yuran pun tak ada yang datang. Sehinggalah yurannya dibayar oleh orang tertentu yang simpati.
Setelah setengah jam aku menunggu, tidak juga muncul bapak budak yang seorang lagi tu. Pelajarnya pun tak nampak lagi.Entah pergi ke mana? Aku pun oleh sebab perut dah lapar, berjalan 5 tapak, ke kantin yang memang terletak di depan kelas tu. Aku makan tergesa-gesa. Masa tu dah jam 10.40 pagi. Dari kantin aku melihat seorang bapak budak dalam lingkungan umur 40 tahun. Muka nampak macam merah menyala.
Aku tengok saja, agaknya inilah bapak budak perempuan itu. Tiba-tiba dia sergah aku!
"Anak saya kata cikgu balik rumah!?"
"Bila pulak saya balik? Saya dah setengah jam tunggu di sini"
"Kurang ajar betul anak saya ni!"
"Silalah duduk bang"
"Tak payah"
Dahlah salam tidak. Apa pun tidak. Dia langsung tak menghormati aku sebagai guru anaknya. Kalau aku masih muda , rasanya pagi tadi dah bertumbuk dengan lelaki itu
Yang peliknya, kenapa dia baran sangat dengan aku dan cikgu-cikgu di sini?
7 ulasan:
cikgu mat som, ada sambungan tak citer ni?
nak tau juga kesudahannyaaa...
aik..cikgu tunggu sampai perut berlapar tp cikgunya dimarah? huhu.. *garu kepala kejap*
buat sambung kisah dia ni MS...heheheh agaknya bapak budak ni memang jenis panas baran...dah tu anak dia pulak selalu buat hal...pelajaran pulak tak berapa nak OK...betul ke cikgu?
Kesudahannya tiada sudah. Ini kali kedua dia buat hal. Bulan lepas, dia panggil ustaz datang ke warungnya. Rupa-rupanya dia tak puas hati kerana anaknya kena denda fasal tak pandai mengaji. Ustaz muda kawan saya tu dengan berani sorang-sorang jumpa dia di warungnya.
Kalau SZ nak ke datang ke tempatnya?
Hari Terbuka ni Zack (Zakiah)
mengingatkan saya dgn Prof Zainal Alam ayah Zack.
Walaupun Prof seorang yg hebat, tetapi dia merendah apabila jumpa saya, seorang guru DG 32 ini. Yang gajinya tidak seberapa ini hehehehe
Mama Miraki,
Anak perempuan dia ni ok, kelas baik, jadi Penolong Ketua.
Masalah ni sebab bapaknya tu keturunan Laksamana mana ntah, asyik komplen cikgu dan memang PANAS BARAN.
Kalau saya memandu ALPHARD ke, mungkin dia benci tgok saya. Tapi kenapa? Saya pun tak tau?
Beberapa tahun lepas ada jenis bapak budak marah-marah tanpa fasal. Bayar Yuran pakai CEK dengan bawak buku cek di depan saya. Berapa yuran budak ni?
Riak dan takbur. Saya ni sibuk. Nak masuk cek pulak dalam bank. Ada ke orang buat macam tu? Kalau saya dah kaya, rasanya sekarang ni saya nak berhenti. Bosan dah dengan dunia perguruan ni.
Catat Ulasan