MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Rabu, 22 Ogos 2012

KUNJUNGAN BLOGGER ADIK-BERADIK KE TERATAKKU

Semalam Raya ketiga. Dalam perancangan kami, Raya pertama, kedua dan ketiga nak penuhkan dengan aktiviti ziarah. Oleh sebab pada hari Isnin iaitu pada hari raya kedua kami dah over sangat, malam pulak datang Kumpulan Marhaban Simpang Tiga, maka raya ketiga dah penat sangatlah. 

Jadi pagi kami masak-masak, mana tau ada orang datang. Pagi tu pukul 9.00 muncullah kawan aku Masrom Jais dengan keluarganya. Kemudian datang pula Ustaz Azahar. Cuma yang pelik tak ada lagi budak-budak berbasikal ramai-ramai macam raya tiga empat tahun lepas. Agaknya ada siaran menarik di TV, atau di rumah masing-masing dah menghadap Facebook, atau sedang asyik main game PS3.

Tengah hari, aku terlelap. Bangun-bangun aku lihat handphone. Ada beberapa nombor yang call aku rupa-rupanya. Aku call balik, dia tak angkat. Beberapa minit kemudian dia call aku. Blogger Mama Miraki rupa-rupanya!

Sejarah aku berkenalan dengan blogger adik-beradik ni  dah bermula sejak awal 2009. Mereka rajin komen kat blog aku, dan aku pun selalu komen kat blog mereka. Pendek kata kami ni cuma kenal melalui alam blog. 

Blogger-blogger yang tersebut ialah:

  1. YIN-WONG KHOO LAI (CIKGUBAHREYN)
  2. MUMMY GEE (PN FAUZIAH)
  3. MAMA MIRAKI (PN ZAINAB) 

Sementara menunggu mereka, aku nak test jurukamera aku ni,ok ke tidak. Kalau tetamu lain, aku tak risau. Tetamu blogger ni aku risau. Tempat persembunyian aku telah dijejaki....huhuhu.. Satu lagi yang aku risau, mereka ni pakar masak-memasak...    
 Malangnya semasa mereka mula masuk ke rumah aku, jurukamera aku gagal untuk menjalankan tugas yang diamanahkan......Dah duduk baru dia berani mengambil gambar tetamu istimewa ni
Anak-anak mereka Iki, Ika, Dafiy, Daniel selalu nampak dalam blog saja..

 Mummy Gee (berbaju hijau),dan Mama Miraki (berbaju merah)....tenguk tu, dia snap sana,snap sini, habislah aku.....hahahahahaha

Sihatnya mata dia...
Snap apa tu Mama Miraki? 


 En Wan suami Mummy Gee

 Adik Dafiy
 Adik Amer

Tkasihle sudi ke rumah saya....Ah...biasa tu
 Blogger Wong Khoo Lai....alhamdulillah dah sihat sangat....
 Suami Mama Miraki En Sa'idun...(betul ke ejaan ni)

 Jurukamera terketaq-ketaq pulak ambik gambaq penting ni


Isteriku Hamidah

Berbilion terima kasih atas kesudian kalian mencemar tayar kereta kalian ke teratak kecil kami. Jangan serik, raya tahun depan datang lagi, Insya Allah

Dua jam kemudian kami membuat

KUNJUNGAN BALAS AKU KE MARKAS MEREKA DI BATU 21

Lapan keluarga berkumpul di rumah pusaka ayah dan ibu mereka..ada lebih 60 orang semuanya termasuk anak, cucu, cicit....memang ramai dan meriah. Ramai yang menetap di KL, dua di JB, sorang saja yang duduk di Muar. Tapi kat sini aku tak berapa ambik gambar, sebab seganle nak snap snap...mereka ada 4 blogger tegar, berlawan dengan aku sorang....
Dua blogger tegar, seperti yang aku bayangkan, mereka adik-beradik ni memang peramah giler
 Datin....

BBQ yang mabless
 Amer lagi....
Daun Selasih Daun Keladi, Terima kasih,kita jumpa lagi....

LAGI GAMBAR-GAMBAR RAYA 2012-KLIK

14 ulasan:

Knor berkata...

MERIAHNYA...BBQ YG MABLOUS...EEMMM COMEL ISTERINYA.

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Waaa seronoknyaaa dpt jumpa diorang. Tak sia2 berblog, dpt ramai kwn kann?

Mat Som berkata...

Knor
Hmmm...meriah jumpa blogger2 peramah ni K.NOR...

sATU MASA kita pula sama berkunjung

Mat Som berkata...

Sam MM
Mereka semua bertanya tentang MM
Puas aku call, kau matikan hand phone
Geram betul, aku

Kalau tak, lagi meriah

boni kacak berkata...

wah..bestnya.. meriah gitu!!! syok nya lah kan adat kunjung mengunjung ni..hehehe

Mat Som berkata...

Tradisi zaman berzaman ni harus kita kekalkan utk menyerikan kehidupan kita Boni

Mama Miraki berkata...

wahhhh Msom dah update blog ler...hehehhe saya baru sampai KL malam ni...hehehe..apa pun memang meriah beraya kali ni..walaupun berkenalan hanya melalui Blog...tapi macam dah lama kenal...

Mama Janet berkata...

nanti2....tunggu ye bila2 saya ronda2 kat simpang 3...akan sy intip tempat persembunyian MS.

Mat Som berkata...

Mama Miraki

Malam tu balik dari Homestay kalian, saya terus upload gambar2 ni.

Tkasih, tkasih

Mat Som berkata...

Mama Janet

Awas, kawasan ni dipenuhi dengan CCTV

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

Selamat Hari Raya,sekali berjumpa dialam realiti rasa seronok sangat.
Biasa kita jumpa di alam cyber...semoga persahabatan kekal abadi.

~ Mummy Gee ~ berkata...

Terima kasih pada MS dan isteri. MMirror kita lebih dulu datang rumah MS tau... jangan mare...

Mat Som berkata...

Cikgu Bahreyn
Ada masa kita borak2 di warung Abas.
Kalau tak boleh minum air manis, minum air sejuk pun Abas tak kisah.

Mat Som berkata...

Mummy Gee
Puan Miss Mirror ni entah ke mana, terus tak dapat dikesan.