Isnin, 1 Februari 2010

CIRI-CIRI SAHABAT SEJATI


Gambar yang kuambil dari tingkap rumahku yang usang ini
Imam Al-Ghazali dalam Ehya' Ulumuddin berkaitan persahabatan memberi garis panduan bagi seseorang memilih sahabat. Antara ciri sahabat pilihan yang baik ialah:
  1. Berakal- jangan memilih orang yang dungu kerana ia hanya menyusah dan membinasakan kamu.
  2. Berakhlak- jangan bersahabat dengan orang buruk akhlaknya, nanti keburukan akhlaknya akan kena pada kamu.
  3. Suka kepada kebenaran- jangan bersahabat dengan orang yang menentang kebenaran atau hidup di atas jalan hidup yang sesat, nanti kamu akan ikut sesat bersama-samanya.
  4. Sanggup sehidup semati- Saidina Ali pernah berkata " Saudaramu yang sejati ialah orang yang sanggup bersamamu dalam apa jua keadaan; sanggup berkorban kalau ada sesuatu musibah menimpa kamu; sanggup meninggalkan sesiapa sahaja demi kerana hendak bersamamu,"
  5. Elakkan orang yang sentiasa melakukan perbuatan fasiq (tidak senonoh)
  6. Elakkan orang yang terlalu cintakan duniawi, nanti lataran dunia, dia sanggup memusuhi kamu.
  7. Elakkan orang yang suka berbohong, nanti kamu selalu akan ditipu.
Seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang memberi pesan kepada anaknya, "Wahai anakku kiranya kamu perlu bersahabat kepada seseorang, maka hendaklah kamu memilih orang yang bersifat seperti berikut: "

  1. Jika kamu berbuat bakti kepadanya, dia akan memelihara dan melindungi kamu.
  2. Jika kamu rapat dengannya, dia akan membalas baik.
  3. Jika kamu memerlukan pertolongan yang berupa wang atau sebagainya, dia berusaha akan memenuhinya.
  4. Jika kamu menghulurkan kebaikan, dia akan menghargainya dan membalas serta menyebut kebaikan itu.
  5. Jika kamu ada masalah tetapi tidak memberitahunya, dia akan berusaha untuk mengetahui dan memahaminya lalu diberikan pertolongan.
  6. Jika bencana menimpa kamu, dia berusaha menghindarinya atau sekurang-kurangnya meringankan beban kamu.
  7. Jika dia melihat sesatu yang tidak baik pada diri kamu, dia akan menutupnya.
  8. Jika berkata sesuatu kepadanya, dia sentiasa membenarkannya(mengiakannya).
  9. Jika kamu merancang sesuatu kerja, nescaya dia akan membantu menjayakannya dan,
  10. Jika berselisih faham, dia sentiasa mengalah dan memenangi kamu demi perjaga persahabatan itu.
Akhir kata, jadilah sahabat hingga ke akhirat, kerana antara TUJUH golongan yang dinaungi Allah di Padang Mahyar nanti ialah seseorang yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya semata-mata kerana Allah S.W.T. Persahabatan paling agung ialah persahabatan Rasulullah dengan Saidina Abu Bakar. Hari ini ramai sahabat lebih banyak mengajak ke lembah kehancuran. Oleh itu pastikan sahabat-sahabat kita dan sahabat-sahabat anak-anak kita menepati ciri yang disarankan oleh ulama terdahulu.

15 ulasan:

Azham Hj Johari berkata...

berkawan dengan si penjual minyak wangi bau wangi.

berkawan dengan si penjual minyak power oil bertambah power.

gurau jer..

hahah.

MSOM berkata...

Betul tu!

Aku skrg dikelilingi lelaki2 ganteng. Mereka kini begitu gembira sejak berkawan dgn aku!

Teman Setia Anis berkata...

Kawan macam-macam kawan.... Tapi paling aku suka berkawan kat sini ialah cik Pah... Jarang aku tengok orang bila aku menangis dia pun ikut menangis... Bila aku cerita kesusahan aku masa silam dia menangis dan pendengar setia bila aku bercerita... Tapi yang rahsia peribadi tu x lehlah cerita-cerita kat orgkan... Ada juga kawan makan kawan... Tak payahlah cerita...

tunbegia berkata...

kita kawan kan,

salamm,

MSOM berkata...

Ya....saya suka berkawan dgn org yang suka flora dan fauna macam TUNBEGIA.

SAM73 berkata...

ooo kami baru je bg ceramah pd Ain dlm kereta 2 hari lepas bagaimanakah kawan sejati itu sebenarnya...
iaitu kwn ketika kita sama2 susah..sama2 sekolah, mmg tiada galang ganti.. mcm yg Anis ckp td..kita nangis dia pun nangis.. kita gembira dia pn tumpang gembira.

MSOM berkata...

Anis dan Sam.mungkinkah ada lagi sahabat2 sejati kalian di kampung tu?

SAM73 berkata...

eh mesti la ada...bukan setakat ada je tp ramai kwn sejati kt kg tu... tp memasing dah kawin memasing sibuk bawa haluan sendiri.. yg mana ada pc boleh le dikumpulkan kt FB, alhamdulilah la..so far so good...

Teman Setia Anis berkata...

Yang kat kampung tu tetap ada... Dia orang je yang rajin tanya khabar aku... Kadang2 tu siap telepon semata2 dia teringat kat aku. Walau masa berlalu kenangan kawan sepermainan tetap dlm ingatan... Tapi kawan yang aku paling tak suka nak kawan ialah kawan yang pentingkan diri sendiri. Tip untuk ramai kawan bagi aku kat sini...
1. Sentiasa merendah diri
2. Cuba menjadi pendengar setia walau kadang2 malas nak masuk campur masalah org.
3. Jangan menyakiti perasaan kawan.
4. Menghormati keluarganya.
5. Yang paling penting, bila dia memerlukan bantuan kita kena rengan tulang dan tak teragak2 untuk membantu.
6. Peramah, murahkan senyuman dan tunjukkan riaksi yang kita suka berkawan dgn dia..
7. Dan nak tau diri kita disenangi org atau tidak senang aja.. Kalau orang tu suka sangat datang ke rumah kita maknanya org tu suka berkawan dgn kita. Itu pandangan aku tentang kawan2 aku di sini... Sebab tiap2 hari ada sahaja kawan2 yg singgah kat rumah aku ni... Bertanya khabar.. Kadang2 tu dtg jauh2 semata2 nak bagi buah tangan dari kg dia.

SAM73 berkata...

setuju...merendah diri satu faktor penting utk disenangi ramai, kita jgn mudah mengeluh menyalahkan kenapa org tak suka berkawan dgn kita padahal dlm diri penuh sifat mazmumah.

yg selalu dtg rumah itu kwn sejati? ehh.. tak semua... ada juga yg suka dtg rumah sbb nk cari apa yg kurang dlm rumah kita pun ada... ya, mungkin pndpt ko tu sikit2 tu betul Anis..tp tgk jugak la keperibadian org tu...Sbb apa aku ckp mcm ni..sbb aku pernah rimas dgn sorang hamba Allah yg kerjanya klu dtg rumah sibuk bercerita kehebatannya...bukan aku je yg tak berkenan dgn sikap dia ni.. tp aku welcoming je la klu dia dtg even masa tu aku penat keja.. tp ada kwn2 lain yg sampai tutup pintu klu minah ni dtg...lg kesian. Keburukan Minah ni...dia klu dtg rumah org suka cari kekurangan.. pastu pakai seksi banget... aduhaiii...
Tp rasanya dia dh insaf kot skrg.

MSOM berkata...

Wah ...masing2 dah boleh bagi input utk blog aku ni, bagus2. Aku ni taip balik daripada buku-buku yang aku baca, dulu rajin beli buku, sekarang rajin jugak beli buku, tapi buku M.L.M

yA BENER kata kalian tu, yg penting pastikan KITA menjadi yg terbaik kepada sahabat2 kita. Bagaimana kita tak suka org buat kepada kita, begitulah jua KITA jangan buat apa yang orang tak suka kepada mereka.

SeNDuDuK PuTiH berkata...

Wah dah banyak komen dah ngupernya, ni baru sempat jengah...
Smlm nggak sempat berblog sangat coz lepas maghrib merempit balik kg sat... then kol 11.30 mlm balik smuler JB...

Ya baguih tu ciri2 sahabat sejati...
Tapi kan ade 1 kemusykilan sket ni...
Gini...
Selalu berlaku sahabat sejati jadi musuh sejati... biasanya bermula dengan niat yg baik utk tolong sahabat itu dalam kesusahan iaitu kesempitan wang, so jadi lah episod pinjam & memberi pinjam, tp bila janji nak bayar, tak bayar2, last2 bermasam muka... jadi musuh plak dah...

Lagi 1 = Jadi penjamin kawan yg nak buat loan, kawan tu sangkut dgn bank, sahabat yg jadi penjamin tu kena black list, so kawan jadi musuh...

So camner tu? Nak ditolong tp nanti menyusahkan, tak ditolong tp kesian plak sahabat dlm kesusuahan & memerlukan bantuan....

So..........

SAM73 berkata...

ya..mmg byk kes mcm tu SP..sbb tu la I pernah dgr org tua bercerita (bagi tip) sebelum beliau bersetuju sign surat jaminan tu tanya dulu kat org tu :

1) awak ada tanah tak? berapa ekar ada? (Kalau tak ada dia tak nak sign)

Agknya if anything happen dia nk suruh si polan yg mintak tolong sign surat jaminan td jual tanah kot...

Tp pening jugak ya klu sampai berlaku kegagalan pembayaran mcm tu..sudahnya persahabatan yg dibina berpuluh tahun berakhir mcm tu je.

MSOM berkata...

APABILA kita melabelkan seseorang itu sbgai SAHABAT SEJATI , maka kita sudah tentu tahu hati budi sahabat kita itu.

Biasanya beberapa bulan bercampur dengannya, kita sudah boleh baca sama ada dia seorang pembelit atau seorang yang jujur.

Kita kena uji sahabat kita itu. Ujian Kejujuran. Ujian Kesetiaan. dll.

Yang dinamakan SAHABAT SEJATI ialah apabila bersahabat dengannya, boleh membawa kita ke syurga. Kalau di dunia lagi dia dah tipu kita, bukanlah sahabat sejati namanya.

Di sekeliling kita, kita memiliki ramai sahabat. Ia boleh kita gredkan kepada GRED A, B, dan C. Gred D utk kawan yang tak boleh guna langsung.

SeNDuDuK PuTiH berkata...

Kekadang kawan yg dah kenal 7-8 tawon pon leh jadi camtu...
Terutamanya bila melibatkan pinjaman bank & kita sebagai penjamin... bila dia dah berhenti @ ada masalah kewangan, bermula episod tak bayar bank & akhirnya kita terbapsa jadi mangsa w/p setelah bbrp kali cuba hubungi & nasihatkan 'kawan kita' tu utk settlekan pinjaman bank dia..