Ahad, 18 November 2012

HADIAH TERBAIK UNTUK ANAK, ADALAH ISLAM

Apabila melihat Teropong Sakti ni, saya berfirasat, saudara saya yang bernama Anynomous dari Kedah yang rajin jengok dan menulis komen dengan nama Tanpa Nama tu, seakan-akan saya rasakan ia baru balik dari menunaikan Haji. Jiran sebelah kiri rumah saya ini, Cikgu S dan Kak K, terdengar-dengar suaranya sejak Subuh tadi. Hendak saya menziarahinya, tetapi tentu mereka penat lagi. Suara mereka sudah kami tidak dengari sejak lebih 40 hari yang lalu, Alhamdulillah...semoga saudara dan isteri Anynomous, juga semua jemaah haji kita mendapat haji yang mabrur....  

Dalam seminggu bercuti ni, saya dan isteri melihat, mengkaji, kalau begitulah keadaannya..............ia tidak boleh dibiarkan. Dari jam 11.00 tengah hari hingga 7.00 malam, jadualnya chating Facebook, lepas tu kawan-kawan tekan loceng rumah tidak tentu masa, keluar,masuk,keluar bawa pancing, tapi tak pernah pun bawa balik ikan seekor pun. Petang main hujan, dengan badminton, bola sepak, baju basah kuyup dan kotor bagai dalam iklan Sabun Breeze.....

Justeru, hari ini kami hantar dia ke tempat yang paling tenang untuknya.......Tempat yang paling berfaedah dan penuh pengisian.....dan di sini tidak ada istilah membuang masa dan tenaga seperti biasanya.   

"Hadiah yang paling berharga daripada Allah untuk manusia ialah agama! Hadiah paling berharga daripada Nabi Muhammad untuk umatnya adalah agama! Hadiah paling berharga daripada ibu bapa untuk anak-anak adalah agama!" Ustaz Tahfiz ini berpidato. Beliau begitu fasih bercakap Arab, Melayu dan Mandarin.
Irfan Iman akan menuntut ilmu agama selama 40 hari di sini...
Alhamdulillah dia suka di sini, daripada 20 orang yang mendaftar minggu ini, 4 orang daripadanya adalah sepupunya. Dalam gambar ini, ialah sepupunya Lutfi yang duduk di Rengit tu...

Untuk Arina, dan Ili Nabilah pula, mereka akan mula tuisyen dari esok hingga akhir cuti. Isnin hingga khamis setiap minggu. Iwan masih belum baik dari sunat. Minggu depan juga kami daftarkan ke tuisyen.

Barulah lega hati kami....

Kami kemudian ke sini.....
 Ke rumah bonda, dan berborak-borak dengan anak saudara aku ni..



 Amirul bercerita bab serius 

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1.mat som!!anak-anak yang akan "sejukkan" hati kita ialah anak yang soleh!!walaupun mungkin anak itu gagal dalam upsr!pmr!spm!tapi kalau dia anak yang soleh!!hati kita akan sejuk!tenang!
2.mungkin hari ini kita akan berbangga dengan anak-anak kita yang dapat semua A dalam UPSR!PMR atau SPM!!dapat kerja yang baguih dan pro!doktor!jurutera!!tapi kalau hal keagamaan hancur!!kita akan rasa "panas"!!hidup tak tenang!!
3.di tempat saya !!setiap kali balik dari sekolah!!saya selalu berselisih dengan sorang anak YB yang kurang "bergaya",berbasikal,siap dengan jubah dan serban!!baru balik dari berjemaah zohor!!dalam hati terpikiaq jugak!!dulu mungkin mak pak dia tentu malu dengan sifat fizikal dia!!kebodohan dia dalam UPSR!!PMR!!SPM!!tapi bagi saya!!dia tetap anak yang "menyejukkan" hati!!
4.biaq duit sikit!!hati sentiasa "sejuk" dan tenang!!!dari duit banyak!!tapi hati sentiasa "panas" melihat perlakuan anak-anak kita!!!!!
5.tup!tup!lip!lap!!umuq kita pun dah semakin senja!!tak sedaq pun no!!macam baru semalam jee dok lepak kat komtar JB pada tahun 8oan dulu!!

Pida berkata...

Saya suka dan setuju dengan komen Tanpa Nama di atas.

Sebab itu saya tak stresskan anak saya yang dah bersekolah tu dengan kata-kata mesti dapat 100%, mesti dapat nombor 1, mesti itu mesti ini. Tapi Alhamdulillah dia cemerlang juga.

Oh ye, cikgu. Biarlah budak-budak nak bergelumang dengan dunia mereka. Masa cuti je diorang dapat peluang ini.

Tapi saya respek cikgu sebab bawa mereka belajar agama secara intensif. Saya pun nak ikut macam cikgu jugak! :)

Kayu Manis berkata...

tahniah kerana menjadi bapa yg bertanggung jawab dlm mendidik anak2..hadiah yg terbaik adalah agama..

kak tak menghantar anak2 ke tusyen atau sekolah pondok..

mmg lazim di rmh kak ada peraturan yg kak dan suami tetapkan..alhamdulillah mereka ikut..

satu hari azhan kena hafaz sepuluh ayat, mengaji setiap hari walau dah khatam.belajar seperti biasa dan dia tak ada kwn2 yg mengetuk pintu setiap hari..pegang pancing apatah lagi..berkawan hanya di sekolah..dan ketika main futsal.

harapan taklah mengongkong hidup mereka..

tahniah sekali lagi ye buat cikgu.

Mat Som Sadona berkata...

Alhamdulillah Syeikh Tanpa Nama

Kenangan lama di Komtar telah sirna kerana bangunan itu dengarnya telah dirobohkan.

Sempat juga ke Komtar, naik kereta api dgn anak-anak, rasa2 dah 6 tahun lepas. Saya ke kedai Buku Badan Bookstore, di situ. yg lain semua dan hidup segan mati mau.

Betoi kata-kata hang tu, anak-anak yg soleh adalah harta dunia dan akhirat. Sama2 kita doakan anak kita semua menjadi anak yg baik2.

Mat Som Sadona berkata...

Alhamdulillah K.Nor
Kami cuba nak jadi mcm K.Nor
Tapi kami ni cepat kesian,

Mat Som Sadona berkata...

Pida, di sana juga mereka diberi peluang bermain, dan kawan lagi ramai....harap2 dia akan happy, sambil menuntut ilmu yg berguna utk dirinya pada masa akan datang.

Unknown berkata...

Terharunya baca semua komen & coretan cikgu di sini... Sgt setuju & tak boleh tak setuju! Anak2 adalah amanah & pencen kubur buat kita... Harta yg ALLAH bagi... sebab kita ni asalnya miskin, lahir miskin, mati pun miskin... moga anak-anak akan menjadikan kita kaya di sana nanti... ameen...

Mat Som Sadona berkata...

InSya aLLAH MARYA...amin......