Sabtu, 16 Julai 2011

NISFU SYAABAN


KESIMPULAN: NISFU maksudnya PERTENGAHAN

Masuk saja malam ni, kita akan berada di malam Nisfu Syaaban. Orang Nusantara ini, telah sinonim dengan membaca Yaasin 3 kali. Namun, sebenarnya kita tidak ditentukan begitu.


Jika ia satu yang dianggap mesti, maka ia sudah menjadi satu bidaah. Yang penting, pada malam ini kita isi dengan PERKARA-PERKARA KEBAJIKAN, ATAU IBADAH, ATAU SATU HAL YANG MENUNJUKKAN KETAATAN KITA KEPADA ALLAH.


Sebagai contoh kita menghadiri takzkirah, kuliah, berzikir, solat sunat, berdoa, berwirid dan seumpamanya. Kita amat digalakkan supaya memohon kepada Allah agar diampuni dosa-dosa kita selama ini. Seterusnya kita memohon segala yang kita hajatkan. Kerana apa? Kerana malam 15 Syaaban ini, malam kita beramal dan memohon apa-apa sahaja daripada Allah SWT.


Membaca Yasin memang sangat baik, namun jangan diiktikadkan bahawa ia satu kewajiban. Kita boleh mengaji surah apa pun. Cuma dalam masyarakat Nusantara ini membaca Yaasin itu, menjadi satu kebiasaan. Malangnya surah-surah lain jarang dibaca.


Tetapi, daripada kalian menonton konsert, membaca majalah hiburan yang sia-sia dan hanya menambah dosa, membaca Yaasin, jaaaauhhhh lebih baik kalian membaca Yaasin.


Jika kalian uzur, kalian masih boleh dapat fahala malam ini. Berdoalah banyak-banyak agar hidup kita semua umat Islam sentiasa menuju keredhaan Allah. Satu lagi, kalian boleh Klik gambar Orang Mengaji kat Kanan blog aku ni. Dengar pun dapat fahala. Pilihlah surah mana yang anda ingini.


SELAMAT MENYAMBUT MALAM NISFU SYAABAN


  

3 ulasan:

mak encik | SZ berkata...

tak sabar menanti ramadhan ...

Mat Som Sadona berkata...

SZ
Ramadhan memang indah.
Tetapi pekan tempat saya tinggal ni jadi sesak, itu yg saya tidak suka.

Kerana nak ambik anak sekolah jem.
Nak belanja dapur pun jem.
Semuanya jem, jem. parking dahlah susah.

aza ni berkata...

cikgu

salam nisfu staaban....