MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Khamis, 1 April 2010

KUTEMUI SEORANG BLOGGER HEBAT

Malam tadi aku dirayu-rayu seorang kawan aku untuk ke warung Nasi Ayam Pak Dollah Pt Laman Parit Sulong (yang kini dikendalikan oleh anaknya Cikgu Yusri). Jadual yang padat menyebabkankan cuma malam sahaja aku dapat berjumpa kawan-kawan. Jam 10.00 malam, aku tiba di situ. Sdra Ann mengemukakan masalahnya untuk menukarkan tempalete blog MEKAR FMnya kepada template yang lebih menarik.



Di hadapan Ann, ada seorang brader yang memperkenalkan dirinya sebagai abang Mail. Aku ingatkan mereka saling mengenal. Tetapi rupanya mereka baru terjumpa malam itu.Daripada perbualan aku dengan Abang Mail, aku dapat mengagak beliau bukan sebarangan orang.Ramai orang ke warung Allhyarham Pak Dollah kerana di situ ada line WiFi



Lalu dengan rendah diri dia menunjukkan blognya. Subhanallah! Semua dalam bahasa Inggeris.Dia kata dia tidur pun dapat duit. Dia menunjukkan pendapatan Google Adsense. Wau! RM 800.00 - RM 1000.00 sebulan! Dia tunjukkan akaun Google Adsensenya.



Dia ada ajar kami tentang bagaimana hendak menjadikan blog kita dalam rangking top 10. Bagaimana hendak menarik trafic-hit. Kenapa Google Adsense ban blog kita? Dan pelbagai-bagai lagi. Pening aku dibuatnya. Pesan dia kalau ada pasang iklan Adsense dan Nufnang jangan cuba-cuba hendak tipu dengan pakatan klik. Mereka lebih arif tentang itu.


Dia juga boleh ajar bagaimana hendak buat template sendiri. Mak datuk! Hebatnya dia? Siapa dia ni? Dia kata cari search engine cari BLOGGER BUSTER di situ semua diajar. Pesan dia, semua kena sabar. Bukan dalam masa yang singkat anda boleh berjaya. Tetapi hasilnya akan nampak dalam masa setahun selepas itu.


Entry pula kalau boleh dalam Bahasa Inggeris. Itu tidak susah....palagiat secara berhemah buku-buku di pasaran. Yang penting key word mesti hebat. Barulah dalam satu hari ada beribu-ribu pengunjung dari seantero dunia ke blog kalian! Blog aku satu hari cuma 40 pengunjung sahaja, bagaimana hendak dapat income yang banyak seperti itu. Nasib baik aku ada BISNESS SENDIRI yang diiklankan, kalau tidak sudah lama aku padam blog ini.


Ann yang masih baru dalam membina blog sudah pening dengan penerangan Abang Mail yang memakan masa cuma 30 minit itu. Pertemuan tidak sengaja dengannya, aku rasakan sangat berkualiti.


Ann kata, " Cikgu, saya nak buat yang asas-asas ini dahulu. Tutorial dia malam ini terlalu tinggi buat saya. Cukuplah saya guna template Pyzam.com ini"

Abang Mail sibuk orangnya, 30 minit bercakap, dia bersalaman dengan kami.

" Boleh tak saya belajar dengan abang Mail bila-bila?"

" Satu je, apabila kena marah dengan aku,kau kena tahan, kalau tak, tak payah belajar".

Siapa abang Mail? Daripada gayanya,dan melihat cara dia bercakap, dia lulusan luar negara. Malangnya aku tidak membawa kamera untuk merakamkan wajahnya.

1 ulasan:

SAM73 berkata...

mana la tahu kalau2 rezeki ko dlm berblog...teruskan "menggali"...