Isnin, 31 Ogos 2009

OBJEK MISTERI DI PT JAYUS 7- SERI MEDAN

Dua hari lalu, setiap kali aku buka pintu, dan keluar rumah untuk mengambil sesuatu di dalam kereta, Arina terkejar-kejar..."Nak ke mana yah?" soalan tu entah kali keberapa untuk minggu ini. "Alahai kesian...Oklah ayah nak ajak Arina ke rumah Balqis". Maklumlah sejak wabak Influenza H1N1 ni, anak-anak, aku kurung sahaja di rumah.
Dalam perjalanan tu aku aku kata kepada mereka, "Kita akan ziarah tiga buah rumah, rumah nenek, rumah Mak Long dan rumah Balqis. Aku ke rumah emak aku, nak tengok adik ipar aku Azli yang kemalangan jalan raya dua hari lalu di depan MayBank Yong Peng, satu jarinya telah putus. Aku sudah melihatnya di hospital hari itu.
"Abang Azli dah kerja dengan tangan masih berbungkus, habis nak buat macamana, kalau tak kerja, tak ada gaji, raya dah dekat" Kata Siti adik aku
Hebat betul Azli ni, tentu tangannya masih sakit lagi. Nak buat macamana, kalau itu alasan kukuhnya.
"Baiklah, oleh sebab orang yang kita nak tengok pun tak ada, kita ke rumah Mak Long"
Aku sudah lama nak beritahu kalian, ada satu benda pelik kat rumah kakak aku Kak Saripah ni. Masa kecil-kecil dulu aku selalu bermain-main dengan objek aneh ini. Masa tu aku, Moslim, Yati dan Sanisah buat benda ini macam kapal angkasa.
Ia ditemui di rumah lama Kak Saripah di Pt Jayus 7 pada tahun 1972. Pada masa itu kampung itu masih hutan belantara. Benda ini dijumpai di lereng bukit dan telah ditutupi daun-daun pokok. Abang iparku Hj Johari mula-mula curiga adakah ini bom yang masih aktif.
Apabila pasti ia hanya seperti kelongsong, abang Johari memikulnya dan membawanya ke bawah rumah. Apabila mereka berpindah rumah baru di lokasi sekarang, mereka turut membawanya bersama sebagai milik keluarga.
Ramai juga yang bertanya apakah sebenarnya benda ini? Ramai yang kata itu tangki minyak kapal terbang. Ada yang kata kelongsong bom. Kalau ditanya budak-budak, mereka kata ini kepunyaan UFO.
Kata kak Ipah, ramai juga yang berminat nak membelinya, tetapi kak Ipah tak jual. Ada yang nak beli RM 200. Kak Ipah ketawakan sahaja orang itu. Sudah 37 tahun mereka suami isteri menjaganya, ia menjadi satu kenangan di rumah lamanya di pinggiran hutan tebal itu.
Ada juga yang lalu dan ternampak, bergambar dengan anak-anak di depan artifak ini. Bagi anda yang arif, apakah sebenarnya objek ini?
Bomkah itu? Tangki minyak kapal terbang? UFO?

Mengapa ia dijatuhkan di kawasan hutan itu?

Hakisan masa menyebabkan bahagian bawah berkarat dan menampakkan
bahagian dalam ARTIFAK ini

Benda misteri ini memang besar, agaknya ia peninggalan perang Dunia Ke 2?

Kalau benda ini boleh bercakap, kan senang aku nak temu ramah dia?

Jumaat, 28 Ogos 2009

SEDETIK DI BAZAR RAMADHAN PT SULONG

Warga asing turut mencari makanan berbuka puasa di bazar
Ramadhan Pt Sulong ini

Gambar di Bazar Ramadhan Pt Sulong ini diambil pada waktu puncak iaitu jam 6.00
petang, ketika waktu-waktu beginilah orang berpusu-pusu ke sini.

Air tembikai yang dijual di hadapan Bank Simpanan Nasional Pt Sulong ini merupakanantara minuman terlaris di Bazar Ramadhan ini. Tetapi ramai merungut, kenapa harganya tahun ni naik RM 2.50?

Orang kata, makanan di Bazar Ramadhan Pt Sulong ni lebih mahal daripada
Bazar Ramadhan Pesta Batu Pahat. Sebagai contoh Ikan Bakar. Entah betul entah tidak?

En Bastani dari Tongkang Pechah tidak ketinggalan mencari juadah berbuka puasa di Pt Sulong

Norain Mohd Noh turut aktif memperkenalkan
buah-buahan segar kepada pengunjung


Hello bang, saya kat Pt Sulong ni. Abang nak makan apa? Apa? Ikan keli bakar?

Sedap jugak air soya ni!!!!Peh tak sabar nak tunggu waktu berbuka

En Parlan taukey kedai kereta Sinar Sulong pun turut sibuk mencari juadah yang
paling sedap untuk berbuka Magrib nanti.
Antara peniaga yang terkenal di Pt Sulong. Abang ni berniaga sepanjang tahun.
Biasa beliau jual sarapan pagi. Mi goreng, mi teuw goreng dan nasi goreng kampung,
semuanya masih panas-panas.
Bazar di depan Mini Market Yong Fat telah mula beroperasi. Tahun ini
nampaknya mereka berniaga sebulan penuh.

Tak taulah aku nak beli apa? Dah pusing 4 kali ni, rasa-rasa nak beli kuih je!

Bazar Ramadhan di depan Mini Market Yong Fat menjual pelbagai pakaian dan eksesori wanita.

Rabu, 26 Ogos 2009

GURU LULUSAN UPM YANG MEMPRAKTIKKAN ILMUNYA

Hari ini selepas aku membeli barangan runcit di Econsave Yong Peng, dalam perjalanan balik
aku ditelefon Cikgu Zailani. Dia ajak aku melihat kebunnya. Aku
pun ikut Zailani ke lokasi ini.
Cikgu Zailani Ahmad merupakan rakan di SMK Paloh tahun 1990-an dulu,
lulusan UPM dan menyambung pula Ijazah...dalam masa yang sama turut serta
bergiat dalam bisnes Kopi Radix dan Bio Asli dan kini mula menceburi
tanaman pisang. Hebat betul Cikgu Zailani ni...
Bayangkan balik mengajar je ke sinilah beliau meghilangkan stress. Nampak pokok pisang
beliau ni sudah mula subur. Lokasi kebun Zailani terletak di Tanah Merah, antara Pagoh dengan Pt Sulong.

Kenapa pulak pokok sebatang ni lebih tinggi daripada sahabat-sahabatnya?
Mesti Zailani terlebih baja ni?


Aku dah beberapa kali menemankan Zailani ke kebunnya ni, dan petang ini aku dihadiahi
serumpun serai. Raya nanti Zailani mungkin menjual serai-serainya yang aku agak satu treler
pun tidak cukup hendak membawanya. Serai yang ditanam merupakan baka terbaik, benihnya
sekilogram RM 2.40. Sesiapa yang tercari benih serai bermutu tinggi atau nak beli serai secara borong
sila telefon
EN ZAILANI 0137397543
PEMBEKAL SERAI BERMUTU TINGGI

Selasa, 25 Ogos 2009

SEHARI DALAM HIDUP AKU

Hari ini aku langsung tidak tidur seperti biasa. Selepas sahur dan solat Subuh aku update blog aku
Blog ini tetap dilawati peminat Minyak Kelapa Dara, walaupun jumlah pelawat tidak ramai, tetapi saban minggu ada orang bertanyakan apa itu Bio Asli, bagaimana nak masuk, bagaimana nak dapatkan Minyak Power 31 dan sebagainya.
Habis update blog jam 9.30 aku ke Pekan Pt Sulong, membayar bil-bil, beli ikan, order produk Bio Asli melalui faks, dan membeli sedikit barang runcit.
Di rumah aku mengemaskan stor. Stor ini kena buang apa-apa barang yang tidak digunakan lagi.
Mengemas stor je sudah memakan masa dua jam! Dua guni aku letak di depan rumah, itu kerja majlis daerahlah. Ada empat guni lagi ni, aku akan buang sendiri.
Selepas Asar, aku bersiap-siap. Anak-anak aku bertanya. "Nak ke mana yah?Nak ke mana Yah?"
Maklumlah sejak selesema ba...bi.... ni aku dah tak bawak mereka jalan-jalan macam dulu.
"Nak ikut ya? Ayah nak hantar sampah!"
" Hantar sampah ke mana?"
"Mana lagi...Kangkar Senangar!"
Arina, Iwan dan Irfan terus masuk kereta. Aku memandu Iswara itu menuju ke Kangkar. Di tengah jalan aku
membeli ole-ole untuk emak aku berbuka puasa Magrib ini.
Sampai di tempat pembuangan sampah itu ada tiga kereta dan sebuah motosikal.
Semuanya buang sampah kecuali sebuah kereta, mereka mengeluarkan jala.
Kenapa aku buang sampah di sini? Ni aku nak jawab?
Pernah dua kali aku kemas macam nilah, sampah yang aku kumpul di depan rumah tu,
masya Allah banyaknya...Apabila lori tiba, mereka ambik dua tiga bungkus sahaja.
Rupa-rupanya mereka ingat aku nak pindah rumah..sebab yang aku buang tu termasuk bantal buruk,
periuk hitam dan macam-macam. Masa tu belum ada kitar semula!
Akhirnya aku tibalah ke kampung aku Pt Baru. Selepas bertemu emak aku, aku
nak meninjau bisnes anak saudara aku Yati ni.....!
Anak saudara aku Siti Muriyati
memang gigih berniaga.
Produk kiler Yati yang tiada persaingan ialah
CENDOL JELY ALA ERA. Lokasi di depan
rumah emak aku, di Pt Baru Seri Medan.

Anak saudara aku Nurul Amira
merupakan bakal guru turut menemani kakaknya Yati
pada cuti (eh cuti apa pulak Mira ni, kan baru daftar kat Maktab tu?)
Mesti cuti H1N1 ni....?


Pagi tadi aku membeli ikan di Pt Jawa, Pt Sulong ni.
Dah lama tak ke sini. Kedai ini dibuka pada waktu pagi sahaja.
Banyak pilihan ikan di sini, berbanding di Pasar Pt Sulong.
Pemiliknya bekas tentera. Kini usahawan ikan berjaya


Sedikit sebanyak Yati dapat membantu suami dalam menghadapi kegawatan ekonomi sekarang ini. Cuma bagaimana Yati mengatasi masalah bekalan gula yang terbantut dek permainan peniaga-peniaga yang tamak dan menyembunyikan gula supaya harga meningkat?

ZIKIR KEPADA ALLAH


Sesungguhnya setiap yang ada di dunia ini
sentiasa menyebut nama Allah
batu-batuan, air,haiwan yang melata dan berterbangan
rumput-rumput dan dedaunan pohon-pohon
ikan-ikan di dasar lautan
dan insan-insan yang beriman

Jumaat, 21 Ogos 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

Di ruangan ini saya ingin mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT KETIBAAN RAMADHAN.

Semoga bulan yang mulia ini akan meningkatkan iman kita agar menjadi hamba-Nya yang lebih bertakwa.Pesan saya,jagalah kesihatan pada saat kita ditimpa musibah ini. Meskipun jumlah kematian yang diumumkan semakin berkurangan, berhati-hatilah kerana penyakit ini Umpama Api Di Dalam Sekam, dalam diam-diam ia telah menjangkiti 5496 orang dan mengorbankan 68 orang rakyat kita.Malaysia telah termasuk dalam TOP 10 di arena global (sila klik logo Swine Flu) di sebelah yang berwarna biru.

Memasak sendiri makanan dan minuman untuk keluarga adalah lebih baik daripada kita membeli juadah yang terdedah. Bukanlah saya ingin menjejaskan bisnes perniagaan orang-orang kita, namun jiwa keluarga kita lebih penting daripada segala-galanya. Wang ringgit boleh dicari, tetapi nyawa tiada galang gantinya walau dengan segunung emas.

Isnin, 17 Ogos 2009

MANUSIA DAN MASALAH KEHIDUPAN

Entah mengapa malam ini aku tidak dapat melelapkan mata...? Aku selalu memikirkan masa akan datang, sampai tahap memikirkan kehidupan anak-anakku berpuluh tahun akan datang. Bagaimanakah cabaran yang akan mereka hadapi dalam menempuh kehidupan yang semakin menggila ini? Sewaktu manusia sudah semakin melupakan dosa dan pahala. Sewaktu manusia semakin bersikap keduniaan ini! Betapa kasihannya anak-anakku termasuk murid-muridku kerana mereka hidup dalam zaman manusia semakin rakus dan memperlekeh agama.

Aku teringat seorang Rasul berkata kepada anaknya, apabila aku sudah tiada di dunia ini, adakah kau masih menyembah Allah? Sampai ke tahap itu aku memikirkannya!

Allah telah mengatakan bahawa manusia itu bersikap keluh-kesah. Dan adakah malam ini aku sedang termasuk dalam kategori itu?

Jika ada seseorang mengadu sesuatu masalah kehidupan melalui lisan, soal jawab dengan pakar motivasi dalam akhbar dan majalah maka terlintas dalam fikiranku, tentang firman-Nya itu.

Masalah itu ada yang kecil, ada yang besar. Michael Jackson dilimpahi wang ringgit, tetapi dia mempunyai barisan masalah hingga membawa kematiannya. Artis legenda Monroe, mati menelan pil tidur, pada hal peminatnya jutaan manusia termasuk mendiang Presiden Kenedy.

Ada insan tersohor, setiap insan Melayu di Nusantara ini mengenalinya, suaminya bukan calang-calang, seorang jutawan yang juga hebat, tetapi beliau belum dikurniai anak. Di balik senyuman manisnya, siapa tahu jeritan jiwanya?

Kita melihat jiran-jiran kita. Cuba lihat pula teman-teman sekeliling kita. Masing-masing mempunyai masalah sendiri. Ada yang kekurangan wang, banyak hutang, sampai dia tidak sedar bahawa dia menikmati satu rahmat iaitu dia masih sihat walafiat. Ada yang duit simpanannya cukup untuk tujuh keturunan, namun dia memiliki koleksi pakej penyakit dan hidupnya lebih banyak di hospital daripada di mahligai indahnya.

Aku masih ingat lagi sewaktu kecil dulu. Memang dahulu majoritinya hidup dalam kesusahan. Aku merasakan telur dadar yang dibagi-bagi bersama adik-beradik itu sangat menyelerakan. Apabila arwah ayahku menghidupkan lampu gasolin (minyak tanah), aku rasa pada masa itu terlalu bahagia. Kami adik-beradik melonjak kegembiraan, kerana ruang tamu lebih terang daripada biasa. Biasanya ayahku menghidupkannya pada malam Jumaat.

Aku ingat lagi ketika lepas terawih di mesjid, aku dan rakan-rakanku berebut-rebut makan kuih yang dibawa oleh orang kampungku di Pt Baru, Sri Medan itu.

Tetapi mengapa sekarang semua itu sudah tidak seenak seperti pada masa itu? Apakah lidahku kini telah hilang deria rasa?

Aku bercerita ini supaya jika kalian sekarang ini merasa kekurangan, miskin dan tidak mampu, bersukurlah. Kerana dalam kesusahan itu ada nikmat yang kita tidak ketahui. Namun kalian mesti terus berusaha untuk terus mengubah kehidupan.

SK SERI PASIR DALAM SEMINGGU

Sebahagian keindahan Air Terjun Bekok


Ibu bapa mereka tentu sejuk hati apabila melihat gambar ini.
Solat tetap dilakukan walau di mana kita berada

Sebahagian pelajar Tahun 5 yang mengikuti perkhemahan
UNIT BERUNIFORM di Air Terjun Bekok

Antara Pelajar 5 Arif yang mematuhi arahan
memakai mask

Solat Hajat Menjauhkan H1N1
ini berlangsung pada 14 Ogos 2009 (Tarikh pada kamera ini
lupa nak betulkan)

Antara guru wanita yang menyiapkan makanan pelajar
yang berkhemah di Bekok pada 15 Ogos 2009
Hanya ini sahaja yang dapat saya siarkan buat tatapan warga Seri Pasir, barangkali jika anda ingin melihat gambar-gambar yang lain, anda boleh melayari blog-blog guru-guru lain yang sedang meningkatkan penguasaan dunia siber di sekolah kita. Layarilah blog cikgu-cikgu anda:
Akan muncul blog-blog baru daripada cikgu-cikgu lain. En Basher juga
dikatakan telah menghasilkan laman web sekolah..
Tunggu!!!!!!!!
Dan pastinya yang sering menjadi kenangan indah dalam satu-satu perkhemahan ialah persembahan malam kebudayaan. Antara yang menarik ialah nyanyian oleh guru-guru antaranya oleh suara lunak Cikgu Faizal Hahim
yang menyanyikan beberapa buah lagu antaranya lagu Hujan. Semua nampak ok cuma bunyi drum malam itu agak menenggelamkan kemerduan suara penyanyi hebat seperti Cikgu Faizal Hashim. Maaf saya pinta kerana saya tidak dapat menyiarkan sepenuhnya nyanyian itu disebabkan beberapa masalah teknikal.
LAGU DENDANGAN FAIZAL HASHIM
video

Sabtu, 15 Ogos 2009

8PAX ......YANG SELAMA INI AKU ABAIKAN

Hari ini aku ingin bercerita lain daripada selesema babi. Sudah banyak entry aku berkisar tentang perkara itu sehingga seorang muridku, Hartika kata, Cikgu ni nak jadi apa?

Baiklah, hari ini aku ingin bercerita tentang SMS daripada CELCOM yang selalu aku terima:

"Nikmati SMS PERCUMA KE 8pax setiap bulan dengan Bonus Setia. Taip (8PAX ON hantar ke 28882)
Pendaftaran adalah PERCUMA.

Buat pertama kali, aku pun cubalah bagaimana yang diarahkan. Caranya adalah seperti di atas tadi. Maka selanjutnya caranya ialah kita taip:

8PAX ADD 0191234567 sent ke 28882
(INI KALAU KITA NAK MASUKKAN SALAH SATU NOMBOR)


8PAX DEL 0131234567 sent ke 28882 (INI KALAU KITA INGIN MEMADAM NOMBOR YANG DISENARAIKAN)

8 NO KE RANGKAIAN CELCOM 013/019. 8 NOMBOR PERTAMA TADI PERCUMA. Jika kita nak tambah nombor ke 9 dan seterusnya kita dikenakan bayaran RM 1 bagi setiap nombor yang didaftarkan. Untuk CELCOM ke nombor DIGI dan MAXIS tiada kemudahan itu ya.

Maka aku pun mencari lapan nombor keutamaan. OK dah jumpa, pertama tentulah nombor Hamidah, kedua nombor anakku Nabilah. Empat nombor lagi adik beradikku yang mengguna CELCOM iaitu Kak Saripah, Kang Baharuddin, Siti dan Sam. Dua lagi sahabatku.

Apa pula keistimewaan 8pax?
Celcom juga kata "Nikmati kadar panggilan 15 sen/minit dan 1 sen utk SMS sepanjang masa utk 8 teman teristimewa".

Barulah aku teringat akan satu SMS daripada CELCOM sebulan lalu yang masih belum aku padam:
"XPAX! eNJOY 65 free sms to your 8pax until 15/8/09. More FREE SMS next mth!"

Ya Allah! Tinggal 40 minit ni, cepat-cepat, aku pun sms kang Odin, Sam, Masrom dan Khasfe. Tangan aku sampai penat menekan punat Hand phone ni nak habiskan 65 sms DALAM MASA 40 MINIT. Kenapalah aku selama ini tak ambik endah perkara ini? Aku anggap sms itu sebagai sms spam.

Aku juga baru teringat, smpena hari lahir aku Januari lalu CELCOM pun hantar SMS supaya aku dapat berbual dengan 8pax aku PERCUMA dalam sehari tersebut tetapi aku pun abaikan. Ok...lepas ini, aku gunakan 8pax ini sebaik-baiknya!

Salah seorang sahabat yang aku hubungi bertalu-talu melalui SMS ini membalas. "Terima kasih kerana menyenaraikan aku dalam 8pax engkau".

Daun selasih daun keladi, terima kasih jumpa lagi!

Jumaat, 14 Ogos 2009

H1N1 SEKARANG BAHAYA TAHAP APA?

Dengarlah apa komen Tengku Mahkota Pahang tentang H1N1 yang dilaporkan oleh BERITA HARIAN hari ini?

Tengku Mahkota Pahang mahu kerajaan kategori ancaman H1N1

KUALA LUMPUR: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, mahu kerajaan mengkategorikan tahap ancaman Influenza A (H1N1) bagi meningkatkan kesedaran rakyat mengenai bahaya wabak itu yang setakat ini sudah pun mengorbankan 51 orang.

Tengku Abdullah yang baru pulang dari London, dua hari lalu, menegaskan baginda terkejut kerana kes kematian akibat H1N1 semakin meningkat, tetapi tiada langkah lebih ketat diambil bagi mengekangnya, manakala kebanyakan rakyat seolah-olah menganggap ancaman wabak itu sebagai perkara biasa.

Tengku Mahkota berharap kerajaan mengambil langkah lebih drastik dan melaksanakan program kesedaran yang lebih berkesan supaya rakyat peka terhadap ancaman wabak maut itu. "Saya berkata seperti ini bukan disebabkan isteri dan lima anak saya menjadi mangsa H1N1, tetapi untuk kebaikan rakyat. Bila kes kematian semakin sukar dikawal, ia sudah terlambat untuk mengambil tindakan dan ketika itu jangan salahkan rakyat.

"Bagi saya, jumlah kematian sekarang sangat membimbangkan kerana peningkatannya secara mendadak dan tidak boleh dikawal tetapi kita masih bersikap alpa. Kenapa perlu menunggu lebih banyak kematian, baru mahu bertindak lebih keras termasuk membatalkan majlis keramaian yang tidak berfaedah? "Saya sedih kerana kebelakangan ini, ramai kanak-kanak dan bayi yang menjadi mangsa.

Saya berharap wabak ini tidak sampai memudaratkan negara dan di Pahang, saya akan berbincang dengan kerajaan negeri untuk mengadakan sembahyang hajat bagi memohon kepada Allah supaya diberi perlindungan daripada wabak maut ini. "Saya sendiri dinasihatkan doktor supaya berehat kerana mengalami masalah asma, lelah dan sinus serta berisiko tinggi untuk dijangkiti H1N1 jika tidak berhati-hati," titahnya.

Tengku Mahkota bertitah, tindakan proaktif kerajaan penting kerana setakat ini tiada ubat khusus untuk merawat H1N1, selain menggunakan antiviral, Tamiflu.

"Sebab itu, saya akan mengarahkan Kerajaan Pahang supaya membatalkan semua program membabitkan kedatangan orang ramai kerana tidak mahu jumlah mereka yang dijangkiti wabak H1N1 itu terus meningkat. "Ini bermakna, kelulusan permit oleh pihak berkuasa tempatan perlu diperketatkan.

Sebagai contoh, dalam keadaan sekarang, tidak wajar mengadakan pesta keraian (fun fair) kerana ia tidak memberi faedah. "Jika sesuatu majlis perlu diadakan juga, penganjur perlu menyediakan topeng muka dan pembersih tangan supaya orang ramai yang hadir menggunakannya sebagai langkah berjaga-jaga," titah baginda. Tengku Mahkota juga kesal kerana masih ramai rakyat membawa anak-anak tanpa memakai topeng muka ke tempat awam, termasuk di pusat beli belah.

Baginda bertitah, dalam keadaan cuaca berjerebu sekarang, kegiatan luar sepatutnya dihadkan, malah sekolah wajar ditutup jika ada guru dan murid mempunyai simptom H1N1. Mengenai keadaan kesihatan Tengku Puan dan lima anakanda baginda, Tengku Mahkota bertitah, mereka kini semakin pulih tetapi perlu terus berada di wad pengasingan HTAA sehingga disahkan bebas daripada jangkitan itu sepenuhnya. "Mungkin keluarga saya dibenarkan pulang ke istana minggu depan. Akibat penyakit itu, doktor tidak membenarkan saya bertemu mereka dan tidak dinafikan, perasaan sedih dan bimbang saya dengan keadaan yang menimpa keluarga kami," katanya.

Khamis, 13 Ogos 2009

DOA SUPAYA DIJAUHI PENYAKIT -termasuk H1N1

Doa ini diberi oleh Ustazah di SK PT SULONG kepada anakku Ikhwan, eloklah diamalkan pada
saat gawat begini di mana kematian telah mencatatkan 50 orang lebih setakat ini(13 Ogos 2009)

CARA MEMASUKKAN GAMBAR DALAM BLOGSPOT

Oleh sebab entri ini dah rosak
sila KLIK

Memasukkan gambar ke blogspot...
LINK DI SINI UTK TUTORIAL SETERUSNYA

Bagi yang tidak tahu nak masukkan gambar ke KOMPUTER pula Klik
PANDUAN DISINI>SILA KLIK 

Siapa yang rosakkan gambar2 aku kat sini...tak taulah...?

Aku ingatkan tak ada teman yang bertanya bagaimana nak upload gambar
ke dalam blog. Rupa-rupanya ramai yang bertanya hal itu. Dulu aku buat blog ni pun tak
sengaja. Aku belajar sendiri je, try and eror kata orang. Tetapi sekarang aku nak bagi
tutorial (cewah! eksyen sikitle) kat kauorang.
OK! Mula-mula sign in, masukkanlah emel dan pasword korang.
Tulislah tajuk catatan korang tu, kemudian pun tak apa.
Paling penting kalian KLIK kat gambar ni (ada gambar gunung) ni ok....
Sebelum sampai di gambar bawah ni...korang akan jumpa dashboard/papan pemuka macam biasa.
Klik pada CATATAN BARU (sebelah edit catatan,rekaletak tu).

Pilihlah gambar korang yang ada kat komputer, misalnya dalam Mypicture
atau picture atau apa-apa folder korang. Nak masukkan gambar dari kamera
ke komputer tak payahlah aku ajar...
Nanti kalian akan jumpa perkataan BROWSE klik kat situ ok!
Setelah dah pilih...SAVE
Kalau nak bubuh gambar banyak-banyak sekali gus klik kat Tambah Imej, tetapi sekali upload biasa
5 gambar sahaja. Apabila sudah keadaan begitu korang mesti klik kat
MUAT NAIK IMEJ yang warna oren tu..kat bawah tu! Cikgu dah marah ni!

Maka akan berlaku keadaan berikut...LAMA TAU MACAM NI, Kalau
server baik, boleh cepat. Tapi kalau ambik pakej internet murah macam aku ni
mau 10 -20 minit...sabar tunggu...jangan tuduh Komputer hang pulak.
Kalau server baik biasa 2-3 minit je

Akhirnya imej yang diupload pun selesai..tetapi belum selesai selagi
korang tak klik pada petak SELESAI warna biru kat bawah tu. Tu pun belum selesai lagi,
ada satu lagi proses...
Pastikan TOPIK kat atas telah diisi, juga LABEL dibawah juga diisi
Proses akhir...zeng zeng....klik pada TERBITKAN CATATAN
WARNA OREN tu...!!!
Apabila dah keluaq macam ni, maka proses upload gambar korang dah berjaya
Senang bukan? Kalau dah pandai tu, habaqlah kat kawan kat sini... aku nak tengok juga hasil korang tu

Semoga berjaya!

MAKLUMAT TENTANG H1N1

Maklumat Influenza A H1N1 (Selsema Khinzir @ Babi)
sebagai panduan kita bersama...


Apa itu Influenza A H1N1?


Viral Novel Influenza type A H1N1. Ianya berasal dari Virus Avian Flu (Selsema Burung H5N1) yang telah menjangkiti Babi @ Khinzir dan telah bergabung dengan Swine Flu (yang sepatutnya hanya menjangkiti ternakan Babi sahaja) dan telah evaluasi (Mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yang lebih tinggi didalam rantaian makanan @ manusia Dan semasa didalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dari manusia kepada manusia.

Jangka Hayat Virus
Oleh kerana ia adalah Virus yang 'air born', ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. Jika selepas tempoh tersebut ia tidak mendapat perumah @ host ( badan manusia) ia akan mati. Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik, akan 'bersih' dr virus tersebut.


Apa Yang Perlu Tahu
Asal virus ini:


Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di Mexico tapi tidak dilaporkan kepada WHO. Kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrakedi Mexico .

Virologi Virus H1N1 Incubation Period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4 hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkiti pesakit pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkiti paling cepat dan selewat-lewatnya hari ke-4 H1N1 sebenarnya adalah Selsema Biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

Cara Serangan
Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan.Virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS) peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru-paru dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' ia amat merbahaya kepada golongan yangg berisiko tinggi. Siapa yang berisiko:


1. Orang yang ada masalah 'obesiti' @ gemuk.
2. Perempuan yang mengandung.
3. Orang yang ada asthmatic (Bronkiol Asthma)
4. Orang-orang yang bermasalah dengan sistem imunisasi (menjalani 'operation yg besar', kanak-kanak yang belum cukup suntikan imunisasi, golongan-golongan yang rendah tahap imuniti eg. HIV ext.) *kematian yang telah dilaporkan terdiri daripada golongan-golongan di atas.

Simptom-Simptom
1 - rasa kurang sihat, tak bermaya hari
2 - selsema, batuk dan demam yg kekal (demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam) hari
3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas hari
4 - sakit dada yg teruk jumpa doktor dengan segera hari
5 - and above lung collapse @ koma

Langkah-langkah kawalan
1. Golongan-golongan yang berisiko, elakkan daripada kesesakan (kawasan yg padat dgn orang ramai)
2. Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran .
3. Elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat' .
4. Jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan)
5. Jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask).
6. Untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat.
7. Jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan
8. Jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.
9. Tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubat influenza. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubat-ubat tersebut terlebih awal.
10. Vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada oktober dan hanya utk 'frontliner' shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010.
11. Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia . mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
12. Tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbrake ini. sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu. Amin…

Sumber Rujukan:
Taklimat Influenza A H1N1 oleh Pengarah Kawalan Penyakit Berjangkit dari Kementerian Kesihatan Malaysia di Pan Pasific KLIA pada 01 Ogos 2009.

Rabu, 12 Ogos 2009

MENTERI KESIHATAN BERKATA-H1N1

Belum tahap 'darurat kesihatan'

Oleh HELMI MOHD.FOADpengarang@utusan.com.my

SERDANG 11 Ogos - Kerajaan masih belum sampai ke peringkat perlu mengisytiharkan 'darurat kesihatan' meskipun bilangan kematian dan kes positif selesema babi atau influenza A (H1N1) semakin meningkat.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, buat masa ini kerajaan mengamalkan langkah 'pengelakan sosial' iaitu orang ramai tidak perlu hadir ke majlis-majlis umum termasuk yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.

''Tidak payah anjurkan program besar-besaran dan mereka yang mengalami demam, batuk dan selesema tolong jangan hadir ke majlis-majlis umum termasuk kenduri kahwin dan majlis-majlis kerajaan. Ini penting bagi mengelakkan penularan virus H1N1,'' tegasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan mengejut dan meninjau proses pemeriksaan ke atas pesakit luar dan wad Unit Rawatan Rapi (ICU) membabitkan kes H1N1 di Hospital Serdang di sini hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Ismail Merican.
Beliau berkata, bagaimanapun terdapat majlis-majlis penting kerajaan seperti sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 negara yang tidak boleh dibatalkan, namun pihak penganjur perlu mengambil langkah pencegahan termasuk membekalkan penutup mulut dan hidung kepada pengunjung.

Dalam pada itu Tiong Lai berkata, esok, beliau akan mengumumkan garis panduan baru berkaitan arahan penutupan sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) ekoran penularan wabak H1N1.
''Saya telah berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin bagi semua garis panduan, perlu ada yang baru kerana terdapat sekolah-sekolah yang mengambil langkah berbeza-beza.

''Jadi kita hendak tetapkan prosedur operasi standard (SOP) yang seragam dan esok jawatankuasa teknikal kementerian akan bermesyuarat untuk memperincikan garis panduan itu,'' katanya.

Selasa, 11 Ogos 2009

MAKLUM BALAS MEMAKAI MASK

Aku telah memakai MASK bukan sahaja di sekolah, tetapi juga di tempat awam. Maka aku telah
mendengar sindiran-sindiran ini. Banyak-banyak tu, inilah yang dapat aku
terjemahkan di dalam kartun aku ni. Aku sedikit pun tidak kecil hati. Aku anggap
mereka ni orang yang tidak peka...mungkin pe...kak(maaflah kasar sikit).
Aku pakai ni bukan aku nak glamour ke apa ke...tetapi aku memikirkan anak-anak aku.
Aku pernah kehilangan anak. Hanya yang pernah merasa pengalaman itu, dapat merasai
bagaimana pedihnya. Dan hari ini jumlah mangsa H1N1 telah mencapai 38 orang.
Kita masih bersuka ria dan berpesta seolah-olah kehilangan 38 nyawa itu tiada apa-apa ertinya!
Tanyalah keluarga yang kehilangan orang-orang tersayang itu kerana H1N1 ini...tanya!
Apa kata mereka? Kitalah yang menjaga ahli keluarga kita sendiri. Jangan tunggu pihak-pihak
yang lembab itu. Kematian meningkat saban hari, dan kita belum nampak tindakan DRASTIK yang
diambil oleh pihak berwajib? Aku ada 3 orang anak yang bersekolah, kerisauan itu terlalu tinggi.
Masing-masing menunggu arahan dari atasan dan atasan. Jika yang di atas itu
tidak berbuat apa-apa, bagaimana?




Apakah kalian tidak memikirkan beberapa faedah mamakai mask ini?:
1. Mengurangkan dosa mulut-disebabkan mulut kita bertutup kita pun semakin kurang bercakap.
Tanpa kita sedari selama ini kita melakukan dosa seperti mengumpat dan memfitnah. Di
harapkan dengan memakai mask ini dapat melatih mulut kita supaya lebih berdisiplin.
2. Jika tidak ada pun virus H1N1 ni, sebenarnya persekitaran kita dipenuhi jutaan debu, habuk
dan bakteria yang berterbangan. Ditambah lagi dengan asap rokok daripada kalangan
rakan-rakan kita. Maka dengan pemakaian mask ini telah memberikan Cuti Rehat Khas
kepada sistem pernafasan kita daripada serangan jutaan debu yang berterbangan di udara.
3. Pemakaian mask melatih kita dengan sikap sabar. Lihat sahajalah kartun saya di atas tu.
Hanya orang yang sabar sahaja yang mampu memakai mask ini di kalayak ramai.

Sabtu, 8 Ogos 2009

PENGGUNA ISLAM DIPERMAINKAN

Kuih Raya sudah mula ditempah...wah...wah...
Tak lama lagi puasa, lepas tu kita menyambut Aidilfitri.
Tentu kalian sibuk nak pilih kuih raya yang paling disukai tetamu?
Jadi, dengan rasminya aku keluarkan fail-fail aku ni, maka alangkah
terkejutnya nanti kalian, aku siarkan petikan Metro dua tahun lalu ni!
Sempena musim selesema babi ni, apa lagi kita bagi tekanan cukup-cukup
kepada segala yang berkaitan dengannya.
Dah puas dah kita makan benda ni masa raya-raya yang lalukan?
Patutlah doa tak makbul. Banyak lagi aku nak habaq kat hangpa semua bersabarlah ya.
METRO 14 NOVEMBER 2007

SESEKALI AKU MELUKIS KARTUN

Dari kecil dulu aku minat lukis kartun. Sam faham benar
dengan hobi aku ni. Teman ku KS747 di MPTI pun tau tentang
hal itu. Tetapi, cita-cita aku nak jadi pelukis kartun
tidak tercapai, gara-gara sikapku yang hangat-hangat tahi ayam.
Dengan adanya blog ni, dapatlah aku menyampaikan mesej aku
melalui hobi lama aku ni. BETUL TAK SYITH?
Kawan aku Shith sudah mula berblog...ganas nampak?

Siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya!