Rabu, 14 November 2012

KISAH LAMA AKU SEWAKTU CUTI SEKOLAH

Aku dengan tanaman cili yang aku usahakan sendiri ketika itu  
Kelakarkan muka aku masa tu?...

Sesetengah orang mungkin malu untuk menunjukkan gambar ketika berada dalam keadaan terlalu daif. Nak kata miskin sangat taklah, sebab masih ada kamera yang merakamkan gambar. Namun tanah yang aku usahakan tu memang aku menumpang kebun orang. Namanya Mbah Yahyo. 

Gambar ni diambil pada tahun 1981. Waktu ni aku masih dalam Tingkatan Tiga. Nak beli syampu pun tak mampu. Mandi pun pakai sabun cap kapak. Tu yang rambut pun keras semacam.

Aku nak cerita ni, tentang aktiviti aku masa cuti sekolah. Aku memang suka tanam kacang panjang, petola, tomato dan cili untuk dijual di kedai berhampiran.

Sekarang, kedai tempat aku memasarkan tanaman aku tu pun dah tak ada. Orangnya dah lama meninggal.

Di kebun tu lah aku nyanyi lagu-lagu yang tengah top masa tu. Macam lagu Brorery, Kembara, Dyloid....terjerit-jerit hingga 'b*b*', monyet, tupai pun terkesima dan terkedu.

Ok untuk anak-anak muda, kalian sangat bertuah kerana sekarang tak perlu bersusah-payah cari duit sendiri macam aku. Tinggal mintak aje dengan ayah atau emak, pasti dapat punya.

Masa ni jangan harap nak melancong ke apa ke? Dapat keluar ke pekan terdekat pun dah suka sangat.

Sekarang Legolandlah, Gambang Water Parklah....macam-macam...untung-untung budak sekarang!



  

14 ulasan:

Unknown berkata...

Betul tu..skrg macam-macam ada.

Fesyen janggut Yang Sangat Cool

Kayu Manis berkata...

kalau kak ada tanah..cmfrm kak kerah anak2 kak turun berkebun..mesti diorg suka..jakun sikit tanah2 ni..


berisi, masa remaja kan..

selamat menyambut tahun baru Islam cikgu dan keluarga cikgu...

boni kacak berkata...

hmm.. setuju tu cikgu.... sekarang ni semuanya dah disediakan depan mata.... rupanya cikgu juga melalui zaman kecil di dalam serba serbi kekurangan... namun, benda itu lah yang menjadikan seseorang kuat utk lalui perjalanan kehidupan yang sangat besar dugaannya.. :)

wakgelas berkata...

wong wedok ayu temen ning banner wak tu yolaa.. pontianak harum sundal malam maya karin , riko penah kerungu? ehheee,,

Pida berkata...

Zaman tu belum ada rejoice ye cikgu? Hahaha

Budak2 skrg mmg beruntung sgt. Tak kenal rasa susah.

Mat Som Sadona berkata...

Abah
Betul, betul yg mesti ada FULUS, tak ada FULUS, jadi bingung

Mat Som Sadona berkata...

Tkasih K.Nor
Selamat menyambut 1434 Hijriah
Semoga bertambah ilmu, dan kebaikan

Mat Som Sadona berkata...

Boni,
Kalau nak diceritakan kesusahan zaman silam, maka penuhlah blog saya ni dgn cerita itu,
Cukuplah diceritakan sikit-sikit
Yg lain biar terpahat dalam arkib peribadi.

Mat Som Sadona berkata...

Wak Gelas
Kepiye kok sampik kulo ora kenal karo Maya Karin, teruk tenan kulo iki!

Patutlah uayu tenan, kulo ingat bojomu nombor loro.

Mat Som Sadona berkata...

Pida
Budak skrg keluar aje disambut dgn lampu hospital yg terang-benderang.

محمد رازيق berkata...

perkongsian yang baik bro. aku setuju. sekarang sudah mcam2. barangakali pengaruh edaran masa, teknologi. apapun aku pun suka bertanam bro. hehe. salam kenal

Mat Som Sadona berkata...

Salam kenal Muhd Raziq,
Tkasih atas kunjungan sdra

hnahdy89 berkata...

hijau...:)

mmg berbeza xtvt zaman budak2 dulu dan skrang. tambahan ada video gamne la ipad lah.huhu

Mat Som Sadona berkata...

hNAHDy89
Rugi le kita dulu cuma dapat main pistol air
Perempuan pulak main anak patung