MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Selasa, 30 Disember 2008

PENGHUJUNG CUTI

A FAMOSA

TAK SANGKA DAPAT IKAN NI..! BESTNYA

SEBELAH RESORT INI ADA MESJID SUNGAI TUANG


DI DEPAN MENARA TAMING SARI


SEMASA BERADA DI RENGIT

Mohon maaf kepada kalian, kerana blog ini sudah lama tidak diupdate. Saya telah sibuk dengan bisnes baru di matsomherbs.blogstarz.my. Tambahan pula, sekolah mula dibuka, mesyuarat dengan pentadbir telah pun bermula. Lagi pun saya telah mula membeli kelengkapan anak-anak sekolah.
Di bawah ini saya terus menyiarkan kegembiraan masa cuti, dunia ini tidak ceria tanpa senyuman ahli keluarga. Sayangi keluarga anda.






Isnin, 29 Disember 2008

TABLE MEETING

Saudara Abu Hasan Lebai Idris ialah upline saya sejak tahun 1998 dalam HPA, selepas itu beliau
join dalam sebuah syarikat yang menjual ubat minda dari JB. Dalam syarikat inipernah mencapai bonus RM 4000 selama beberapa tahun. Kini beliau masih aktif dalam syarikat tersebut. Kini Hasan mengajak saya membuat bisnes BIO ASLI. Aku memang sedang mencari syarikat yang paling cepat membuat bayaran bonus dengan maintain yang paling rendah RM 25sebulan.

Abu Hasan berasal dari Kuala Kangsar PERAK, dan berkahwin dengan Pn Jamilah Mohd Nor dari Pt Ju, Seri Medan. Dikurnia empat orang anak dua lelaki dan dua orang perempuan. Pernah belajar vokal dengan Omar Nawab semasa zaman remajanya. Suaranya jangan ditanya, cuma tak sempat buat album. Sering mengunjungi karoeke di Kuala Lumpur. Suka menyanyikan lagu Jamal Abdillah. Kalau orang lain satu dua lagu, tetapi apabila HASAN IDRIS (nama glamour dialah) menyanyi, orang akan meminta HSAN menyanyi dan terus menyanyi...! Kini telah membeli sebuah rumah yang agak selesa, dahulunya rumah Sdra Zulkarnain Kamisan di Taman
Teratai. Sdra Zul sudah membina rumah yang lebih tersergam berhampiran Dataran Pt Sulong.
HASAN IDRIS 017-3778758

Sdra Mansor ni masih solo lagi, beliau rajin juga bisnes bio asli.
Mansor tinggal di Pt Kasim, Jln Pt Jalil T Pechah


Kami tak meeting kat hotel macam dulu-dulu. Di Restoran Noor Pt Sulong ni, kami kerap berbincang tentang Bio-asli.


Sdra Basri yang masih bujang ni pun tengah tercari satu bisnes yg mudah dan murah. Bio-asli dapat membantu beliau mencari pendapatan sampingan.





Abdul Razak Ithnain, sentiasa bersemangat untuk buat bisnes bio-asli, cuma sekarang agak sibuk dengan Perpustakaan Desa Bukit Naning


Sabtu, 27 Disember 2008

PENUHI CUTI DENGAN AKTIVITI

Buat pertama kalinya anakku Irfan dapat ikan haruan sejak memancing drp kecil lagi. Kepuasan tergambar di wajahnya. Ikhwan pula baru belajar memancing.

Patutlah ramai orang pergi memancing di bumi Sejagong ni. Kami akan ke sini lagi apabila ada kelapangan nanti.

Pemandangan di sini sangat cantik, indah bagai lukisan (kata P. Ramlee)


" Ayah, bestlah memancing kat sini"
"Best memang best, tapi awak kena hati-hati, awaktu tak pandai berenang"


Berehat macam berkelah, Ikwan makan-makan di tepi jalan ni.

Assalamualaikum semua!
Diam tak diam hari ni dah 27 Disember. Cuti kali ni saya agak sibuk dengan pelbagai aktiviti keluarga dan bisnes Bio-asli. Pagi 25 Disember saya berjumpa seorang graduan UPM, sdra Abd Razak Ithnain dan sahabatnya Basri. Pertemuan di Restoran Noor di Pt Sulong itu membincangkan tentang bisnes kami. Razak agak terkejut apabila saya beritahu dia bonus bio-aslinya dah dekat RM 50. Dia belum buat apa-apa langsung. Dah rezeki dia dpt down line yang aktif. Basri cuba buat bisnes ini lalu membeli sekotak minyak power itu.

Aku lebih suka meeting tak rasmi spt ini. Inilah 'table meeting' namanya. Kami dah jemu meeting kat hotel-hotel. Dah jemu dah. Berpuluh tahun macam tu juga. Lebih baik kita gerak senyap-senyap. Tapi konsep 5M tetap dibuat. Itu dah mesti dilakukan kalau nak berjaya dalam MLM.

26 Disember aku menghantar isteriku ke Klinik. Hey! klinik gigilah beb. Tragedi Aulia Safia masih menghantui kami. Petang Jumaat ini aku dah berjanji dgn Cikgu Zailani Ahmad hendak berjumpa stokis Ledang iaitu Cikgu Mohamad Fauzi Aminudin dari Serom. Beliau mgajar di SK SEROM.

Toyota Avanza Hitam Zailani melintasi Jambatan Kedua Sungai Muar, kami tiba di Pekan Serom jam 6.00 ptg. Perjalanan dari rumah saya lebih kurang satu jam. Sepanjang jalan aku membayangkan bagaimana rupa Cikgu Fauzi?
Gemukkah. Berwajah bengiskah? Pengalaman dalam MLM mematangkan kami. Kami berani bertemu sesiapa sahaja. Saya dan Zailani pernah tertaja satu nama besar dalam dunia MLM di JB. Siapa tak kenal Hjh Okit yang waktu itu mempunyai income 20 ribu. Kami datang dengan KANCIL buruk itu. Hati berderau nak masuk rumah mewah, dan ada kereta menjalar Mercedez Benz.

Sampai di trafick light Serom, saya menelefon Cikgu Fauzi. Dia menanti di sebuah restoran sup kambing. Kelihatan di sana tiga lelaki gagah memakai Tshirt merah kesemuanya. Saya dan Zailani pula memakai Tshirt hitam legam (padahal tak berjanji). Merah lawan hitam! Mesti kami jadi arang kali ini. Lepas tu datang seorang lagi. Cikgu Fauzi memperkenalkan dirinya dan juga kawan2nya.

Seorang sahabatnya adalah pengusaha tapai. Kami makan tapai yang dibawa. Zailani terus order 10 bungkus tapai itu. Kelihatan Cikgu Fauzi tergesa-gesa balik "Tunggu kejap, saya nak ambik lap top" "Cikgu Fauzi sekarang dah hebat bang, ke sana sini bawak lap top, baru beli tu!" Usik sahabatnya yang agak macho itu.

Sayang kamera saya teringgal. Tak dapatlah nak uplod apa-apa di pekan Serom
yang kelihatan sibuk macam bandar besar juga. Jalan di sini jem juga.

Cikgu Fauzi membawa laptopnya. Sambil kami menjamu selera Zailani menunjuk ajar bagaimana nak key in jualan ahli. Saya mengedarkan nota-nota tentang produk kepada semua yang ada di situ.

Akhirnya cikgu Fauzi faham tentang cara-cara nak onlinekan jualan stok. "Sekarang dah canggih, tak ada paper work macam MLM yang dulu-dulu.
Cikgu boleh minta bonus bila-bila masa, tak perlu tunggu posmen lagi"
penerangan terakhir saya dan Zailani mungkin telah memuaskan hatinya.
"Tapi malam ni, saya nak ke KL, tak sempat nak key in, nanti kalau dah baliklah" Katanya mengakhiri pertemuan kami senja itu. Moga-moga Cikgu Fauzi berjaya membina empayar Bio-asli di seluruh Muar.











ANJAKAN PARADIGMA

Assalamualaimum semua! Isnin ni kita menyambut tahun baru Hijrah 1430 hijrah, dan khamis ni kita menyambut tahun baru 2009. Tentu kita semua ada azam baru. Bagi saya, saya ingin menguasai dunia IT sepenuhnya, maka saya telah mendaftarkan diri dalam bisnes terbaru tanpa jual barang. Modal RM 99 untuk membeli blog ini. Di ruangan link utama atas sekali sebelah tu lah bisnes terbaru saya.

Jumaat, 26 Disember 2008

7 GOLONGAN YANG DINAUNGI ALLAH

Assalamualaikum...
Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda bermaksud "Tujuh golongan yang akan dilindungi oleh Allah pada hari yang tidak ada perlindungan untuk berteduh melainkan perlindungan daripada Allah (yakni pada hari kiamat kelak) iaitu

1) Imam atau pemimpin yang adil.

2) Pemuda yang hidup mentaati Allah.

3) Orang yang hatinya sentiasa ingatkan mesjid jika ia keluar
darinya sehingga kembali ke sana.

4) Orang yang berkasih sayang kerana Allah, BERTEMU kedua-
duanya kerana Allah dan BERPISAH kerana Allah.

5) Orang yang berzikir (mengingati Allah) bersendirian sehingga
berlinang-linangan air matanya kerana takut akan Allah.

6) Orang lelaki yang digoda oleh perempuan berpangkat dan
jelita, lalu dia berkata "Aku takut kepada Allah". dan

7) Orang yang bersedekah dengan cara sembunyi sehingga tidak
tahu tangannya yang kiri apa yang dikeluarkan oleh
tangannya yang kanan.





Rabu, 24 Disember 2008

HIDUP ADALAH PERJUANGAN

Sedar tak sedar dah 19 tahun aku terlibat dengan pelbagai bisnes MLM. Sepatutnya, aku telah bergelar jutawan MLM. Tapi, aku tak pernah menyesal dengan apa yang berlaku. Segala rezeki, jodoh, ajal maut telah ditentukan Allah. Aku telah cuba berhabis-habisan. Konsep 5M telah aku lakukan. Namun rezeki 5 angka tidak pernah aku menjamahnya. Paling tinggi aku pernah dapat
RM 2300 sebulan semasa bersama Sureco.

Aku pernah berehat beberapa bulan, tak buat apa-apa.Ternyata memang darah aku darah MLM. Aku rasakan hidup aku ketika itu tak ceria. Aku dah biasa berjumpa orang, dari pelbagai latar belakang. Tiba-tiba, aku balik mengajar, terus tidur. Bangun pukul 6.30 ptg. Ni tak boleh jadi! Kalau macam ni, lama-lama aku kena ahmar nanti! Aku mesti kembali semula melakukan 5M. Mengguna, menjual, menaja, membimbing ahli dan menghadiri mesyuarat.

Berkebun? Dari kecil aku dah dididik dengan cangkul dan parang. Aku pun diberi tanah oleh ayahku. Kini, kebun tu dah ada ternakan babi hutan. Tapi bukan aku yang bela. Kalau aku ke sana binatang tu akan menakut-nakutkan aku. Masalahnya kalau aku kerja kebun, badan aku akan sakit-sakit. Pernah aku kena masalah kulit yang teruk. Doktor suruh beli ubat, harganya RM 98.00 untuk 6 kapsul. Sejak tu, aku kata pada diri aku,memang kerja kebun ni bukan kerja aku. Sekolah rendah lagi aku tolong ayahku membanting tulang di sawah semasa Pt Jayus, Sri Medan dulu. 5 tahun aku kerja di sawah tu.

Tapi satu kenangan tu, ayah aku ada ajar aku bisnes juga. Aku tolong dia jual kacang tanah rebus dengan jagung. Pelanggan berebut-rebut. Apa tidaknya kacang tanah tu cuma dijual 10 sen untuk satu bungkus besar. Jagung pula dijual 5 sen sebiji (tahun 70 an). Rupa-rupanya itulah yang jadi minat aku.

Kalau jumpa member2 lama, dia orang akan tanya. Apa projek skrang? Tentulah spt 'Pucuk dicita ulam mendatang',pasti aku dpt prospek hari itu. TAPI, sekarang aku tak paksa orang beli mcm dulu. Sekarang aku dah demand sikit. Maklumlah dah lama aku jadi JURUJUAL PENGEMIS. Pernah aku dihalau orang dari rumah, belum sempat aku nak buka katalog.

Isteri aku Hamidah pernah suruh aku berhenti jual barang ni. Tapi aku buat dek aje. Akhirnya dia dah letih menasihati aku. Bukan apa, dia kesian tgok aku kerja keras.

Sekarang zaman dah berubah, dunia dah maju. Maka kata-kata Zul Dj (Pt Sulong) petang tadi memang betul. Walaupun kita ni orang biasa-biasa, tak salah kalau kita bawa laptop ke sana-sini. Sekarang kita bisnes semua online. Tak payah ketuk pintu rumah orang, kerana di belakang pintu itu ada seribu kemungkinan. Kita ketuk pintu-pintu hati prospek melalui hujung jari sahaja.
Dan itulah bisnes masa kini, dan akan datang. Kalau kita tidak menguasainya, kita bukan lagi katak di bwh tempurung, tapi katak di dalam gua.

Bio-asli telah menjadikan aku celik IT. Segala rekod jualan stokis aku mesti buat, termasuk beberapa stokis di bawah aku. Segalanya pantas belaka. Kerajaan telah membina prasarana lengkap di bumi Malaysia ini, dari jalanraya yang lebar, pelbagai lebuh raya, bank di mana-mana, kemudahan komunikasi yang canggih, kita gunakan untuk apa? Kita harus gunakan sgala kemudahan ini utk membina kehidupan orang2 kita supaya tidak lagi menagih subsidi. Rintihan2 itu menjadikan bangsa kita diperlekeh dan tidak dihormati lagi! Sampai bila kita nak jadi peminta, kerana tangan di atas itu lebih baik dari tangan di bawah.

Selasa, 23 Disember 2008

AIR HITAM PEKAN TEMBIKAR
















MENGENALI PEKAN2 HEBAT


Macam-macam ada di Rengit ni

TERJUMPA YU MATON DENGAN ABANG
RASHID

Inilah Rengit Parade yang aku maksudkan


Abang Baharudin sedang berbual dengan kawan lamanya
di Mahad Johor dulu (tahun 70 an), kang Katemon

Balik dari Melaka, kami rehat sehari kat rumah. Meluruskan tulang-tulang yang bengkok, dan mengubati badan yang sengal-sengal. Apabila semua tu dah hilang, kami memasukkan beg pakaian ke dalam kereta. Ahad 21 Disember 2008,kami bergerak lagi.Mula-mula kami singgah di rumah Kamarul Zaman di Pt Kasim. Ni kawan SURECO. Beliau mengahwinkan adiknya.

Dalam majlis itu, kami berjumpa Cikgu Zainal, Diamond Sureco yang amat terkenal di B Pahat ni. Dulu pada awal perjuangan, aku selalu ikut dia ke mana sahaja. Pernah makan satay Kajang sampai pukul 2.00 pagi. Sampai di rumah pukul 5.00 pagi. Pkl 7.00 aku pergi kerja. Dalam pertemuan singkat itu, aku dapat berbual dengan beliau tentang isu2 pendidikan.

Seterusnya kami sekeluarga menuju ke shoping kompleks yang baru. PARKSON sebelah CARFOURE. Alamak! Banyak kedai belum dibuka. Terus kami menuju ke Rengit. Singgah solat Asar di Senggarang. Sampai di Rengit, aku menelefon Misliman/Misman panglima Sureco dari Benut. Panggilan dua kali tak berjawab. Akhirnya, kami ke Rengit Parade (takkan kau 0rang tak tau Rengit Parade? Ramai bisnesman menjual barangan terpakai dari Singapore kat sini). Kalian nak apa, cakap je, semua ada. Piano, barangan elektrik, sebesar-besar TV pun ada, perabot pun semua ada. Bagi yang nak jimat lah. Kalau duit banyak, tak tau nak buat apa, tak payah ke sini. Kami berada di sini selama satu jam. Kami dapat juga membeli beberapa barangan di situ.


Magrib tu kami solat di mesjid Rengit yang masih dalam proses baik pulih. Aku pernah tidur di mesjid ini 14 tahun lalu. Waktu tu, aku nak menaja Haslina Tiong Abdullah dalam COSWAY. Dua hari aku nak jumpa wanita hebat itu. Akhirnya dia sign-up melihat kecekalanku. Sekarang dengar khabarnya dia dah balik ke Sarawak.

Keluar dari mesjid, aku dihubungi Misman, esok dia nak jumpa aku di Sri Medan. Aku dah sms abang aku Baharuddin, dia kata ada di rumah. Bagaimanapun kami makan dulu tomyam di warung Thailand.
Kami sampai di rumah Kang Odin jam 9.00 malam. Hafiz pun baru balik dari KL. Hafiz anak saudaraku kini menjadi Jururawat Lelaki pertama dari Rengit. Sekarang kerja di sebuah hospital di Serdang. Aku tak dapat berbual dengannya kerana sekarang beliau begitu sibuk.

Kami dijamu dengan tomyam. Kang Odin begitu gembira sekarang kerana telah dinaikkan pangkat. Beliau akan berpindah ke sebuah sekolah agama di Senai. Jawatan Imam 1 di Pt Sri Bahrom akan ditinggalkan. Entahlah kang Odin! Kalau aku pun pening, naik pangkat, tapi pindah begitu jauh juga. Kena sewa rumah kat sana. Kak Fatimah pulak bagaimana?

Kami meminta diri jam 11.00 malam. Kali ini kami ke Pt Nipah, Pt Raja.Emak Mentua dan Bapak menyambut kami dengan gembira. Setelah berbual-bual kami pun tidur. Anak-anakku begitu seronok tidur di rumah neneknya.

Selepas makan nasi lemak yang dibuat oleh Hjh Yaimah itu, dan berbual-bual dengan Hj Ismail, aku berpesan kpd anak2 jangan nakal-nakal, ayah nak jumpa PROSPEK ni. Jalan-jalan mesti sambil bisnes!

Tempat pertama pagi itu aku tuju ialah pasar lambak Pt Raja. Macam di Pt Sulong juga, peniaganya pun hampir sama. Cikgu Rajab Thaiub menghubungiku. Dia dah lama order barang Bio Asli. Aku suruh dia beli secara online. Tapi dia nak beli dengan aku juga. Lokasi TABLE MEETING ialah di Bariani Best sebelah Bank Muamalat. Isterinya Cikgu Rosmah pun ada. Dulu dengan mereka ni, pernah buat homeparti sampai ke Mersing. Malam-malam buta baru balik. Bayangkan! Hanya orang2 MLM aje yang direspek oleh jin-jin tepi jalan. Pukul 2.00 pagi masih memandu di jalan Kluang/Mersing!

Aku bagi sedikit penerangan produk dan sykt kpd Cikgu Rajab. Meeting tak rasmi ni berlangsung selama 1 jam. Selepas berjumpa Rajab, Misman Benut menghubungi aku. Dia nak jumpa aku di Zul Cendol. Aku pun menuju ke sana.
Dia sedang berbual dengan dua orang MLM juga. Misman join Bio Asli di bawah Unanjaga. Mereka ni kawan rapat. Di samping itu, aku ada bagi pamplet produk kepada seorang abang yang sedang ngeteh dengan isterinya di warung cendol tu. Tengah aku berbual dengan Misman, abang yang aku bagi kertas tadi menelefon aku. "Sdra, saya nak beli minyak power awak tu. Kat situ saya segan nak belilah. Ramai sangat orang" pinta abang itu " Abang kat mana sekarang?" "Saya kat depan Avon, yang menghadap trafic light ni". Aku pun membetis menuju ke sana meninggalkan Misman dan rakannya. Abang tu beli dua botol. Penat juga aku berjalan ni. Aku ingatkan dekat!

Aku berbual lagi dengan Misman. Setelah mengambil 4 kotak Minyak Power 31, Misman meminta diri. Dia kata nak jual habis ubat ni.

Jumaat, 19 Disember 2008

MELAKA DEKAT DI HATI






Walau entah kali keberapa, ke Melaka tak pernah jemu. Mereka kreatif menjadikan Melaka sentiasa dengan idea-idea baru menarik pelancong dari seluruh dunia.
Anak-anakku kalau nak bercuti bagi satu syarat, ada kolam renang kat resort itu, maka Dnelayan Resort di Sungai Tuang, Pangkalan Balak ini memenuhi citarasa kami. Kawasannya damai dan sunyi, dapat kami mendengar deruan ombak...

Tak sahlah kalau tak bermain pasir, lagi pun pasir di sini halus

Dulu aku bebas bermain parit, tapi anak-anakku tak ada peluang
itu. Di sini, bolehlah belajar berenang.

Pantai ini sungguh indah dan nyaman


Kita boleh melihat mentari terbenam di Selat Melaka























Selasa, 16 Disember 2008

DATO' NORAINI AHMAD RAIKAN PELAJAR 5A


ILI NABILAH BERGAMBAR DENGAN DATUK NORAINI
DAN RAKAN-RAKAN SEKOLAHNYA

Majlis berlangsung di Hotel Novopark, Batu Pahat, Ahad 14 Disember. Datuk



Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Sumber Manusia meraikan pelajar-pelajar yang memperoleh 5A dalam peperiksaan UPSR 2008. Antara hadiah yang diterima oleh mereka ialah simpanan dalam SSPN dan sijil penghargaan. Pelajar-pelajar yang dijemput ialah pelajar dari Parlimen Pt Sulong.

Ahad, 14 Disember 2008

MANGSA PUKAU



Tengah hari ini aku menerima panggilan telefon daripada satu nombor baru. Aku membiarkan ia berdering berkali-kali. Aku anggap panggilan itu sebagai panggilan Spam, macam email spam. Oleh sebab deringan tak henti-henti maka aku menyambut panggilan tersebut.
" Hei... aku Hasan lah, kau tidurke?"
" Kenapa kau tukar nombor lagi?"
" Ni aku nak cerita ni, kau kat mana?"
" Aku kat Novo Park Hotel"
" Ada projek baru ke?"
" Tak, jumpa Datuk Noraini, meraikan anak-anak Parlimen Pt Sulong yang dapat 5A"
" Bila kau balik? Aku nak jumpa kau ni?"
" 20 minit lagi"
Seperti dijanjikan, sampai saja aku di rumah, Hasan pun datang. Dia nak beli Minyak Power 31. Sambil tu nak tengok bonus Bio-asli kat internet.
" Hari tu, aku jalan sorang-sorang kat KL..." Hasan memulakan cerita suspen.
" Macam biasalah, setiap kali aku jumpa orang, aku tegurlah, kan kita ni pantang jumpa prospek, ada seorang lelaki dari seberang tu salam mesra dengan aku, dia bagi salam. Bila dia tenung mata aku je, aku dah tak ingat apa-apa. Aku dengan selamba serahkan hanphone aku tu (harga RM 500 tu!) dengan duit hasil jualan aku yang tak banyak hari tu, ada lah RM 40."
"Habis, kau tak report"
"Ala, malaslah pulak, bukan aku hilang ribu-ribu. Lagipun takut polis ketawakan aku. Dia orang tu dah banyak kerja".
"Habis, tu ada hanphone baru, baru beli?"
"Aku keluarkan duit bonus Bio-asli hari tu"
"Kesian, kesian"
"Kau sekarang kena jaga-jaga dengan pendatang ni. Dari Arab pun sama. Dia orang datang sini, bukan kosong gitu-gitu je. Lebih baik kau tak payah mesra-mesra dengan orang yang tak dikenali. Kat KL tu macam-macam berlaku. Aku ni entah mangsa yang keberapa?"


Sabtu, 13 Disember 2008

NAK KE MANA?

LEGEND RESORT CHERATING
Cuti sekolah dah tinggal berapa hari? Ni dah 13 Dis. Cepatnya masa berlalu. Aku dah berjanji dengan anakku Ili, kalau dpt 5A nak ajak melancong. Hari tu aku dah nekad nak ke Pulau Pangkor. Kami pun pergi ke agensi pelancongan, Sahid Travel depan bangunan Supreme. Tapi, agensi tu tak benarkan kami ke mana-mana pulau sehingga bulan Februari. Cuaca agak buruk sekarang. "Habis, kemana yang kami boleh pergi?" " Kalian boleh pergi ke Sabah atau Singapura" " Jauh sangatlah pulak, nak ke Singapore, nak kena buat pasport lagi" Kami pun baliklah ke rumah dengan hampa. 15 Disember ni aku ada kelas tambahan UPSR. Maknanya kalau nak berjalan pun lepas tarikh itu. Tak payah jauh-jauh, mungkin sekitar sempadan Melaka dan Negeri Sembilan.

Dalam termenung-menung nak ke mana, tiba-tiba dua hari lepas hanphone ku dihubungi seseorang. Satu suara gadis yang memang ditugaskan untuk 'menggoda' prospek. "Tahniah En Mat Som, anda telah memenangi hadiah melancong anjuran CELCOM. Anda sekeluarga diberi tiket untuk menginap di Legend Resort di Cherating selama dua hari Tiga malam" suara lembut gadis itu menggugah lamunanku petang itu. "Yake? Bestnya. Tapi, saya sukar mempercayainya" "Tak apa, encik dijemput datang ke Hotel Katerina petang Sabtu 13 Disember ini. Datanglah bawa anak isteri, jamuan pun disediakan. Petang tu kami nak confirmkan bahawa En Matsom benar-benar menerima tawaran kami".

Aku pun berbincang dengan isteriku. Setelah perbincangan dibuat, maka untuk mengelakkan daripada kami jadi mangsa, lebih baik kami tak ke hotel Katerina petang ini. Mereka kata oleh sebab aku telah menjadi pelanggan setia CELCOM, maka kami menerima hadiah kemenangan ini.

Masalahnya, kenapa mereka tak hantar surat rasmi. Kenapa Hotel Legend yang contack bukan Celcom? Tak mengapalah, kami tak bercuti agak grend macam tu. Biarlah kami ke Melaka sahaja, walau pun entah keberapa kalinya, daripada kami jadi mangsa penipuan!!!



Khamis, 11 Disember 2008

AMAR MA'RUF, NAHI MUNKAR

Assalamualaikumwarohmatullahiwabarokatuh..!
Surah Al-Imran ayat 104 maksudnya:
" Wajiblah ada antara kamu semua itu suatu umat (golongan) yang mengajak kepada kebaikan, menyuruh yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar. Mereka itulah orang-orang yang berbahagia"

Amar ma'ruf (menyuruh ke arah kebaikan) dan nahi mungkar (mencegah kemungkaran) adalah puncak yang tertinggi dalam agama. Kerana hal itulah, maka Allah mengutuskan para nabi dan rasul ke dunia ini. Maka tugas itu sekarang dipikul oleh para ulama dan kita semua yang bernama muslimin dan muslimat. Jika kedua perkara itu diabaikan, maka kesesatan dan kejahilan akan bermaharalela dan tersebar luas. Negara kita akan hancur kerana akhlak
rakyat semakin rosak seperti yang berlaku hari ini.

Amar ma'ruf, bukanlah diletakkan di bahu Jabatan Agama Islam sahaja. Kita semua harus mengajak manusia ke arah kebaikan. Mungkin sumbangan kita tidak besar, tetapi kita telah turut melakukan amar ma'ruf seperti mengajak rakan-rakan sekerja kita bersolat setelah sampai waktunya. Atau mengajak rakan kita untuk mendengar ceramah agama. Pendek kata, segala usaha ke arah orang untuk melakukan kebaikan adalah amar ma'ruf.

Nahi munkar (mencegah kemungkaran) itu apa pula? Inilah yang tidak dapat kita lakukan, kerana ada Jabatan Agama Islam yang dicela, dihina kerana menangkap orang Islam yang minum arak di pub. Malah ada mufti yang dipecat kerana menangkap ratu cantik yang memperagakan tubuh di depan khalayak. Apatah lagi kita sebagai insan kerdil, yang tidak mempunyai apa-apa kedudukan dalam masyarakat? Hendak menegur anak-anak orang lain pun takut dikata busy body. Jangan jaga tepi kain orang lain dan sebagainya. Guru-guru yang mendidik pelajar pun telah menerima padah, DISAMAN di mahkamah. Namun begitu, kita tidak harus mengalah dengan kedaan ini. Kerana ianya adalah perintah Allah, supaya ada segolongan kita yang mencegah kemungkaran yang semakin menjadi-jadi ini.

Apakah syarat-syarat untuk mencegah kemungkaran?
1. Hendaklah perbuatan itu benar-benar suatu kemungkaran. Contohnya kita lihat muda-mudi bercengkarama di taman bunga. Kemungkaran itu bukan dosa besar sahaja. Dosa kecil pun termasuk dalam mungkar.



2. Kemungkaran itu tampak jelas dan nyata. Ia berlaku di depan kita. Biasanya kita lihat seperti orang membeli nombor ekor. Kita lihat ada orang makan di warung pada bulan Ramadhan. Lelaki yang tegap itu uzurkah?



3. Hendaklah kemungkaran itu sesuatu yang dimaklumi tanpa adanya ijtihad.

Tahap-tahap Nahi Munkar


TAHAP 1. Memberi penerangan-hendaklah secara berhemah bukan dengan membentak-bentak.

TAHAP 2. Memberikan nasihat- menakutkan dia dengan siksa Allah atas perbuatan itu. Orang yang bersalah tetap harus dipandang dengan mata belas kasihan dan kerahmatan. Tugas kita adalah untuk membetulkan apa yang telah tersilap. Tugas kita adalah untuk menyelamatkannya dari api neraka.

TAHAP 3. Melarang dengan kekerasan yakni dengan ucapan yang bernada paksaan, tetapi tetap harus menghindari kata-kata kasar dan tidak sopan. Dua kesopanan yang perlu diambil perhatian ialah:
i. Jangan tergesa-gesa dengan cara Tahap 3
ii. Ucapannya hendaklah semuanya benar, ringkas dan tidak
berjela-jela seperti berleter

TAHAP 4.
Melarang dengan menggunakan kekuasaan. Contohnya dengan menggunakan tangan seprti membuang arak yang diminum. Bagi rakyat biasa seperti kita, sehebat-hebatnya yang boleh kita buat adalah mencegahnya dengan tangan sahaja. Tetapi bagi Kerajaan yang berkuasa, mereka boleh menggunakan kaedah yang lebih daripada itu. Contohnya menutup premis-premis yang menyediakan arak untuk orang-orang Islam, menutup sarang-sarang pelacuran, kedai judi. Memenjarakan dan memukul orang-orang yang melakukan kemaksiatan ini.

Tata kesopanan orang yang Beramar Ma'ruf dan Nahi Munkar


1. Berilmu
2. Wara' - Niat semata-mata kerana Allah bukan untuk mencari nama
3. Berbudi mulia dan berakhlak luhur

Surah Thaha ayat 44 maksudnya:

" Maka katakanlah (hai Musa dan Harun) kepadanya (Firaun) dengan ucapan yang lembut, barangkali ia suka ingat atau takut"

Jadi, dengan Firaun yang terang-terang mengaku sebagai Tuhan pun, disuruh berlembut, apatah lagi dengan anak muda kita yang tidak tahu apa-apa. Insya Allah, kita meneruskan amar ma'ruf, nahi munkar agar bumi Malaysia menjadi negara yang diberi barakah dan kerahmatan oleh Allah s.w.t.


Diadaptasi & diupgrade daripada Bimbingan Mukmin oleh Imam Ghazali.


DOA PENDEKAT JODOH-INVOCATION TO DRAW NEAR THE LOVER

SILA KLIK SEKALI SUPAYA LEBIH JELAS
BOLEH PRINT
INVOCATION DRAW NEAR THE LOVER
Hasil tulisan Ustazah Nura Munir-Kedah
" YA ALLAH, JADIKANLAH AKU ORANG YANG DISAYANGI, DI KALANGAN ORANG-ORANG MUKMIN, GEMBIRAKANLAH DAKU DENGAN KEMEWAHAN, DENGAN 120 KEBAJIKAN. ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PEMELIHARA DAN SEBAIK-BAIK PEMBERI RAHMAT"
Doa asal yang diberi oleh Almarhum Ustaz Dasuki
sila zoom(klik)

Doa ini saya dapat daripada Allahyarham ustaz Dasuki. Alhamdulillah mereka yang yakin dengan pertolongan Allah, akan memperoleh jodoh akhirnya. Tidak perlulah saya siarkan nama-nama mereka di sini. Bagi anda yang sukar mendapat jodoh setelah mandi bunga berkolam-kolam banyaknya, maka kembalikan harapan itu hanya kepada Allah s.w.t
SEMOGA ANDA AKAN MENEMUI JODOH ANDA YANG SOLEH DAN SOLEHAH, INSYA ALLAH.
Yang telah menemui jodoh biasanya memakan masa yang berbeza, ada yang tiga bulan, ada yang setahun. Semasa berdoa itu mohonlah betul-betul, bersungguh-sungguh bahawa anda mempunyai keyakinan yang tinggi, bahawa Allah akan membantu anda akhirnya.



MENGINGATI MATI

sila zoom untuk tanda kematian
petikan majalah Wanita
Khutbah oleh Allahyarham En Hidayat di kampungku, Pt Baru, Sri Medan waktu beliau masih hidup sentiasa terngiang-ngiang ditelingaku. Tajuk khutbah itu menjadi khutbah wajib setiap bulan. Bukan seperti khutbah sekarang yang seperti rencana surat khabar. (Apakah sesuai khutbah tentang kempen keselamatan jalan raya, penagihan dadah, cintai sungai kita?). Bukankah perkara itu sudah penat diforumkan di sana-sini?


Dalam khutbah itu, beliau ada berkata:

Ingatlah tanda-tanda kita menghampiri kubur:

Pabila kulit semakin kendur

Pabila uban mulai gugur

Pabila gigi mulai berterabur

Pabila mata bertambah kabur

Pabila badan selalu uzur

Rabu, 10 Disember 2008

ALAM TELAH ENGGAN BERSAHABAT DENGAN KITA LAGI

TAUFAN KATRINA


Setiap hujung tahun kita dihidangkan dengan pelbagai peristiwa yang menyayat hati. 26 Disember 2004, berlakunya Tsunami yang mengorbankan 200 000 nyawa manusia. 12 Nov 2006 Taufan Katrina membunuh 10 000 nyawa di New Orleans, banjir besar melanda seluruh Johor 22 Disember 2006 hingga hujung Januari 2007, mengakibatkan kerugian yang tidak ternilai banyaknya. Kini, kita dikejutkan dengan peristiwa tanah runtuh di Taman Mewah dan Taman Bukit Utama di Bukit Antarabangsa. Apakah lagi yang akan berlaku selepas ini? Cuaca gelap di luar rumah saya, dan parit-parit dan sungai mula digenangi air. Apakah kita akan menghadapi satu lagi bencana banjir? Telah bersediakah kita dari segi mental dan fizikal untuk menghadapinya? Dalam saya sibuk menaip catatan ini, saya dikejutkan lagi dengan satu sms, entah dari siapa? ALFATIHAH untuk TN HJ RAHIM BIN KAMISAN (bekas Pengetua SMKPS) kerahmatullah kerana penyakit darah tinggi, tolong bagitau kawan2 yang lain" Dari Allah kita datang, dan kepadanya kita akan kembali.

Selasa, 9 Disember 2008

CUTI SEKOLAH

video

SK SERI PASIR





Antara calon-calon UPSR 2009


Juga calon UPSR 2009


Di bahu mereka, diletak harapan untuk mengekalkan
kejayaan UPSR 2008


Semoga mereka dapat mencipta sejarah lebih gemilang pada tahun 2009 ini.

Tiga daripada enam pelajar SK Seri Pasir yang berjaya memperoleh 5A UPSR
2008 (Nur Izziana, Nursuhaily, ...) bersama anakku Ili Nabilah(berkaca mata dr SK PT SULONG).lokasi Hotel Novo Park
TAHNIAH! kepada sahabat-sahabatku di SK Seri Pasir kerana kejayaan dalam UPSR 2008 baru-baru ini. Kerana buat pertama kalinya dalam sejarah sekolah ini telah dapat menghasilkan 6 orang 5A. Kini kita telah setanding dengan sekolah-sekolah yang lain di Seri Medan ini. Sebelum ini, kita pernah mengalami zaman gelap. Kita pernah dikeji, dihina, sehinggakan ada ibu bapa yang memindahkan anak mereka ke sekolahlain. Kita kini berada di landasan yang betul. Berkat usaha dan doa yang tiada putusnya, akhirnya Allah menganugerahi kita dengan kejayaan ini.

Kejayaan sekolah adalah maruah kita. Maka tahun 2009 nanti, pasti tugas kita menjadi lebih berat. Mengekalkan kejayaan itu tidaklah semudah untuk mencapainya. Pada cuti persekolahan ini, eloklah kita mencari ilham, bertemu dengan guru-guru sekolah yang telah establish, bagaimana untuk memperoleh kejayaan yang lebih luar biasa!
Selamat bercuti, jumpa anda pada 2009 dengan idea-idea yang baru!!!

CERITA PERMATA DENGAN ARANG-IQBAL


Sekarang aku akan bukakan lagi satu pintu Hakikat
Aku akan ceritakan satu lagi cerita
Arang batu dalam lombong berkata kepada permata intan
"Wahai anda yang dikurnia dengan kemuliaan yang kekal
Kita bersahabat, dan diri kita adalah satu,
sumber wujud kita adalah sama
Tetapi aku mati di sini dengan tiada nilai
Anda diletakkan di atas mahkota raja-raja
Aku ini sangat keji dan dinilai lebih rendah dari tanah
Tetapi hati cermin terpesona oleh keindahanmu
Gelapku hanya menghitamkan dapur
Dan akhirnya aku terbakar
Semua orang meletakkan tapak kakinya atas kepalaku
Dan meliputi diriku dengan abu
Nasibku perlu sekali ditangisi
Adakah anda tahu apakah pati diriku ini?
Ianya ombak-ombak asap yang dikeraskan
Dikurniai dengan sepercik bunga api
Anda dalam keadaan dan rupanya seperti bintang
Keagungan timbul dari tiap-tiap sisi anda
Anda jadi cahaya mata raja-raja
Kadangkala anda menghiasi tempat yang bahaya"
"Wahai sahabat yang bijaksana!" kata permata intan itu
"Tanah hitam, bila dikeraskan, menjadi mulia seperti zamrud.
Setelah berjuang dengan keadaan kelilingnya
Ianya matang dan jadi keras seperti batu.
Kematangan itulah yang menyebabkan aku bercahaya
Dan memenuhi dadaku dengan sinaran
Kerana dirimu tidak matang anda dihinakan
kerana dirimu lembut, anda dibakarkan
Hapuskan takut, duka dan bimbang
Jadilah keras seperti batu, jadilah intan!
Barangsiapa yang berjuang gigih dan berpegang teguh
Kedua alam ini bercahaya olehnya
Sekepal tanah adalah asal Batu Hitam
Yang diletakkan di kaabah
Pangkatnya lebih tinggi dari Sinai
Ianya dicium oleh orang hitam dan putih
Keagungan hidup terletak kepada kepaduan
Kelemahan adalah tidak berguna dan tidak matang."









Ahad, 7 Disember 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

MESJID PEKAN PT JAWA
SelamatHari Raya Aidil Adha kuucapkan kepada kaum kerabat, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang mengenaliku. Kepada rakan-rakan Bio-Asli teruskan perjuangan dalam mencari pendapatan sampingan. Kepada bekas-bekas muridku, belajarlah setinggi mana yang kalian boleh. Teringat kata-kata Salamah kepada anak-anaknya dalam Novel Keluarga Gerilya Karangan Pramodya Anantatoer "Anak-anakku, di dunia sekarang ini, sudah tidak ada tempat untuk orang yang bodoh" Kepada adik beradikku, semoga impian kalian tercapai. Segalanya memerlukan PENGORBANAN. Maka hayatilah maksud di sebalik sambutan Hari Raya Aidiladha ini. Jika tidak sanggup BERKORBAN, usah bicara soal KEJAYAAN!!!

Sabtu, 6 Disember 2008

WORLD WAR II

Saya sentiasa memupuk anak saya tentang pentingnya mencintai keamanan


Mungkin ada pewaris mereka yang mengunjungi tempat ini pada 5 Dis 2008.


Setiap tahun diadakan upacara memperingati sejarah hitam itu di Pekan Pt Sulong. Veteran Perang dan pewaris askar yang terbunuh turut hadir. Bangunan yang tersergam di belakang ialah Dewan Pt Sulong.




BAGI KITA MUNGKIN KAWASAN JAMBATAN INI TIDAK MEMBERIKAN APA-APA MAKNA, TETAPI BAGI KETURUNAN MEREKA DI MANA AHLI KELUARGA MEREKA YANG TERBUNUH DALAM PEPERANGAN DUNIA KE 2 DI SINI, KAWASAN INI TERAMAT BERERTI BUAT MEREKA BETAPA MANUSIA PERLUKAN KEDAMAIAN UNTUK MENGISI KEHIDUPAN YANG SEMENTARA INI.
HUNDREDS OF JAPANESE AND AUSTRALIANS/ PUNJABI SOLDIERS WERE KILLED IN THE BATTLE AT THIS BRIDGE AREA.


"Rifles and machine guns belebed forth a storm of death, a few fell, a group fell... The prisoners were then set alight and amid screams and yells of paint, fright, nervousness and delirium, burnt..."
Leftenan Ben Hackney 2/29 Battalion AIF.
In the aftermath of the battle nearly 150 severely wounded Ausralian and Indian
soldiers were left together at Parit Sulong under the Charge of Captain Rewi Snelling, who indicated their willingness to surrender to the advancing Japanese. These soldiers were left behind in the expectation that they would be treated humacly. Insted, their Japanese captors herded them into building on the western side of this bridge, misreated them and denied them medical attention.
Late on the afternoor of 22 January 1942, the prisoners were force outside, machine-gunned, doused with petrol and set alight. Only three men are known to have survived. Sadly, this massacre was not an isolated incident.
The villagers of Parit Sulong also suffered. A Japanese Kempei Tei (military police) headquaters was establish in the village. Many local people, including those suspected of assisting Australian or Indian soldiers, were exccuted or severely mistreated, while other were force to flee. Harsh treatment continued until the end of Japanese occupation of Malaya (now Malaysia) in September 1945.
After the war, investigators pursued those Japanese who had been involved in these tragic event. The evidence of Lieutenant Ben Hackney, one of the survivors, was instrumental in bringing Licutenand. General Nishimura, commander of the Imperial Guards Division, to justice. He was hanged for war Crimes in 1951.
"Those Left behind at Pt Sulong...meet a fate Largely typical of what many bad already experienced, and many more were to experi
ence, at the hands of Japanese"
Lionel Wignore, The Japanese Thurst.
"The battle of Muar was one of the epics of tha Malayan Campaign"
Licutenant-General Arthur Percival, General Officer Commanding
Malaya Command.
In January 1942 an Australian and Indian Force engaged in a desperate battle againt the Japanese Imperial Guards Division that ended here at Parit
Sulong.
Weakened by defeat at the Muar River, the 45th Indian Brigade and a support battery of the 2/15th Field Regiment retreated and an Australian Force was sent to restore their lost position. The 2/29th Battalion with a troop of the 4th
Anti-Tank Regiment was deployed first. The 2/19th Battalion followed, with men of 8th Division Signals maintaining communications.
Surrounded and outnumbered, this combined force was ordered to fight its way out by the senior surviving officer, Lieutenant-Colonel Charles Huderson,
2/19th Battalion. Fighting hang-to-hand and under incessantt aerial and artillery bumberdment, they reached the outskirts of Parit Sulong to discover that the village and the only avenue of withdrawal, the brigge sparing the Simpang Kiri River, were already in Japanesehand.
Although Anderson's men gained control of the village they were unable to force the enemy from the bridge. On the morning of 22 January, Anderson, fearing annhilation, ordered his men to breakout through the jungle. With the assistane of the local people many of the men later rcached British lines at Yong Peng.
For his brave leadership, determination and out standing courage during the battle Licutenant-Colonel Charles Anderson received the British Commonwealth"s Highest award.
"In a week, bloody battle, without heavy tank or air support, they had held up the whole of my army"
General Yamashita, Japanese Imperial Army.