(Hati jiran kena jaga ni maksudnya, aku sedang berusaha nak jaga hati jiran aku)
Sejak Raya Haji tempoh hari, setiap hari hujan lebat. Setiap kali hujan lebat pula, air akan termenung di depan rumah jiran aku ni antara 10-20 jam barulah tersejat. Apa aku nak buat ni...air ni datangnya daripada bumbung aku. Tetapi kata seorang lagi jiran aku, Ah Hock kata, kalau aku buat salur air di bawah bumbung tu, air hujan yang lebat tetap akan bertakung di situ. Sebabnya air tu tiada jalan untuk keluar dari situ.
Ah Hock suruh aku tebuk lubang.Petang tadi juga abang ipar aku,Hj Johari menasihatkan perkara yang sama. Aku terus pergi ke kedai membeli dua perkakas penting ni. Yang kecik ni besi pemahat batu. Orang Batu Pahat memang kenal sangat benda ni. Batu Dipahat....!
Dengan penuh semangat, aku memulakan kerja aku. Bergegar satu taman dek lelaki gagah yang sedang mengganas ini....! Toing...! Toing!....Masalah ini tak boleh dibiarkan berlarutan......!
Tengah berkobar-kobar bekerja, hujan turun dengan selebat-lebatnya. Nasib baiklah aku pernah berniaga pasar lambak satu waktu dulu, payung emas ini sangat berguna pada saat-saat kecemasan ini. Ia memang tak boleh ditangguhkan ke hari esok....Dah lama dah nak buat benda nih.
Anak-anaknya rajin juga baca blog aku ni. Ok...buat mereka, aku sentiasa berharap agar mereka sentiasa berbahagia berjiran dengan keluarga aku yang sentiasa hiruk-pikuk ni.
Aku bubuh batu putih ni dulu sebab kucing suka sangat berak kat sini. Baunya memenuhi setiap ruang rumah aku. Selepas aku letak batu ni dan aku sembur dengan minyak disel kucing tu muntah-muntah dan tidak berani lagi melabur di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan