Jumaat, 19 Februari 2010

ADAB SOPAN SEORANG ISTERI

(Cuti yang berbaki ini, aku luangkan masa membaca buku BIMBINGAN MUKMIN hasil pemikiran Imam Ghazali yang tersohor sepanjang zaman. Alangkah moleknya aku kongsikan bersama kalian.

Kata-kata di bawah sangat popular dalam buku-buku bab perkahwinan.)
Pesanan Asma binti Kharijah Fazari kepada anak perempuannya pada hari pernikahan anaknya itu:

Wahai anakku, kini engkau telah keluar dari sarang tempat engkau dilahirkan dan dibesarkan.Kini engkau akan beralih ke suatu hamparan dan kediaman yang belum engkau kenali dan engkau harus bersama-sama dengan seseorang yang belum engkau kenali.. Itulah suamimu.

* Jadilah engkau seperti tanah untuknya dan dia akan menjadi sebagai langitmu.

* Jadilah engkau sebagai lantai unutukknya dan dia akan menjadi tiang untukmu.

* Janganlah engkau membebankannya dengan pelbagai kesukaran kerana dengan itu, akan menyebabkan dia lari meninggalkan engkau..

* Janganlah engkau terlalu jauh darinya supaya dia tidak melupakan engkau. Tetapi kalau dia mendekatimu, dekatilah dia dan sekiranyadia menjauhimu, maka jauhilah dia dengan baik.

* Peliharalah suamimu elok-elok; hidungnya,pendengarannya, matanya dan lain-lainnya. Janganlah sehingga dia mencium sesuatu padamu,kecuali yang harum-harum sahaja, jangan pula dia mendengar sesuatu melainkan yang enak-enak belaka, janganlah pula dia melihat sesuatu melainkan yang indah-indah sahaja pada dirimu..

(Hari ini banyak rumah tangga porak peranda kerana masing-masing sudah mula lupa tanggung jawab. Mereka juga lupa adab sopan bersama pasangan. Kes perceraian meningkat dengan begitu mendadak. Rekod terhebat, diceraikan selepas beberapa detik selepas bernikah! Ayuh baca lagi buku Imam Ghazali ini.....)

Isteri itu seelok-eloknya hendaklah banyak duduk di rumah. Hendaklah mengurangi banyak berborak dengan jirannya. Janganlah memasuki rumah jirannya melainkan di dalam keadaan yang mengHARUSkan dia masuk ke sana. (Apatah lagi ada wanita yang bertandang sehari sampai lima kali, apa tak rimas jiran kita?)

Isteri hendaklah menjaga suaminya dengan baik, sama ada ia ada di rumah atau sebaliknya. Hendaklah diusahakan agar suaminya selalu gembira dalam segala hal. Usahlah isteri mengkhianati dirinya sendiri, ataupun harta suaminya. Usahlah isteri keluar rumah melainkan dengan izin suaminya.

Jika suami telah izinkan keluar, hendaklah isteri itu berjalan tidak sembunyi-sembunyi, berpakaian sederhana, tidak memamerkan tubuh dan pakaiannya. (Contohnya agaknya jalan gedik macam model?) Carilah tempat yang bukan bersesak-sesak. Hindari diri daripada bercakap-cakap dengan lelaki bukan muhrim.

Yang paling penting, rumahnya harus sentiasa bersih dan menenangkan. Ibadahnya dijaga terutama solat dan puasa dan lain-lainnya.

Apabila ada kawan suaminya datang di depan pintu mencari suaminya, seelok-eloknya elakkan bertanya yang bukan-bukan. Jawab sahaja "Suami saya pergi....." usah bercakap panjang-panjang.

(Pada hujung tajuk itu, aku menemui lagi nasihat Imam Ghazali):

Jika rumah tangga ingin sentiasa TENANG:

  • Janganlah isteri itu membangga-banggakan dirinya terhadap suaminya kerana memiliki kesempurnaan dan kecantikan.
  • Jangan pula menghina suami kerana dia buruk rupa, hodoh wajahnya (suami orang kononnya hensem giler, suami aku ni kenapalah macam tu!)
  • Sentiasa menjaga kedamaian, ketenangan dalam segala hal.
  • Menahan diri daripada berbuat segala sesuatu waktu suaminya tiada di rumah.
  • Menunjukkan sikap yang jernih, tenang, maka bermain-main dan lapang dada maka menyebabkan suami itu tenang dan senang di rumah


(Masalahnya sekarang ni........isteri-isteri mula mempertikaikan saranan ulamak. Malah ada yang mempertikaikan saranan Nabi. Kenapa terjadi begitu? Kerana silap suami sendiri. Antara yang mesti suami tahu ialah, SUAMI MESTI MENGAJAR HAL-HAL AGAMA KEPADA ISTERINYA, JIKA DIA TIDAK MAHIR, MAKA HARUS MENGHANTAR ISTERINYA PERGI KE KULIAH AGAMA, BELIKAN BUKU-BUKU, VCD DAN SEBAGAINYA. Masalahnya, suami sendiri tidak solat, MAKA terjadilah yang berlaku hari ini. Beribu-ribu isteri diceraikan. Implikasinya, ramailah ANAK-ANAK yang TERBIAR. Maka semakin rosaklah orang Islam kita. Di situlah lahirnya peragut, pembunuh, perompak kerana mereka terabai semasa kecil lagi! SEKIAN......OMELAN aku pada pagi Jumaat yang mulia ini.......)

29 ulasan:

~ Mummy Gee ~ berkata...

TKasih MS atas tazkirah di pagi Jumaat ni...

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Dlm kursus pra perkahwinan, aku nk cadangkan klu boleh tu... brainwash sikit bakal2 suami ni..pentingkan sholat, hal2 kekeluargaan.

ramai isteri2 mengadu kpdku..suami ni bila kawin seolah2 terputuslah silaturahim mereka pd ibu bapa yg telah melahirkan & membesarkan si isteri..so,ini menimbulkan rasa tak puas hati & makan dlm.. paling sedih bila isteri pulak ank sulung, rasa nk membantu keluarga..tp suami tak izin kerja. Suami dgn rasa ego sikit pun tak mengendahkan masalah isteri. Seeloknya terapkn dlm diri pasangan itu..."ibumu adalah ibuku...ibuku adalah ibumu"..insyaAllah dgn hormat-menghormati kedua belah pihak..rumahtangga akan aman. WALLAHUALAM.

MSOM berkata...

Mummy Gee....sama-sama.

tunbegia berkata...

semoga panas hingga ke petang,

salamm,

MSOM berkata...

Semoga cadangan Sam didengar oleh pihak penganjur Kursus perkahwinan Khasnya Tuan-tuan Kadi dan Pejabat Agama Daerah.

Yang masih muda tu pilihlah bakal suami yang memahami. Selidik dan kaji dahulu sebelum berkahwin dengannya. Jangan cinta je terus setuju kahwin.

Yang dah terkahwin dengan suami macam tu, solat hajatlah 40 hari, lihatlah perubahannya. Kenalah mereka itu bersabar.

Kalau tanpa bekerja, mereka dah selesa, mengapa nak cari masalah pula?

Mereka kenalah ikut panduan agama. Barulah masyarakat kita hidup teratur.

MSOM berkata...

TunBegiaa...ni dah mula panas ni!

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Syukurlah Allah menemukan aku dgn suami yg mampu membimbing aku ke jln benar & menjaga sholatnya.

Adik2 yg blom kawin tu.. KSam rasa tip ni boleh diguna pakai klu nk trace bakal suami tu ada pegangan agama ke x :

1) Cuba keluar time bulan puasa - dia puasa tak? Tengok la s/ada bibir kering ke..mcm ada bekas2 nasi ke kt celah gigi...cek sikit. hehe..

2) Nak tau dia sholat ke tak KSam rasa kita sendiri boleh bezakan org yg rajin sholat atau tak..

3) Buat siasatan berakar umbi pun takpe dik...ni skrg zmn melinium lg senang... klu dia ada account FB.. menyamar le jd org lain.. pastu add le sedara mara dia.. risik2 sikit. Muahaha..pandai2 la dik nk idup.

4) Tanya resa hati ibu/bapa kita.. klu mereka kata mamat ni ok...trima..klu mak ayah kta x ok..putus je sudah! Restu org tua penting utk keberkatan hidup di masa depan.

Itu je la dik nasihat yg mampu KSam nk ckp.. KSam ni nk kta dh byk mkn garam tu x la..tp berdasar pemerhatian sehari2.. gadis2 skrg kena lebih mengambil langkah berhati2 sebelum say YES!

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Mama Miraki berkata...

Ohhh dapat ilmu berguna di pagi jumaat ni.....

MSOM berkata...

Pasti Sam ingat, ada orang meminang kekanda Sam tu. Arwah Bapak menolak peminangan itu dgn baik, kerana Bapak pernah terserempak pemuda itu(skrg dah tualah) makan rambutan di bulan puasa (pulak tu ambik rambutan orang!)

Tip anda memang sgt berguna

MSOM berkata...

Mamamiraki...kita sedang berdiskus ni...silakan silakan...jangan satu hala je...saya bukan ustaz, cuma ambik sedutan buku BIMBINGAN MUKMIN setebal 1103 halaman itu (beli masa muda dulu, tapi baru sekarang semat baca)

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

oh pemuda tu? oh ingat... bukan je bapak.. aku pun nmpk time blk sekolah tghari buta bln puasa depan kanak2 yg posa pun dia mkn..mungkin dia gestrik kot. Berbaik sangka jelah.

Bukannya apa..klu dpt bakal suami yg liat bab2 mcm ni, takut kita pulak terheret sama jd cam dia..lain le klu kita ni ustazah..dah la kita ada ank pompuan..dia nk walikan lg...jgn la dpt wali fasik...nauzubilah.

Teman Setia Anis berkata...

Bila terbaca pasal jiran yg suka bertandang ke rumah tu,aku terus teringat seorang hamba allah ni yang cukup rajin dtg rumah tak kira waktu... Entahlah kenapa dia suka sangat memilih rumah aku sebagai persinggahannya... Yang tak lalu tu magerib pun dia tak reti2 nak balik.. Malu pulak kita pada suami yg baru pulang dari kerja.. Nak disuruhnya balik mcm menghalau pulak... Kita dah siap solat pun dia masih je duduk kat situ... Bila aku tanya nak solat tak? Dia jawab solat kat rumah je... Sedangkan waktu solat tinggal beberapa minit je lagi... Bila aku risik2 kat anak dia, anak dia cakap apa..? Ibu tak pernah solatlah makcik anis... Tecengang seketika... Biar betul? Husben dia dah tpon suruh balik, dia jawab kejab lagi... D.R dah tau perangai dia so diam ajelah... Aku ada juga cakap kias-kias kat dia takut kalau cakap terang2 kecik hati pulak nanti... Susah jaga perasaan org ni... Cakap salah tak cakap pun salah..

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

dasyat jiran ko ni... aku yg berjiran non muslim pun tau adap2 berjiran, malah kalau time IRP dah nak balik tu siap dia ingatkan aku..

"hei Sam.. take shower now, yr hubby almost arrive.. ready2...cantik2. I got to go now, I pun nk cantik2, my hubby pun dah nak balik"

Dulu ms aku duduk rumah lama pun,jiran aku Makcik Nala (bukn nama sebenar)pun baik hati.. pendek kata tu tak le sampai bertunggu tangga rumah org...sib baik le ko dah lama kahwin... klu penggantin baru agaknya.... hehehe... phm2 je le...mcm kisah sorang kwn aku tu.... dah la dia pengantin baru, kwn2 laki dia asik la bertandang ke rumah.. pantang nmpk keta laki dia ada, mesti muka dia pun muncul.. hmm...hehe..

MSOM berkata...

Dahsyatnye....jiran tu

Teman Setia Anis berkata...

Aku pulak jenis tak reti nak duduk rumah jiran... kalau tak ada jemputan kenduri ke, sakit ke memang aku tak dtg. Bukan apa... Entah aku rasa tak selesa kalau ge rumah jiran ni.. Kalau nak bersembang kosong kat luar ke kat taman perumahan ke o.k lagilah.. Entahlah, dia tengok aku ni peramah sangat dia ingat aku ni tak kesah kot.. Lagi kalau dtg setakat nak menyampaikan berita keburukan org lain baik jgn dtg, buat tambah dosa akulah pulak... Kadang2 tu buat2 busy je... Pun tak reti2 nak balik...

Mama Miraki berkata...

heiii teruknya jiran cam tu yea...hehhhe saya ni kalau nk sembang ngan jiran pun time pagi nak kelaur gi kerja aje sekejap...kebetulan keluar rumah time yang sama...time lain masing2 busy.....tak adalah bertunggu tangga...lagipun jarang ada kat rumah..malam dan hujung minggu aje....so daripada buang masa sembang2 baik habiskan dgn family

MSOM berkata...

Ko bagi je VCD adab-dab berjiran

Teman Setia Anis berkata...

Macam perli dia pulak... Cerita pasal CD aku ada tinggalkan CD kat abah tau... Untuk Cik Som, harap suka menerimanya... Anak sedara ni dah tak tau nak bagi present apa birthday ari tu... Nanti risik2 kat abah ya...

MSOM berkata...

Alamak CD apa tu?

Teman Setia Anis berkata...

CD lucah, haaaaa.... Astagbirllahalazim... Apa-apa ajelah aku ni.... Nanti bila cik dah tengok bolehlah kongsi cerita dlm blog ni ya... Harap2 suka ya... Banyak ilmu yg dapat dipelajari dlm CD tu... Yang mana selama ni kita tak tahu akan tahu nanti...

MSOM berkata...

Adakah patut KOMEN kamu DIRUNTUHKAN?

Teman Setia Anis berkata...

Aku gurau je... Takkanlah aku nak bagi cd mcm tu kat pendakwah bebas macam cik ni.... Datang kat rumah mak abik dulu baru tahu... Past tu cik bolehlah snep gambar dan kongsilah cerita kat org ramai... Bermanafaat tau cd tu... aku dapatkan dari am tu... Jarang2 dapat cd tu...

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

aku x dpt punn....(dlm nada merajuk).. tapi takpe...itu tandanya aku masih muda lg...selalu kan kalau ramai sgt org bg hadiah tu kan penanda org tu dah tua..mcm nenek tu ramai betul ank sedara/cucu bg hadiah.

Teman Setia Anis berkata...

Alamak ada org merajuk pulak... Tak pe2... Nanti suruh cik som fotokopi CD tu... Almaklumlah aku pun balik ari tu tak sempat nak buat salinan lagi satu... Aku tengok cik som rajin cerita pasal agama kat blog dia, so aku bagi kat dialah... Jangan merajuk2 nanti muka berkedut...

indah berkata...

Bukanlah aku nak ambik jawatan ustaz...Tetai berbalik pada Mukadimmah blog ini ada hujung Disember 2008, aku buka blog aku ni dgn 3 matlamat:
1. Menyampaikan sedikit sekelumit ilmu yang ada
2. Bisnes internet
3. Mencari sahabat2 yang terputus, Alhamdulillah ketiga-tiganya mula tercapai

Blog adalah satu medan dakwah yang baru, namun kita harus mempunyai maklumat yang lengkap dan tepat, bukan seperti Islam Liberal yang sesat.

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

Aku ingat lagi peristiwa tahun 1994 ketika aku uppersix SDBL. Masa tu bulan puasa so masa tengahari lepas balik sekolah singgah Tasek Y. Aku dulu gi sekolah naik cupcai Honda JAP 6170. Tiba2 nampak satu kereta yang memang familier Mazda Cappela spot. Tak lama lepas tu keluar dua orang yang amat aku kenali... sorang orang Pt Sentang dan seorang orang Batu 22. Aku ingat dia orang nak berehat... rupanya bawak makanan makan di bulan puasa...Astagfirullah...
Saja teringat memori lama.

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

Bukan 1994 tapi 1984

MSOM berkata...

Lagi satu cerita yang sungguh dahsyat. Berani mereka tunjuk kedegilan mereka kepada Allah di khalayak ramai? Mereka terang2 bangga dengan pendurhakaan itu!

Saya pernah tengking seorang budak sekolah makan SESUATU di stesen bas Kluang pada bulan puasa. Peduli apa aku!