MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Isnin, 15 Februari 2010

KISAH KELEBIHAN AYAT SERIBU DINAR




Dikisahkan salah seorang hartawan bermimpi dalam tidurnya bahawa seorang lelaki datang kepadanya lalu berkata," Beramallah dengan hartamu sebanyak seribu dinar kepada fakir miskin yang banyak berkeliaran meminta-minta." Kerana mimpi ini berulang-ulang datangnya, maka dilaksanakan apa yang dimimpikannya itu iaitu memberi sedekah kepada fakir miskin sebanyak seribu dinar.

Pada suatu malam, dia bermimpi pula bahawa lelaki itu datang lagi kepadanya dan mengajarkan
beberapa kalimat ayat-ayat Al-Quran (Ayat Seribu Dinar) dianjurkan agar dibaca dan diamalkan setiap pagi dan petang. Maka Allah akan melepaskan daripada bahaya yang akan menimpa diri.

Setelah hartawan itu bangun daripada tidurnya, ia memikirkan dengan penuh perhatian apa yang ia dapati dalam mimpinya seolah-olah ada hubungan dengan mimpinya yang terdahulu. Maka dengan tidak ragu-ragu dibacanya dan diamalkannya kerana kalimat-kalimat itu adalah ayat Quran yang tidak diragukan lagi kebaikannya.

Tidak lama kemudian, hartawan tersebut berada dalam suatu pelayaran dengan menumpang sebuah kapal layar. Ia membawa barang dagangannya. Setelah kapal itu berada di tengah-tengah laut yang luas, maka bertiuplah angin taufan yang kuat sehingga menyebabkan laut menjadi bergelora. Kapal layar itu terumbang-ambing mengikut pergerakan air laut yang bergelombang besar. Semua penumpang menjadi cemas dan takut.

Hari mulai malam dan hujan turun dengan lebat sekali. Tetapi si hartawan tetap tenang dan mengharapkan pertolongan Allah SWT sambil membaca ayat-ayat yang diberi dalam mimpinya itu.

Nakhoda dan anak kapal berusaha sekuat tenaga untuk menyelamatkan kapal dan penumpangnya tetapi keadaan semakin runcing dan bertambah dahsyat. Akhirnya kapal layar itu terhempas pada sebuah batu karang dan pecah.

Walau bagaimanapun, sihartawan telah terdampar di tepi pantai dalam keadaan selamat bersama-sama harta dagangannya.

Demikianlah khasiat ayat yang diterimanya dalam mimpi, dan oleh sebab dia beramal dengan seribu dinar, lalu ayat-ayat itu disebut 'Ayat Seribu Dinar'.

1 ulasan:

tunbegia berkata...

apa ayat-ayat itu bang?

salamm,