Khamis, 30 Oktober 2014

MASA BERLARI KIAN PANTAS

Dua minggu ni, aku memanglah sibuk sangat. Cuti Deepavali selama sembilan hari rasa tak cuti. Banyak perkara perlu dibereskan, sampai kepala dah rasa nak meletop engko....

Dan perkhidmatan Streamyx aku ni, amat-amat-amat mengecewakan,bagaimanalah aku nak komen entri kalian, kalau nak buka blog sendiri pun terkial-kial. Malam ni entah kenapa line ada ok sikit, tetapi mata pulak dah mengantuk.

Dua minggu ni juga jualan produk-produk kiler mendapat sambutan....terutamanya Pan Ajaib dan Preesure Cooker...Ramai juga bekas anak murid aku, cari aku sebab nak cuba periuk-periuk tu, maklumlah dah ramai yang berumah tangga dah...Alhamdulillah sangat...syukur. Dan terima kasih kepada Datin Z, yang memborong 3 kotak preesure cooker petang tadi. Dan paling memeranjatkan tadi,ada orang call nak ubat AIDS...terkejut sebentar aku....kesian pun ada...manalah aku ada ubat macam tu, kalau aku ada,dah lama aku jadi kaya-raya.

Seperti kata Cikgu Zainal,rakan bisnes aku, kita berniaga ni ikut sunah nabi, dengan niat nak bantu orang, nak bantu keluarga,anak-anak nak belajar tinggi-tinggi,jadi jangan malu,jangan segan, teruskan bisnes selagi ada nyawa ...




Rabu, 22 Oktober 2014

PUTING BELIUNG MELANDA PANDAMARAN



PELABUHAN KLANG, 21 Okt (Bernama) -- Tujuh puluh dua buah rumah dan premis perniagaan di kawasan perindustrian di Pandamaran di sini rosak teruk akibat dilanda ribut pada kira-kira pukul 2 petang tadi.

Ribut seakan-akan puting beliung berserta hujan lebat kira-kira 30 minit itu mencemaskan kebanyakan penduduk di kawasan Pandamaran Jaya dan di sepanjang Jalan Banting serta Jalan Besar Pandamaran kerana ia turut menyebabkan pokok tercabut dan tiang tumbang.

Tinjauan Bernama di Pangsapuri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Pandamaran Jaya, mendapati kira-kira 72 rumah terjejas akibat kejadian itu.


Pengerusi pangsapuri, R.Sivabalan, 41, berkata dalam tempoh tiga minit angin kencang menerbangkan bumbung lima blok pangsapuri berkenaan menyebabkan kebocoran yang teruk.

Beliau berkata keadaan itu menyukarkan penduduk kaum India untuk menyambut Deepavali esok.

"Penduduk yang terjejas mengadu bumbung rumah mereka rosak dan bocor sehingga menjejaskan persiapan Deepavali. Ini kali pertama kejadian ini berlaku dan kami berharap pihak berwajib baik pulih kerosakan secepat mungkin.

Tambahan pula esok ramai penduduk yang menyambut Deepavali dan ramai yang mengalami kerugian sehingga menjejaskan persiapan perayaan esok," katanya ketika ditemui pemberita di sini.




Sementara itu, Anggota Parlimen Klang Charles Santiago ketika ditemui pemberita berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan penduduk di pangsapuri itu untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, beliau berkemungkinan akan meminta keluarga yang terjejas berpindah ke dewan orang ramai berhampiran supaya kerja baik pulih dapat dilakukan pada Khamis ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Kamarulzaman Mamat berkata pemeriksaan pasukannya di kawasan terjejas di Kunci Air Jalan Banting, Pandamaran, mendapati terdapat pokok tumbang serta bumbung premis diterbangkan angin ribut.

Selain itu, beliau berkata beberapa buah bot yang berada di jeti berhampiran juga telah tenggelam akibat kejadian itu.

"Antara premis yang terlibat adalah gudang penyimpanan tong gas, tokong, Pangsapuri PKNS dan Pangsapuri Pandamaran Permai.

Akibat daripada ribut tersebut bekalan elektrik telah terputus dan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dihubungi. Setakat ini tiga laporan polis telah dibuat dan tiada kecederaan serta kematian berlaku," katanya ketika dihubungi.


sumber BERNAMA

Selasa, 21 Oktober 2014

MAUT DISERET KERETA API DI KUALA LANAR


Gambar Hiasan-Mbasic

KUANTAN, 21 Okt (Bernama) - - Seorang lelaki maut selepas dirempuh dan diseret keretapi sejauh 250 meter di Kuala Lanar dekat Kuala Lipis awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Abdul Razak Hassan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.23 pagi ketika keretapi berkenaan dalam perjalanan dari Tumpat, Kelantan menuju ke Kuala Lumpur.

"Polis yang menerima maklumat kejadian itu daripada kakitangan Keretapi Tanah Melayu sejurus selepas kemalangan tersebut kemudian bergegas ke lokasi kejadian," katanya.

Mayat lelaki itu kemudian ditemui dalam keadaan menyayat hati dan mukanya tidak dapat dikenal pasti, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat tanpa sebarang indentiti pengenalan diri itu kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat mangsa.

"Pemandu dan semua penumpang keretapi Senandung Wau TN yang tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan itu kemudiannya telah meneruskan perjalanan setengah jam kemudian," katanya.

Abdul Razak meminta orang ramai yang melihat kejadian itu supaya menghubungi polis bagi membantu siasatan.



BERNAMA

PANGGILAN KECEMASAN DARI APARTMENT TERATAI

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Kira-kira 1,500 Penduduk Apartment Teratai, Taman Bukit Raya dekat Bukit Beruntung dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Bunga Raya ekoran kejadian tanah runtuh.

Damage caused by the landslide near the Teratai Apartment, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung – photo courtesy of Korporat Ibupejabat Bomba Putrajaya
 GAMBAR-GAMBAR DIAMBIL DARIPADA THE STAR


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baharu Noor Azhar Tajudin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.44 pagi sebelum tiba di lokasi pada jam 11.20 pagi.

"Siasatan awal mendapati berlaku pergerakan tanah runtuh kira-kira 15 meter dari kawasan perumahan. Demi keselamatan penduduk kami mengarahkan penduduk apartment itu ber
pindah sementara ke Sekolah Kebangsaan Bunga Raya," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata penduduk perlu menunggu sekurang-kurangnya tiga hari bagi mengetahui keputusan yang dibuat Jabatan Kerja Raya sama ada selamat atau tidak untuk mereka tinggal di situ.

"Kami tidak boleh jangka bila mereka akan dibenarkan balik ke kediaman masing-masing kerana ia memerlukan masa untuk menyiasat dan mengenal pasti akan keselamatan kawasan itu selepas berlakunya tanah runtuh," katanya.

Azhar berkata ketika ini pergerakan tanah masih lagi berlaku dan pemantauan terus dijalankan.

Sumber-- BERNAMA

Jumaat, 17 Oktober 2014

UBAT HATI YANG RESAH GELISAH



Antara intisari kuliah Subuh Ustaz Marwan pagi ini (di MASJID SIMPANG TIGA, PARIT SULONG JUMAAT 17 OKTOBER 2014)
Jika hati anda TIDAK TENANG, RESAH GELISAH, GUNDAH sedangkan anda tidak tahu apa puncanya,lakukanlah perkara-perkara berikut:
1. Hadirlah SELALU ke majlis-majlis ilmu agama, mendengar tazkirah dan peringatan, agar hati menjadi lembut, dan tenang.
2. Atau bacalah Al-Quran dengan khusyuk dan memahami maknanya....
3. Berdampinglah dengan alim ulama, jika mereka datang ke tempat anda, pergilah mendapatkannya, dengarlah nasihatnya, mintalah ia mendoakanmu
4. Bersyukurlah atas nikmat-nikmat Allah yang diberi kepada anda, dan berzikirlah iaitu ingat Allah sentiasa

Jika HATI ANDA KERAS (iaitu memiliki sifat-sifat mazmumah, bongkak, ujub, dan sebagainya)...caranya ialah dengan selalu mengingati MATI. Bahawa kita semua akan MATI.....Tiada apa yang perlu dieksyenkan dalam kehidupan yang sementara ini.
Hari ini, dunia menjadi rosak,kerana PEMIMPIN-PEMIMPINnya memiliki sikap-sikap terkutuk seperti tamak, dan tidak mahu mendengar nasihat ulama.
Selain PENYAKIT JASMANI, Sebahagian besar manusia juga menghidap PENYAKIT ROHANI. WHO sebuah badan PBB sentiasa agresif mencari penawar untuk pelbagai penyakit seperti AIDS,EBOLA dan sebagainya. Hospital dan pusat kajian didirikan di seluruh sejagat ini. Tetapi tidak ada usaha untuk mengubati PENYAKIT ROHANI yang kian parah ini.