Rabu, 21 November 2012

KERETAKU PERNAH TERBARAI KERANANYA


Petang semalam aku menghantar abang aku yang tidak dapat berbicara (bisu sejak kecil). Dengan Kak Long dan abang aku tu pertama kali aku melihat dia dirawat oleh Doktor pakar Audiologi (aku keliru antara Doktor Neorologi dengan Audiologi ni?). Selama ini yang menghantarnya ke situ ialah Kak Long. Beliau memang kuat semangat untuk menjaga adiknya itu dari kecil sampailah sekarang ni (abang aku ni dah beristeri dan ada anak tiga orang, semua ok boleh bercakap, anaknya pun dah besar-besar, yang bongsu berumur 17 tahun).

Aku mengusik doktor muda itu, kerja sebagai Doktor audiologi ni taklah stress macam doktor bahagian lain ek? Dia kata "Tensionlah juga, maklumlah bercakap dengan orang bisu."



Yalah, adik-beradik ni kita kena ambik berat, terutamanya yang ada beberapa kekurangan seperti itu. Jika bukan kita yang bantu, siapalah lagi..? Sepanjang jalan, aku memikirkan, semuanya yang berlaku ini adalah qada dan qadar Allah. Ia adalah ujian kepada kami supaya bersabar....

Awal tahun ini, abang aku tu eksident, dan kakinya patah, DIA berulang-alik ke hospital selama dua bulan ....dan dugaan itu amat berat untuk kami tempuhi. Alhamdulillah kini abang sudah baik dan dapat bekerja semula seperti biasa.

Kak Long menasihati aku supaya menjaga abang aku tu baik-baik. Hampir 20 tahun dulu kamilah yang menguruskan segala yang berkaitan permasalahan mereka. Daripada anak pertama hingga ketiga anak abang aku tu, kamilah yang menguruskan kelahiran anak-anaknya itu. Surat beranaknya, bayaran itu-ininya, dan kamilah juga yang menjenguknya hari-hari di hospital Batu Pahat, dan yang sulong tu seminggu di hospital Muar. Hinggakan keretaku lamaku Celicaku terbarai di tepi jalan selama dua hari kerana rosak dan pulaknya kekeringan duit ketika itu. 

Adik-beradikku ramai yang perempuan. Daripada mereka kecik sampailah besar...aku dan Kak Long juga tempat mereka mengadu ketika itu. Yang balik malam-malam dari belajar, aku pernah juga tidur malam-malam buta di stesen bas Yong Peng, Air Hitam, stesen Batu Pahat semata-mata nak menyambut mereka balik. Pada masa itu mana ada hphone nak bagitau bas dah sampai mana. Begitu juga perginya kena juga hantar.....Aku juga pernah dimarahi dan disindir-sindir pengetua kerana mengambil cuti menghantar adik aku ke universiti.

.............Biarpun apa kata sebahagian mereka tentang aku sekarang ini, ingatlah aku telah dan akan menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang saudara lelaki. Aku akan teruskan komitmen itu selagi nyawa ini di kandung badan. 

3 ulasan:

boni kacak berkata...

kadang2 saya pulak rasa geram dengan orang yang macam pengetua tu... dia tak tau apa yang orang lain lalui... jangan samakan hidup orang sama macam hidup dia... jika dia ditimpa kesusahan barulah dia akan faham sendiri apa yang kita lalui...

UpProfits berkata...

Berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul..

**Jk sudi, jom support saya dlm Contest iPhone 5 Gadget Impian..

1. Klik Entri Contest iPhone 5 Gadget Impian
2. Klik butang G+1 (Google Plus)

Tanpa Nama berkata...

1.kalau kita nak tau hati budi adik beradik kita adalah waktu ditimpa musibah!orang tua kita sakit atau meninggal,atau pembahagian harta pusaka!!
2.waktu tu kita lihat bermacam-macam karenah untuk menjaga orang tua yang uzur!!macam-macam perangai ketidakpuasan hati melihat pembahagian harta pusaka!!malah adik beradik bergaduh!bermasam muka selalunya berkait dengan penjagaan orang tua atau pembahagian harta pusaka!!sedangkan harta yang direbutkan tu tak kemana pun!!tak banyak mana pun!!tak berbaloi untuk bermasam muka sesama adik beradik!!
3.TAPI!kalau adik beradik kita ok segalanya dalam soal diatas!!"sejuk" ayah dan ibu kita di sana!!"sejuk" hidup kita,adik beradik kita,anak-anak saudara kita!!
4.ford laser S yang dipakai pada tahun 88 dah dijuai pada keling botoi pada harga rm750.00!!waktu zaman tu dok race sakan dengan toyota celica!!toyota celica kena makan asap jeee mat som!!