Rabu, 13 Julai 2011

NIKMAT KEHIDUPAN



Andainya kita bangun pagi tadi, Alhamdulillah, kerana kita masih dalam keadaan sihat, kerana ada orang bangun di katil hospital, yang tidak tahu bilakah penyakitnya akan sembuh. 


Ada yang bangun, badannya lumpuh separuh badan, kerana telah bertahun-tahun menghidap penyakit Ahmar. Ada yang bangun, masih menderita pelbagai penyakit kanser. Semuanya, apabila bangun ingin sekali, kalau boleh mereka boleh berjalan seperti dulu. Yang terkena barah pula, andainya mahu, semua itu cuma mimpi semalam.


Bersyukur kita masih sihat! Tidak mempunyai koleksi penyakit berbahaya. Maka teruslah menjaga kesihatan kita. Hati-hati terhadap makanan kita. Kerana sebahagiannya adalah pembunuh masa depan. 


Hospital penuh dengan orang sakit. Semua mengadu itu dan ini. Bangunan hospital semakin diperbesar. Parkingnya ditambah. Untuk apa semua itu? Ya untuk kita yang tidak menjaga kesihatan!


Usah menyesal. Sama-samalah JAGA KESIHATAN KITA.


Teringat satu dialog filem Indon. Hero Batak berambut kerinting itu berkata
"Rajin kamu Mas...pagi-pagian sudah berlari-larian?"
"Ohh.....gue sekarang sedang menjaga kesetanan kok Pak!" 

Tiada ulasan: