Jumaat, 16 November 2012

2 TABIAT PEREMPUAN YANG MEMBAWANYA KE NERAKA


Satu hari Nabi Muhammad SAW menyampaikan peringatan kepada sekumpulan wanita.

"Assalamualaikum wahai wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka."
Seorang wanita bangun lalu bertanya
"Apakah yang menyebabkan demikian? Adakah sebab kami ini kufur?"

Rasulullah menjawab. "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua TABIAT kamu yang tidak elok dan boleh menjerumuskan kamu ke neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami"

Contoh 1. Mengutuk/menyumpah

Katakanlah dah lama tunggu bas, mulut kita pun menyumpah
"Driver bas ni dah mampus agaknya!" Perkataan MAMPUS tu termasuk dalam kategori menyumpah. Juga perkataan CELAKA. Baru nak goreng nasi, gas pun habis...."CELAKA punya gas, masa ni pulak dia ni habis. Wanita memang mudah menyumpah, bukan saja suami disumpah, tetapi barang-barang di rumah pun semua disumpahnya.

Contoh 2. Kufur kebaikan suami

Rasulullah SAW bersabda "Tidakkah pernah kamu jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup kamu, kamu berbuat baik kepadanya, tetapi pada suatu ketika, disebabkan dia tidak dapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata,"Awak ni, saya tak nampak pun kebaikan awak" Maka akan gugurlah pahala-pahala amalannya. -Terjemahan langsung dari bahasa Arab.

Ikut bahasa masyarakat kita "Selama saya hidup dengan awak, apa yang saya dapat? Awak tak guna sesen pun" 

Jika dia berkata begitu kepada suaminya,pahalanya selama ini akan habis, dan dia akan menjadi penghuni neraka....

Pada akhir pertemuan dgn kumpulan wanita itu, baginda berpesan agar mereka banyak>BERISTIGFAR (ASTAGFIRULLAH...) dan BANYAK BERSEDEKAH.

Dalam kitab-kitab disebut, paling baik sehari beristigfar 70 atau 100 kali.Ia akan menggugurkan dosa-dosa kita satu persatu.

Semoga ia dapat mengingatkan diriku dan kalian juga agar kualiti kehidupan kita menjadi lebih baik dari sehari ke sehari. Sekian.

Dipetik drp akhbar Kisah Benar, 
Juga drp web islamituindah 


Rabu, 14 November 2012

KISAH LAMA AKU SEWAKTU CUTI SEKOLAH

Aku dengan tanaman cili yang aku usahakan sendiri ketika itu  
Kelakarkan muka aku masa tu?...

Sesetengah orang mungkin malu untuk menunjukkan gambar ketika berada dalam keadaan terlalu daif. Nak kata miskin sangat taklah, sebab masih ada kamera yang merakamkan gambar. Namun tanah yang aku usahakan tu memang aku menumpang kebun orang. Namanya Mbah Yahyo. 

Gambar ni diambil pada tahun 1981. Waktu ni aku masih dalam Tingkatan Tiga. Nak beli syampu pun tak mampu. Mandi pun pakai sabun cap kapak. Tu yang rambut pun keras semacam.

Aku nak cerita ni, tentang aktiviti aku masa cuti sekolah. Aku memang suka tanam kacang panjang, petola, tomato dan cili untuk dijual di kedai berhampiran.

Sekarang, kedai tempat aku memasarkan tanaman aku tu pun dah tak ada. Orangnya dah lama meninggal.

Di kebun tu lah aku nyanyi lagu-lagu yang tengah top masa tu. Macam lagu Brorery, Kembara, Dyloid....terjerit-jerit hingga 'b*b*', monyet, tupai pun terkesima dan terkedu.

Ok untuk anak-anak muda, kalian sangat bertuah kerana sekarang tak perlu bersusah-payah cari duit sendiri macam aku. Tinggal mintak aje dengan ayah atau emak, pasti dapat punya.

Masa ni jangan harap nak melancong ke apa ke? Dapat keluar ke pekan terdekat pun dah suka sangat.

Sekarang Legolandlah, Gambang Water Parklah....macam-macam...untung-untung budak sekarang!



  

Selasa, 13 November 2012

UCAPAN REUNION MAJLIS BERSUA KEMBALI

Ucapan Penghargaan Dalam Buku Program Majlis Bersua Kembali
EX - SMK PALOH BATCH 87-91

Bismillahir rahman nir rahim

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi pada hari ini, 13 November 2012 hari yang penuh bersejarah, kita dapat berkumpul dalam Majlis Bersua Kembali SMK Paloh, Batch 87-91 ini. Setelah sekian lama kita meninggalkan SMK Paloh, mungkin hari ini kali pertama kita bersua kembali. Setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru dan rakan-rakan atas pengorbanan dan kesudian yang diberikan sehingga kita dapat berkumpul bersama pada hari ini.

Kepada guru-guru yang pernah mengajar dan mendidik kami, diucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga. Sesungguhnya tanpa guru tak mungkin kami semua dapat mengenal abjad A,B,C...dan seterusnya melangkah ke arah kejayaan sama ada dalam akademik, perniagaan, suri rumah dan sebagainya.

Banyak pengalaman dan kenangan kami semua semasa menjadi anak didik guru-guru yang pernah mengajar kami. Pengalaman dan kenangan tersebut amat berguna dan berharga, tidak dapat direka dan dijual beli.

Semoga pertemuan kita pada hari ini, menjadi kenangan terindah, dan titik permulaan untuk kita terus mengeratkan lagi tali sillaturrahim yang sekian lama terjalin pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.
(Nukilan Haryantee Hamzah, Paloh, Johor)

Ucapan Pengerusi En Rosli Bin Yunos

Majlis dirasmikan oleh ADUN SUNGAI RAMBAI, YB DATUK HASSAN BIN ABDUL RAHMAN.

Ucapan oleh wakil bekas guru-guru SMK PALOH, Cikgu Mazlan Jantan

Menyanyi lagu Negaraku, DAN Lagu Setia dan Berbakti (SMK PALOH).

ANGKATAN BATCH 1987-1991 SMK PALOH YANG HADIR
  Cikgu Baharuddin Tahir, Pn Zabedah Saem dan anak mereka.
Lirik lagu SMK PALOH- Setia dan Berbakti...nostalgik apabila dinyanyikan bersama-sama...nak nangis apabila lagu ni didendangkan semula di dewan ini.
En Rosli menyampaikan cendera hati kepada YB Datuk Hassan  Bin Abdul Rahman
Kanan sekali bersongkok hitam ialah Ustaz Hamzah.
Yang aku dapat ingat hanya wajah sebahagian mereka, terlalu lamanya tidak berjumpa, ingatan pun semakin luput. Maklumlah dah hampir 20 tahun meninggalkan Paloh nan indah.

Cikgu Suhood Kanapi, antara yang dapat bersama-sama dalam majlis ini
Bekas anak-anak murid pun dah mempunyai keluarga dan anak-anak masing-masing.

Dyan, Yanti Setiausaha majlis ini sedang berkongsi cerita.
Anak saya dah tiga ...er....
Alhamdulillah.....kita dapat bersua di dewan Japerun Sungai Rambai ini.....

Cikgu Zailani Ahmad dan Cikgu Salleh Mohd Nor....
Cikgu Mazlan Jantan.....banyak cerita hingga kami lupa nak balik
Dari berborak di dalam dewan, sampai di luar dewan, banyak sangat cerita ........kena tambah satu hari lagi nampaknya. Lain kali kita buat di dewan utama MITC amacam? Gurau aje...kat Dewan SMK PALOH lagilah mengharukan kut?

Saya mewakili guru-guru yang dijemput mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa majlis, iaitu En Rosli Md Yunos, En Nordin Zainal, Pn Haryantee Hamzah (setiausaha Reunion ini), Pn Zaafrina Isa, semoga bisnes keknya bertambah maju, Pn Suhaila Mahat, Pn Norlelawati Mahran, Pn Tumilah Taimin, En Abd Wahid Ahmad, Pn Hazifah Aliman, Pn Nor Aishah Samin dan seluruh yang menjayakan majlis tersebut. Tahniah atas kejayaan kalian mengadakan majlis gilang-gemilang itu. 

Terima kasih!!!

Isnin, 12 November 2012

BERFACEBOOK MENYEBABKAN KEMURUNGAN

Kuching: Pelajar yang menggunakan cuti sekolah untuk melayari laman sosial Facebook selama tiga hingga tujuh jam sehari dibimbangi mengidap kemurungan pada masa depan.

Kredit: Penpatah

Risiko kemurungan membabitkan kesihatan mental berlaku kerana kurang pergaulan sosial, justeru, apabila tiba masa berdikari, golongan terbabit berdepan masalah menyerap tekanan ketika bekerja akibat kelemahan menguasai keadaan sekeliling, iaitu ‘copy skills’.
Pengarah Hospital Sentosa, Dr Lau Kim Kah, berkata bagi mengelak keadaan itu, ibu bapa perlu menggalakkan anak mereka keluar bersosial secara sihat khususnya ketika musim sekolah, supaya kemahiran menguasai tekanan dapat dipelajari. 


Kemahiran murid


“Apa yang dimaksudkan dengan copy skills adalah kemahiran murid meniru atau belajar daripada persekitarannya dalam memahami masalah dan menyerap tekanan.

“Kegagalan mempelajari kemahiran dalam situasi bukan formal akan menyebabkan golongan terbabit berdepan risiko mengidap kemurungan, sekali gus mengalami masalah mental,” katanya ketika ditemui BH sempena majlis perasmian hari terbuka dan jualan amal Hospital Sentosa, di sini, semalam.

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 menunjukkan hampir 340,000 penduduk negara ini atau 1.8 peratus menghadapi kemurungan, manakala penyakit keresahan adalah 1.7 peratus.
Tahap kemurungan didapati lebih tinggi membabitkan 2.5 peratus dalam kalangan usia 16 hingga 24 tahun dan kedua tertinggi membabitkan penduduk berumur 65 tahun ke atas.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Chin Zin Hing, berkata pihaknya menghadapi cabaran besar meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap tanggapan menyamakan maksud kesihatan mental dan penyakit mental.

“Kesihatan mental adalah membabitkan semua ahli masyarakat berbeza manakala penyakit mental cuma membabitkan individu tertentu saja,” katanya.


Sumber: BERITA HARIAN

Sabtu, 10 November 2012

IKHWAN SELAMAT BERSUNAT

 UMUR 10 TAHUN
 PENGUBAT SAKIT
 IKHWAN SAMPAI DI RUMAH
SAKIT MAK...SAKIT

Doktor yang bertanggungjawab mengkhatankan Ikhwan ialah Dr. Ahmadol di Klinik Tawakkal Parit Sulong. Terima kasih Dr.