Sementara belum diserahkan kepada customer tersebut, dua dara jelita ini berposing di depan Homestay pekan Simpang Lima ini.
Sepanjang jalan ke Simpang Lima tu, aku melihat kampung-kampung di situ dinaiki air, ada yang separas buku lali. Cacing-cacing terkezut beruk! Dan mati lemas. Dalam musim banjir yang lalu, kawasan itu selamat. Namun kali ini, kawasan ini terlibat sama. Hujan beberapa hari lalu memang amat dahsyat.
Dahsyat? Buktinya batu-batu dan pasir aneka segala tanah, telah turun dari bukit-bukau dan bertimbun di beberapa lokasi di kawsan Kolam Ayer. JKR bertindak segera membersihkan busut-busut ajaib yang membahayakan pemandu-pemandu yang rabun.
Ini pula beberapa kawasan di Tongkang Pechah yang dinaiki air. Nak ambik gambar di depan rumah, tak sempat, kerana aku agak malu dengan tuan rumah yang menyangkakan aku membawa bantuan banjir....hehehehe
Rumah Mbokde Sufi, di Pt Lapis Laman, kesian emak sedara aku...gambar oleh Dyikin Duke, sepupu aku.
8 ulasan:
cantik-cantik rumah mereka ni..
sayang pula kawasan tu kena banjir..
saya pernah juga dgr pasal kelapa dara ni,
tapi tak tau sangat apa kebaikannya..=p
Bila tiba musim banjir, lagunya tetap sama. Saya paling kasihan dengan warga emas, wanita berpantang dan kanak-kanak yang diletakkan di pusat pemindahan banjir.
Kesian juga pada budak-budak spm. Tak boleh ke jadual spm diubah ke waktu yang bukan musim tengkujuh? Mereka stress zahir batin!
teringat kat kampung saya.pernah banjir. tak pernah2 banjir, sekali tu banjir.. naik sampai ke buku lali. air dari parit melimpah.. teruk jugak masa tu. tak leh kemana2..
p/s : kamera lama saya jumpa balik tu cikgu.hehe. kamera kompak tahun 2008.. Alhamdulillah.. walau tak ada rezeki nak beli baru, Allah berikan rezeki yang lain. tak sangka boleh jumpa kamera tu semula..hehehe.
dalam juga banjir kat rumah mak saudara MSom tu....
Herma,
Taip saja khasiat atau faedah,kelebihan minyak kelapa dara kat GOOGLE, banyaklah khasiatnya akan ditemui.
PIDA,
TAPI,ada juga calon2 yg suka,sebab boleh study ramai2
Boni,
eH,Kamera tu ditemui di dalam bilik yang ada saka tu ker?....hehehehe
Mummy Gee
Mungkin teknik pengambilan gambar yang menampakkan banjir tu jadi dalam
Catat Ulasan