Jumaat, 16 November 2012

2 TABIAT PEREMPUAN YANG MEMBAWANYA KE NERAKA


Satu hari Nabi Muhammad SAW menyampaikan peringatan kepada sekumpulan wanita.

"Assalamualaikum wahai wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka."
Seorang wanita bangun lalu bertanya
"Apakah yang menyebabkan demikian? Adakah sebab kami ini kufur?"

Rasulullah menjawab. "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua TABIAT kamu yang tidak elok dan boleh menjerumuskan kamu ke neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami"

Contoh 1. Mengutuk/menyumpah

Katakanlah dah lama tunggu bas, mulut kita pun menyumpah
"Driver bas ni dah mampus agaknya!" Perkataan MAMPUS tu termasuk dalam kategori menyumpah. Juga perkataan CELAKA. Baru nak goreng nasi, gas pun habis...."CELAKA punya gas, masa ni pulak dia ni habis. Wanita memang mudah menyumpah, bukan saja suami disumpah, tetapi barang-barang di rumah pun semua disumpahnya.

Contoh 2. Kufur kebaikan suami

Rasulullah SAW bersabda "Tidakkah pernah kamu jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup kamu, kamu berbuat baik kepadanya, tetapi pada suatu ketika, disebabkan dia tidak dapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata,"Awak ni, saya tak nampak pun kebaikan awak" Maka akan gugurlah pahala-pahala amalannya. -Terjemahan langsung dari bahasa Arab.

Ikut bahasa masyarakat kita "Selama saya hidup dengan awak, apa yang saya dapat? Awak tak guna sesen pun" 

Jika dia berkata begitu kepada suaminya,pahalanya selama ini akan habis, dan dia akan menjadi penghuni neraka....

Pada akhir pertemuan dgn kumpulan wanita itu, baginda berpesan agar mereka banyak>BERISTIGFAR (ASTAGFIRULLAH...) dan BANYAK BERSEDEKAH.

Dalam kitab-kitab disebut, paling baik sehari beristigfar 70 atau 100 kali.Ia akan menggugurkan dosa-dosa kita satu persatu.

Semoga ia dapat mengingatkan diriku dan kalian juga agar kualiti kehidupan kita menjadi lebih baik dari sehari ke sehari. Sekian.

Dipetik drp akhbar Kisah Benar, 
Juga drp web islamituindah 


2 ulasan:

Unknown berkata...

As salam Cikgu Matsom,

Kisah ni pernah saya baca dulu... takut & gerun bunyinya... kadang-kala kita xsedar sekurang2nya ingatan begini buat kita kembali insaf kan..ehemmm...


Cikgu,

Nak exchange banner bisnes tak? UV saya taklah tinggi tapi kalau sudi bolehlah kita tukar2 banner bisnes...free & win-win..insya'Allah :)

Boleh jwb diblog saya ye cikgu...terima kasih :)

Kayu Manis berkata...

DAH BACA DR BLOG SESEORANG...

MACAM MANA PUN IA PERINGATAN UTK PEREMPUAN..

IKUTKAN SIKIT2 DOSA..APA PUN BUAT YG TERBAIK..
ANAK2 KAK MERASA PELIK KALAU ANAK2 ORG ATAU SESIAPA JE CKP BODOH..BABI..ATAU CELAKA SBB DIORG TAK PERNAH DGR AYAT2 TU DI RUMAH..PELIK SGT KALAU DIORG DENGAR..MESTI MENGADU KAT SAyA.."MAMA BUDAK TU CKP BODOH..'