Khamis, 29 September 2011

NAK GELANG EMAS......!



Setelah study tentang emas daripada internet dan petikan majalah dan akhbar, aku dah tahu serba sedikit tentang emas. Harga Syawal tahun ini merupakan harga yang tak pernah terfikir sejauh itu. Bayangkan harga emas 916 telah melebihi RM 185 segram!


Namun, mulai dua tiga hari ni harga emas menjunam dengan tiba-tiba! Bayangkan, pada Isnin 19 Sept harga emas 99.5 (Kuwait Finance House) berharga RM 185 segram, pagi tadi tinggal RM 167 dan petang tadi cuba bangkit ke RM 170 segram.


Baru beberapa minit tadi, graf emas di KITCO masih tak stabil. Pakar-pakar meramalkan dua perkara. Ada yang kata akan turun sehingga 1500 USD seaun, sedangkan beberapa minggu lepas mencatatkan harga hampir 1900 USD seaun.
Terdapat pula satu pihak meramalkan, penurunan harga ini sementara, dan harga emas akan naik semula pada minggu-minggu akan datang.
 
Kesimpulannya, sekarang inilah masanya untuk kita MEMBELI EMAS! Sama ada barang kemas atau emas jongkong 99.9. Tak lama lagi Deepavali akan menjelma, jutaan umat manusia di India akan menyumbangkan kenaikan harga emas. Masa tulah pula kita boleh jual? Tengoklah mereka bergaya dengan emas, sampai penuh di tangan, leher, kaki!


Akhir kata, harga emas ini tidak ada sesiapapun yang boleh tentukan. Sama ada Amerika, atau kuasa ekonomi yang lain. Pelik kan?


Keadaan harga emas dalam RM di kedai-kedai emas di Malaysia minggu ini.
Harga tak sama antara satu kedai dengan kedai yang lain. Namun perbezaan tidak begitu jauh.


Namun yang di bawah ini 
LEBIH MAHAL DARIPADA EMAS NILAINYA
kerana kesihatan yang baik adalah penting dalam kehidupan ini

KAPSUL KELAPA DARA + HABATUSAUDA
DUA DALAM SATU RM 40 SAHAJA 80 BIJI


14 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Yup... sapa2 yg nak kawin tu cepat2lah beli emas sebelum naik semula...

~ Mummy Gee ~ berkata...

Semalam dah tambah beli lagi 20kg emas...
Cukup kut untuk kegunaan masa pencen nanti... Hahahahha

che mid berkata...

Dah dua tiga hari CHe Mid cari loket emas yang dah lama sangat tak pakai.. tak jumpa lagi ni.. meh tolong carik!

Sz berkata...

buat masa ni saya mampu tengok keta kaler emas saya ni je la cikgu...kekekee

MAT SOM berkata...

MM betul tu, sape2 yg nak kahwin Disember 2011 ni, minggu inilah MASA yang terbaik utk membeli barang kemas tersebut. Esok lusa kita tak tau.

MAT SOM berkata...

Mummy Gee, banyak dahsyat tu.
Saya percaya MG mampu sangat.

Katakan 1 garam sekarang RM 170.
Masa pencen tu harga emas mungkin RM 400. Dah untung RM 230 satu gram.

20 kg sama dgn 20 000 gram X RM 230
Untung BERSIH Drp kenaikan itu
RM 4 600 000 wauuuu! Juta-juta tu MG....!

MAT SOM berkata...

CHE MID, kalau jumpa nak bagi berapa kat kita orang? RASANYA LOKET tu sekarang dah RM 3000!

MAT SOM berkata...

Pn Suzianti
Buat permulaan alihkan simpanan anak-anak 3 orang tu ke Simpanan Emas di Kuwait Finance House. Katakan harga sekarang, ketika Syabil kecik ni, harga masih RM 170 satu gram.

Ketika Syabil berumur 18 tahun nanti, agak-agak harga emas berapa satu gram? Katakanlah RM 300...Tak ke kaya budak tu nanti kalau terkumpul sampai 500 gram? Dah boleh buka bisnes, atau buat deposit beli rumah?

MAT SOM berkata...

Mummy Gee
Saya telah membuat tinjauan kedai emas di Pt Sulong pun dah jual Jongkong EMAS Swiss....ingat cokia ke pekan PS ni.

Buat SZ tadi, di Kuwait FH, jika kita simpan emas di bank itu, kita tak dikenakan bayaran apa-apa.

Masih teringat seorang wanita berkata di TV 9 tempoh hari. EMAS ADALAH MAGNET KEKAYAAN. Belilah walau sedikit, lama-lama ia akan menarik emas yang lebih banyak. Mulailah dengan membeli satu siling emas!

cinnamon.com berkata...

saya tak suka pakai perhiasan ni..tambah lg emas..simpan,nak kena bayar zakat jugakan..pakai le sekali-sekala..

MAT SOM berkata...

Cinnamon, keuntungan yg kita dapat, kita buat sebahagiannya utk bayar zakat...tapi kalau dipakai tak kena zakat kan?

Zakat bagus utk peningkatan ekonomi umat Islam dan menyburkan ekonomi kita juga.

oittt!!!sekolah atap jeee!!! berkata...

1.selagi puak kapitalis dan jahudi dok kuasai dan manipulasi pasaran dunia!susahlah nak senang dengan palaburan sahamka!emaska!depa semua yang dok tentukan naikturun harga emas tu!
2.bayangkan sebulan dulu beli emas berharga 100ka!mingguni menjunam 20%!tinggai 80k jee!lesap 20k!susah hati la!silap-silap boleh meroyan!
3.kalau ada duit lebih simpan je dalam tabung haji!tak payah pikiaq tentang zakat!tentang graf harga emas tiap-tiap hari!!
4.yang penting!tidoq malam tak letak tangan atas dahi noo!!

MAT SOM berkata...

LUTH pun bagi sikit sangat. Dah berpuluh tahun tak naik2 ni apa citer?

MAT SOM berkata...

Perbezaan:

Kalau melabur dlm bursa saham, apabila harga saham turun, memang duit akan lesap.

Jika melabur emas, hari ini turun, emas tak akan hilang. 100 gram tetap masih 100 gram. Kita tunggu harga naik...setahun...2 tahun....harga akan lebih tinggi daripada harga hari ini. Itu bezanya.