Tiga Guru di Gunung Kinabalu
Rabu, 26 Oktober 2011
MAAF, SITI.....SAYA COPY PASTE...
Selasa, 25 Oktober 2011
USOP WILCHA DENGAN ANAK ISTERI
Usop Hantu Mak Limah-(Ihsan Gambar Seri Dewi)
Anak-anak aku dah tengok cerita ni entah dah berapa puluh kali. Tak jemu-jemu. Filem lain, sekali tengok dah jemu. Temulak pilihan kedua.
Yang paling kesian adegan Usop kena langgar bajak semasa asyik melihat kek hari jadinya. Dialog paling popular sehingga menggemparkan Malaya ialah "Kita Bakoo...Kita bakor je!"
Usop Wilcha @ Syed Mohamad Asri. Berkahwin dengan Noorafiza Abdul Aziz, 18 tahun lebih muda daripada Usop. Anaknya baru seorang, Syed Chalip Umar. Dah lama maknanya Usop membujanglah ya....!
Ish...tIba-tiba je aku cerita fasal artis. Bukan apa, selama ni tertanya-tanya siapa Usop ni? Baru ni lah aku tau....lagi pun 3,4 hari ni aku terbayang mayat Ghaddafi yang dijahit-jahit tu, ngerilah pulak. Aku takut Melayu kat Malaysia ni satu masa nanti, gaduh sesama mereka sampai macam tu. Yang ketawa berdekah-dekah tentulah Yahudi dan kuncu-kuncunya. Jadi...aku ingin melupakan mayat itu. Sungguh tragis!
KENA MARAH BAPAK BUDAK
Seminggu bercuti ni, aku dapat meluangkan masa menghantar dan mengambil Arina. Tadika tu tak terlibat dengan cuti Deepavali yang berganti-ganti tu. Satu hal yang menjadi topik aku pagi ni ialah, cikgu tadika itu lambat mengeluarkan budak-budak tu. Nasyid-nasyid dulu....salam-salam lama-lama, sampailah 10 - 15 minit lewat. Ibu bapa dah ada yang berpanas di motosikal mereka. Nampak wajah-wajah yang tak berapa senang.
10 - 15 minit terlalu lama bagi yang menunggu di bawah panas terik matahari.
Lalu aku teringat satu insiden yang berlaku kat sekolah aku tahun lalu. Kawan aku tu baru berpindah ke sekolah itu. Beliau memang terkenal sebagai guru yang sangat rajin. Maka kerana matlamat pembelajaran belum tercapai, barulah jam 1.45 petang, budak-budak tu keluar kelas. Sepatutnya jam 1.30.
Datanglah seorang bapak budak, memaki hamun....
"Hoi! Cikgu Bodoh, kami ni panas macam nak pecah kepala awak tak tau ke!? Lain kali ikutlah masa!"
Kawan aku tu diam saja....tenang.......
Rajin lebih-lebih pun orang marah....entahlah......
Satu lagi kes. Cikgu J. Beliau juga ajar terlebih masa, masa balik lah ni....Sampai dekat pukul 2.00. Maklumlah budak tu tak faham-faham formula matematik tu.
Datang seorang bapa, kepadanya, cakap dengan penuh perasaan kesal...
"Cikgu, cikgu telah menabur pasir ke dalam periuk nasi saya...."
"Kenapa?"
"Sebab cikgu keluarkan anak saya lambat, saya hampir diberhentikan oleh majikan saya, saya ni mintak kebenaran ambik anak ni 10 minit saja, ini dah setengah jam, setiap minggu saya kena marah bos saya...tolonglah jangan buat macam ni"
Pengajaran:
Tepatilah MASA dalam apa-apa keadaan sekali pun.
Isnin, 24 Oktober 2011
BANK DI SEBUAH PEKAN KECIL
Kewujudan Agro Bank di Pekan Parit Yusof Muar
ini pasti mendatangkan perasaan cemburu bagi penduduk Seri Medan yang mempunyai
penduduk yang lebih padat.
Situasi di pasar Ahad Seri Medan. Mereka juga perlukan bank. Pejabat Pos tak mencukupi.
Nak ambik duit kena pergi bandar Batu Pahat,Yong Peng atau ke Parit Sulong. Nampaknya ramai yang simpan duit bawah bantal. Nak berbaris di pejabat pos, kena banyak bersabar.
Sebahagian pemandangan pekan Seri Medan. Di sinilah aku selalu lepak
dengan kawan-kawan sewaktu remaja dulu.
Tunggulah tahun 2020...baru ada bank di Seri Medan ya pakcik-makcikku.
Baik aku makan cokelat ole-ole Ili Nabilah (anakku) yang baru balik dari Langkawi ....buat apa nak fikirkan masalah orang, aku bukan wakil rakyat......hehehehe
Sabtu, 22 Oktober 2011
VIDEO PEMBUNUHAN MUAMMAR GHADDAFI
PENGAJARAN:
- Usahlah jadi pemimpin yang zalim dan mementingkan kaum kerabat sendiri.
- Terlalu lama menjadi pemimpin juga menyebabkan rakyat muak dan memberontak.
- Apa yang dilakukan pemberontak terhadap jasad Ghadaffi ini tidak menggambarkan ajaran Islam. Ternyata Ghadaffi tidak dapat mendidik rakyatnya semasa dia memerintah.
- Ghadaffi semasa pemerintahannya banyak membunuh penentangnya termasuk ulama-ulama, jadi memang layaklah matinya dalam keadaan hina, seperti Saadam Hussin juga.
- Ghadaffi juga merampas kuasa untuk mendapat kedudukannya itu, maka wajarlah dia menerima pembalasan tersebut.
- Segala kekacauan yang berlaku di negara-negara Arab merupakan hasil adu-domba Yahudi dan barat demi keamanan Israel. Rakyat telah masuk perangkap mereka. Lihat sahajalah yang telah berlaku di Iraq. Pemerintahan Libya akan datang, akan berada dalam acuan barat, Yahudi dan koncu-kuncu mereka.
Buat kita di Malaysia, sama-sama mendoakan agar Himpunan Sejuta Umat di Stadium Shah Alam hari ini mencapai objektifnya. Semoga musuh-musuh Islam menjadi gerun dan tidak lagi berani melakukan tipu muslihat supaya orang-orang Islam terpedaya dan masuk ke agama mereka. Buat badan-badan Islam, NGO Islam, dan seluruh orang Islam, sudah tidak boleh tidur lagi kerana bahaya terbentang luas di sekeliling kita. Anak-anak cucu kita mesti dipelihara, dijaga agar tidak tergelincir ke lembah kesesatan bersama mereka yang telah sesat itu.
Langgan:
Catatan (Atom)


