Selasa, 27 April 2010

AKU MASIH SIBUK LAGI MELAYAN ALIFF ISKANDAR



Sesekali mempamerkan diri



Assalamualaikum sahabatku. Penat betul aku dua minggu ini. Paling aku kena sabar ialah tentang masalah catuan air. Paling siksa semasa basuh pingganlah. Rasa seperti nak guna pinggan pakai buang sahaja.



Betullah tu, kedaan alam. Inikan ujian Allah! Tetapi sahabat, hujan mencurah-curah setiap hari, malangnya, air tetap dicatu. Entah apa sudah jadi? SAJH tolonglah atasi segera. Catuan ini agak menyiksakan.




Gambar ini agak-agak kat mana? Apa lagi...ini kat Parit Sulong da.....! Tak kuasa aku nak bershoping di bandar tu. Masa begitu padat. Yang balik sekolah jam 4.30 pun ada. Ni ha budaknya....Ili Nabilah.



Aku kena bawa dia ke kedai ini sebab, dialah yang pandai memilih baju-baju tambahan adik barunya Aliff Iskandar tu. Ada orang mesej aku, mana gambar Aliff Iskandar yang terbaru? Buat masa ini ......sahabat-sahabat.....Puan Hamidah dan Aliff aku rehatkan. Takut kesan-kesan snap kamera mengganggu kulit?





Aksi kami mengambil gambar di kedai kanak-kanak ini pasti masuk CCTV kedai ini. Gasaklah diakan? Asal ada gambar baru.

16 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

ok la jugak ko ada cameragirl yg sporting (Illa tu la)..aku ni klu gi mana2 budak2 tu aku suruh ambik gmbr pun merungut....sib baik la si Shashal tu sporting sikit berbanding kakak2nya.

Eh..ko beli je la tempayan mcm mak2 kita zmn dulu, mertua aku pun buat mcm tu...so far, even takde air..masih "selesa" la jugak ada air kt tempayan, pastu besen2 besar..tupperware, segala benda yg boleh diisi dgn air tu ko penuhka je la masa hujan tu.

ONE ZABA berkata...

ko guna la daun pisang...nasi pun bau wangi.

tun begia berkata...

wah, sungguh rajin kakaknya memilih baju untuk adik barunya kanns,

salamm,

Siti Indrawati berkata...

Salam Cikgu..tempt shopping ni memg biasa saya g beli brg anak2 bila kg suami kat bt16 suku..

MSOM berkata...

Sam,
masalah aku ialah aku tak larat nak mencurah air menggunakan pencedok. Daripada hidup yg selesa kini agak menyiksakan.

Tong ada disediakan. Tapi nak basuh baju bagaimana? Kena bilas satu persatu...tu yang aku tak sanggup makcik oi....

MSOM berkata...

OneZaba,

Kebetulan depan rumah aku ada 3 batang pokok pisang. Ok
esok aku akan mula praktikkan cadangan bernas ente itu.

MSOM berkata...

Tun Begia,

Mendidik anaklah kannns kena mula dari sekaranggggssss.

MSOM berkata...

Siti Indrawati,

Popular juga pekan kecil tempat tinggalku ini.....!

comeisari berkata...

ye la agak menyiksakan..minggu lepas aku blk kg 3 hari...dah la panas, air x de pulak..nak mandi puas2 tunggu air keluar dulu...nasib baik tutup 24 jam je pastu bukak blk...kalau tutup 1 minggu mcmana??????

tapi aku bwk baju byk le..sbb dah tau bercatu sure x leh nak basuh kat kg...

YIN berkata...

Walau pun Pt Sulong tak seindah mana... namun pantang dengar ada adik beradik nak balik kg... mesti balik punya. "Tempat jatuh lagi kan dikenang". Dulu mintak transfer Pt Sulong tapi tak ada kekosongan sampai dah beli rumah kat Kulai dan jadi Wong Khoo Lai

meowwmania berkata...

tahniah utk si kecil yg comel

MSOM berkata...

Comeisari,
Kan tasik tu belakang rumah jer. Mandilah kat situ, kedebang kedebung.

MSOM berkata...

En Baharin,
Mohon je, dapat tak dapat kemudian kira. Boleh kita mengeteh di warung Abas selalu.

MSOM berkata...

Meowwmania,

Tkasih julung-julung kalinya hadir ke sini.

YIN berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
YIN berkata...

Setakat ini tak terfikir nak balik Pt Sulong kecuali ada offer jadi pengetua ke... PPD Batu Pahat ke.... (berangan le tu). Kalau ini terjadi alamat orang Batu Pahat berdemontrasi menentang... ye la kat Batu Pahat kan ramai guru-guru senior yang dah DG48/52 tapi belum dapat jadi pengetua lagi.