Dulu waktu aku mengajar di SMK Paloh dan SMK Convent Batu Pahat, murid-murid Cina itu lebih menjurus kepada pekerjaan bapa mereka. Ejen insurans, pekedai runcit, gunting rambut, buka restoran dan sebagainya.
Itulah perbezaannya. Kita telah tanamkan anak-anak kita supaya bekerja dengan orang lain. Dan mereka menanamkan sikap untuk bekerja sendiri. Sikap generasi tua kita dahulu telah diteruskan oleh generasi kita pula iaitu jika boleh anak kita kerja makan gaji.
Lalu saya jelaskan kepada murid saya:
" Jika kita makan gaji, kita tidak dapat memberi pekerjaan kepada orang lain. Bangsa kita terus ramai yang menganggur. Jika kita membuka kilang misalnya. Kita akan dapat menyediakan banyak pekerjaan untuk orang-orang kita. Kita boleh lantik kaki tangan pejabat kita. Kita boleh lantik pekerja bawahan. Pemandu lori penghantar barang, pengawal keselamatan, tukang kebun dan sebagainya,"
"Macam saya ni murid-murid. Sudah 21 tahun jadi guru, tak pernah dapat melahirkan satu peluang pekerjaan kepada sesiapa. Isteri saya ada kebun dua ekar, sudah boleh menyediakan pekerjaan kepada orang yang memetik kelapa sawit, meracun dan membersihkan pelepah kelapa sawit,"
"Kalau awak membuka satu pasar raya, berapa ramai orang boleh bekerja dengan awak?"
Saudara dan saudari, sampailah masanya kita mengubah minda anak-anak kita. Kini Alhamdulillah di pasaran kita telah menemui banyak produk keluaran Usahawan Muslim seperti Beras Faiza, Kicap Jalen, produk HPA Radix, Halagel dan pelbagai lagi. Betapa tuan punya syarikat-syarikat tersebut telah dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada beribu-ribu orang kita, sehingga ada yang terpaksa mengambil warga Nepal, Indonesia dan Bangladesh sebagai pekerja mereka.
Setiap kali aku memandu di bandar Batu Pahat, aku melihat bangunan dan gedung perniagaan yang terus bertambah dari semasa ke semasa. Bukankah itu semua datangnya daripada aktiviti berniaga? Mana bangunan yang dibina oleh orang-orang kita yang setia makan gaji itu?
Jadi yakinlah bahawa sabda Nabi Muhammad S.A.W bahawa 9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan. Kembalikan semula sejarah kegemilangan Melaka!
Pada suatu hari aku pernah tersesat ke satu kursus bisnes,di Jasin, ingatkan MLM rupa-rupanya SATU PELUANG YANG HEBAT untuk bumiputera menceburi perniagaan.
Kepada yang tercari-cari idea itu, klik web mereka. Mana tahu kehidupan anda bermula di situ?
7 ulasan:
Memang telah terbukti, dgn berniaga selain dapat pendapatan yang lebih ( kalau menjadila... )kita dapat menawarkan pekerjaan kepada orang lain... namun antara faktor yang menjadikan bangsa kita tidak mau berniaga ialah:
1. Takut tanggung risiko jika tak menjadi.
2. Makan gaji dah tentu hujung bulan insyaallah dapat gaji tapi berniaga belum tentu.
3. Malas nak deal dgn customer... tak sabar.
4. Malu nak mula...akhirnya tak mula.
FAKTOR2 DI ATAS JANGAN DIIKUT...
http://www.punb.com.my/ aNTARA BADAN YG BOLEH MEMBANTU ANDA sehingga berjaya. Yg penting komitmen
Aku memang dari kecik dah pandai berniaga.. Kat sekolah dulu aku jual ciku, jual pecal dan macam-macam lagi... Entah aku sorang je adik beradik yg tak tau mewarisi siapa... Bila anak dara aku berniaga kain baju. Dah kawin aku berniaga bugger, jamu-jamu, jam dan sekarang ni aku menjadi tukang jahit dan membuat tempahan karipap dan kuih muih... Semua tu perniagaankan.. Aku memang berharap aku akan berjaya dalam dunia perniagaan... Biarlah bermula dari bawah... Cari pengalaman sebanyak mungkin... Manalah tau sebelum aku mencecah 40tahun impian aku kesampaian nak jadi usahahawan wanita berjaya... Manalah taukan...
insyaAllah Anis..
aku ms kecik pun pernah berniaga, jual pelam belakang rumah pd kengkawan.. aku jual x mahal pun 10sen je sebiji ms sekolah agama.
klu nk sebut psl semangat berniaga anak2 ni... nmpknya ank sulung aku je yg berminat ke arah itu..dr kecik lg dia dh ckp...bila besar dia nk berniaga mcm abah. pernah la masa tadika tu.. kami dpt hadiah stiker yg agak byk dr family day sebuah kelab yg kami jd ahli...kami sangkakan dia simpan, rupanya...esok dia bagitau sticker2 dah takde..dia dah jual dgn kwn2 kt tadika...Ya Allah..kami nk marah pun x jadi.
One of our relative plak anknya dr kecik lg dah menjual hasil jahitannya like pencil case yg dia jahit sendiri.. mmg mengagumkan sbb ms tu umur budak tu baru je 5thn. Skrg ni dgrnya dia ambik upah dr kengkawan bukakan akaun FB utk kwn2 yg buta IT, tak mahal dia caj...RM1 je but I am so proud of her dgn inisiatifnya tu...
klu tanya Qistina ttg cita2nya..dia mmg berbeza dgn Ain sbb dia kata dia nk jd CIKGU! Itu kami tak halang klu dh jd minat dia.. Shashal terlalu kecil utk ditanyakan soalan ttg itu...but I do hope dia pun akan ikut jejak ayahnya.
Utk aku sendiri... aku rasa aku selesa dgn bisnes on line ni. Memang itu yg pernah aku doa2 ms di tanah suci supaya Allah turunkan aku satu perniagaan yg tidak memerlukan aku meninggalkan rumah & meninggalkan ank2 tersayang..bersyukur kehadrat-Nya. Alhamdulilah.
Yang aku nak tergelak tu anak laki aku si Syahir tu bila aku tanya nak jadi apa besar nanti... Dia jawab apa tau? Syahir nak jadi superman bila besar nanti. Gelak kami dengar... Dia kata boleh tengok bulan dan terbang-terbang.
bukan je ko yg gelak... aku pun dah tergelak ni....hahahahha (ulang 50x)
Eh SUPERMAN? lagu Aku bukan SUPERMAN TENGAH NGETOP SIH!
Catat Ulasan