Khamis, 25 Februari 2010

KELUARGA SAKINAH

Hari ini tiba-tiba sahaja, idea menjadi tumpul. Lantaran itu, aku melayari blog demi blog dari seantero dunia. Macam-macam yang mereka tulis. Kebanyakan penulis blog itu menceritakan tentang persekitaran kehidupan mereka,anak-anak yang mula membesar, yang belum berumah tangga pula memerihalkan teman-teman sekerja, teman seuniversiti dan sepengajian.

Lalu aku terfikir, bagaimana nasib insan-insan yang masih bergelut dengan perjuangan untuk memperoleh sesuap makanan pun tidak mencukupi, inikan pula hendak melanggan talian internet? Khasnya penduduk di negara-negara Afrika? Atau insan-insan di negara yang belum mempunyai kemudahan elektrik? Seperti waktu negara kita pada tahun 70-an dahulu? Waktu itu, meskipun kita masih mundur, namun kita masih boleh menonton pertarungan antara Legenda Mohammad Ali dengan Joe Bugner ATAU Joe Frazier.

Yang anehnya, walaupun Afrika dikatakan agak terkebelakang, tetapi Awang Hitam yang berada di negara kita, boleh menguasai internet dan menipu sebahagian warga Malaysia. Sehingga mereka menyamar dengan pelbagai personaliti dari Hong Kong, Korea dan sebagainya, lalu menipu gadis-gadis Malaysia. Jumlah kerugian bukan sedikit, malah berjuta-juta RM sudah lesap begitu sahaja. Emel-emel yang kita terima saban hari, 99.99% ingin menipu kita dengan pelbagai modes operandi, datangnya dari benua tersebut. Setiap hari kita terpksa melakukan kerja baru, iaitu menDELETE PULUHAN emel itu, sampai lenguh tangan ini dibuatnya!

Amatlah malang, kalau saban hari kita mendengar berita, ada rakyat kita terpesona dengan AYAT-AYAT CINTA Awang Hitam tersebut. Sehingga seorang gadis berada sanggup menyerahkan duit hampir RM 500 000 kepada mereka? Adakah lelaki Malaysia ini kurang macho? Ditambah pula gadis-gadis jelita yang sanggup lari ke Lombok semata-mata ingin mencari cinta sejati? Entahlah!

Buat kalian, para isteri dan suami, marilah luangkan 9 minit untuk mendengar TAZKIRAH ini, almaklumlah kadang-kadang kita mula EGO dengan diri kita: Jom!

9 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Wah! Mekasih ya Pak... amat berinformasi sekali.. sudah katam gue mendengar keseluruhannya di mlm2 buta.. rasa begitu tenang banget.


p/s : menyebut ttg sakinah tetiba teringat kwnku yg nama Sakanah.. kt mana la minah tu skrg?

MSOM berkata...

Wah! Bagus sekali Mbokde kok. Sama2lah kongsi kalau jumpa yg bagus2. Copy Code HTMLnya, semuanya ada di sana.

jbfresco berkata...

macam2 dunia sekarang ni..cerdikpandai menipu,semua boleh nak tipu dari a-z..menipu je kerjanya..tp sebagai umat yg diberi akal ..kna lah pandai kita menilainya mana yg putih dan yg kelabu.dan semoga kita saling ingat mengingatai.

MSOM berkata...

T. KASIH JB FRESCO, sama-samalah kita ingat-mengingat. Tapi lupa pulak, alamt blog Gee ni. Yg blogst**** ni pulak dah kena blog. Saya nak cari blogspot tu....

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

kenapa la yg ***g***** tu dah x bleh nk masuk? habis semua resepi2 yg aku kumpul lesap...belum termasuk teman2 blogger yg dah mesra & selalu jd rakan sembang...semua lesap mcm tu je...sian aku.

p/s: ckp bisik2 je tau...nt kena saman.

MSOM berkata...

Apa ke tidaknya, tokeynya dah jadi jutawan...betullah kata I*M**L , kita dah tak percaya blog anjuran lanun-lanun ini. Lepas ni aku tak percaya lagi. Duit hilang aku tak kisah, blog hilang yg buat aku hot!

SeNDuDuK PuTiH berkata...

ni kisah yg mana tuh sampai blog2nyer pon kena block?

Skrng ni sussah tol nak percaya satu2 benda tuh kan....
Banyak tol unsur2 penipuan...

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

SP ~ Ala blog berbayar.. tak pasti la sama ada SP pernah jenguk ke tak blog kami bertiga yg "itu". Rasanya tak kot?

Tp sungguhpun mcm tu...ada gak la jasa2nya blog tu pd kami antaranya mendptkan downline2 sbb kebnykkn mereka yg join blog berbayar tu terdiri dr mereka yg sudah ada perniagaan on line dan mcm2 lg..

Tanpa Nama berkata...

terima kasih nyinggah...
diaorg suka sgt kot yang hitam pekat ni...atau mungkin sebab tak nampak tujuan mereka..."maklumlah hitam"....