MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Khamis, 22 Oktober 2009

SETIAP ENTRY HARUSLAH MEMPUNYAI MESEJ

Sampaikanlah Walau Satu Ayat, merupakan prinsip yang harus ada pada kita semua. Sejak akhir-akhir ini aku agak sibuk dengan urusan kerja di sebelah pagi, dan pada sebelah petang dan malam pula aku meneruskan tugas sebagai stokis Bio Asli Batu Pahat.

Alhamdulillah permintaan terhadap produk Bio Asli agak memberangsangkan. Sampaikan aku kehilangan idea untuk mengisi artikel dalam blog aku ini.

Berbalik pada ayat pertama tadi, aku mahu setiap yang aku tulis harus menjurus kepada MESEJ yang berguna kepada khalayak. Lainlah kalau aku menulis diari, aku bebas menulis apa yang aku suka. Ia mungkin dibaca oleh orang-orang yang tersesat ke sini, walaupun blog ini tidak segah blog tersohor Aznil Nawawi atau blog Linda-onn.

Selepas hari raya, setiap yang terlibat dengan dunia jualan langsung akan mengambil peluang masa-masa keemasan ini untuk mengembangkan rangkaian mereka. Jualan dijangka menjunam semula pada hujung Disember kerana ramai yang kehabisan wang membayar yuran dan buku sekolah anak-anak. Graf itu akan meningkat semula pada awal Februari. Maklumlah sudah lama terlibat dengan MLM, cuma kejayaan sahaja yang belum nampak.

Pelbagai perkara berlaku di negara kita, namun bagi peminat politik, usah mengharap apa-apa daripada blog aku. Blog aku adalah blog rojak. MATSOMHERBS mulanya membawa mesej HERBA, namun akhirnya jadi cacamarba.

Hari ini aku ingin bercerita tentang pengalaman aku sebagai seorang ahli syarikat jualan langsung. Kalian tahu Akta Jualan Langsung 1993? Aku ingat sikit-sikit. Nah....antaranya yang aku ingat:

1. Jurujual tidak boleh pergi ke rumah pelanggan pada hari Ahad dan Cuti Umum
2. Waktu urusan jualan tidak boleh lebih daripada jam 7.00 petang.

Itu sahajalah yang aku ingat, jadi kalau ada jurujual yang datang pada hari Ahad dan Cuti Umum anda boleh UGUT mereka, dengan akta tersebut.

Tetapi ikut pengalaman aku, jangan memaki hamun jurujual. Kalau tidak mahu diamkan diri sahaja di sebalik pintu. Pedih rasanya sampai hari ini, ada seorang penduduk di kampung P****g S**i memarahi aku sepuluh tahun lalu, sedangkan aku belum berkata apa-apa, baru Assalamualaikum.....

Namun yang terlalu baik ramai juga siap hidang kuih dengan air. Setengahnya menjadi rakan-rakan aku sampai sekarang.

Itu dulu.....waktu aku tengah berkobar-kobar sebagai salesman. Apa benda yang aku tak jual? Kuih raya? Kismis Minda? Penapis air.....Yang kekal.... herba sampai sekarang....sampai aku hendak mengadu sakit pun tidak berani. Kalau demam biasanya aku buat macho saja kerana aku sudah tahu apa yang hendak dikatakan oleh orang-orang itu.

Sekarang aku bisnes dengan lebih senang, guna flyer, iklan surat khabar dan blog. Tidak ada lagi dipandang sebagai penjenayah. Yalah maklum ramai orang tua di kampung-kampung sudah kena tipu dengan penagih dadah dan orang-orang yang kaki pembelit. Yang menyamar menjadi pegawai banci. Ada yang menyamar jadi itu dan ini.

Apabila aku fikir-fikir balik apa yang telah aku lalui itu, semuanya mematangkan aku tentang ragam manusia yang ada di dunia ini. Jadi ia bukanlah kerja yang membuang masa. Yang buang masa tuuuuu....dari pagi sampai petang lepak kat warung, sampai tuan punya warung pun sudah tak tau nak buat apa.

Tiada ulasan: