MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Selasa, 30 Mac 2010

BERJUANGLAH SELAGI ADA NYAWA

Assalamualaikum semua!

Sudah 15 hari aku menyepi diri

Kini aku kembali di sini

Halim Othman pernah bertapa

Lebih lama daripada aku

Orang mengata dia itu dan ini

Kini, dia kembali mengganas di Suria FM

Aku kehilangan semangat juang seketika

Teman baikku, Masrom call aku suatu pagi

“ Kau buat apa awal pagi ni?”

“ Tidur”

“ Di mana semangat kau?”

“ Aku dah penat mengejar dunia”

“ Kalau kekayaan yang kau cari, adalah satu kesilapan. Jika kau gagal, kau akan kecewa”

“ Benar kata kau itu. “

Kesibukan kerja dan anak-anak menjadikan jadual harianku begitu padat. Kadang-kadang aku cuma dapat berehat jam 11.00 malam. Kelas malam untuk UPSR pun telah bermula. Di sekolah mana pun, aku tetap diletakkan di barisan depan (murid-murid yang menghadapi peperiksaan penting.) Sewaktu bertugas di sekolah menengah dulu pun begitu jua. Justeru, aku mesti sentiasa bersemangat.

“ Kamu mengambil peperiksaan pada tahun ini sahaja. Tetapi guru-guru kamu yang mengajar tahun 6 ini, setiap tahun seolah-olah mengambil peperiksaan” Begitulah yang aku perkatakan kepada anak-anak didikku yang belum mengerti apa-apa itu .

Saya teringat novel Keluarga Gerilya, tulisan Ananta Toer, antara yang dibicarakan oleh Salamah watak utama novel itu ,

‘’ Anakku, zaman ini bukan untuk orang bodoh”

Maksudnya sesiapa yang kurang ilmunya, sekarang akan diperalatkan oleh orang yang punya kuasa dan kekayaan. Nasib malang yang menimpa penduduk setinggan seperti yang dilaporkan oleh blog Mummy Gee itu sangat meruntun hati, melainkn hati manusia yng sudah hitam.

7 ulasan:

SAM73 berkata...

dah hensem pun blog!

Mama Miraki berkata...

yeahhhhh selamat kembali berblog ye....

MSOM berkata...

Tkasih Sam! Blog pun hensem?

MSOM berkata...

Ya tengah cari berita ni Miraki

Mama Miraki berkata...

tapi kucing ni lagi hensem kot

~ Mummy Gee ~ berkata...

welcome come home cikgu ... lari dah semua anak gajak ngan anak rimau kat semak2 tu....heehhe

MSOM berkata...

Tkasih Mummy Gee. Macam rumah kalian kat warung Abas, kadang2 meriah, kadang2 tak ada orang, bgitulah adanya