Khamis, 9 Ogos 2012

OBSESS HANYA UNTUK ALLAH

Sudah beberapa hari tidak mencatat di sini, bukan bermakna aku menternak labah-labah. 

Shila Hamzah bertudung, tahniah! Nampak sungguh anggun


Izinkan aku untuk berbicara tentang obsess, iaitu yang mempunyai makna memikirkan dengan penuh taksub akan sesuatu, atau asyik sangat dengan sesuatu. Khabarnya perkataan ini belum diperakui dalam Kamus Dewan, entahle, belum tengok.

Okey, kita lihat dalam hidup kita ni kita obsess tentang apa? Ada orang obsess dengan pekerjaan mereka, sehingga hal anak dan pasangan menjadi nombor 2.

Obsess dengan speaker kereta pun ada
Ada yang obses dengan hobi, hingga sanggup mengeluarkan duit, hatta meminjam bank kerana itu.

Ada yang obsess dengan memancing contohnya, sehingga lupa tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Ada yang isteri sakit jantung, jiran yang hantar ke hospital. Dia sibuk memancing dengan kawan-kawan. Kalau dapat ikan tak apalah juga.

Ada pula anak sakit dah empat hari kat hospital pun malas nak jengok. Dia kata sibuk memancing, ikan tengah banyak. (Ini semua cerita benar, bukan rekaan. Ia berlaku di sekeliling aku).

Satu lagi obsess tentang kecantikan. Macam-macamlah jenama produk kecantikan dibelinya. Bagus tu, kalau kecantikan itu khas untuk suami. 

Kita juga tidak boleh obsess dengan kecintaan kita terhadap sesama manusia di sekeliling kehidupan kita, kerana mereka satu masa akan meninggalkan kita. Obsess hanya untuk Allah.

Pada satu waktu nanti, kecantikan anda akan pudar (dan itu pasti). Dan jika anda obsess akan hal itu, kebahagiaan anda juga akan turut pudar bersamanya. 

Justeru, obsess hanya untuk kecintaan kepada Allah, anda akan bahagia selama-lamanya.

"Wahai kaum Muslimin! Barangsiapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad telah mati. Tetapi barangsiapa yang menyembah Allah maka Allah selama-lamanya hidup tidak mati" Kata Saidina Abu Bakar As-siddiq sewaktu kewafatan Rasulullah S.A.W.


8 ulasan:

Pida berkata...

Saya takde obses terhadap apa-apa. Cuma minat mendalam je pada sesuatu perkara. Obses tu dah tahap penasaran dah.

Kayu Manis berkata...

saya obses kpd mendidik anak ke arah kecemerlangan dunia akhirat.

setiap mlm saya kejut anak2 solat tahajud..setiap hari baca al-quran,tafsir..hari2 saya pantau solat mereka trutama yg kecil2.salah saya betulkan.harap2 mereka menjadi anak2 yg soleh dan solehah

Mat Som Sadona berkata...

Penasaran Pida?

Teringat lagu lama
dari Indonesia

penasaran

Mat Som Sadona berkata...

Kalaulah semua ibu di Msia ni macam K.Nor ni, aman damai negara ni.

Tahniah K.Nor

aza ni berkata...

entahlah cikguu...saya ni sederhana dari segala segi...itu yg payah nak cemerlang....

Unknown berkata...

saya suka statement ni. --> Kita juga tidak boleh obsess dengan kecintaan kita terhadap sesama manusia di sekeliling kehidupan kita, kerana mereka satu masa akan meninggalkan kita. Obsess hanya untuk Allah.

Pada satu waktu nanti, kecantikan anda akan pudar (dan itu pasti). Dan jika anda obsess akan hal itu, kebahagiaan anda juga akan turut pudar bersamanya.

kecantikan akan pudar. Ia tak kekal.. thanks ye bro sebab mengingatkan saya sesuatu yang penting sebegini..

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

As salam Cikgu Mat Som,

Ade juga org yg terlalu obses dgn diri sendiri... memuja diri sendiri...ermmm...

Ber'internet' juga boleh jd obses kalau tak dikawal...

Setakat harini, sy rs sy pun tak tahu sy obses dgn apa... sb sy bkn jenis yg setia bila buat sesuatu..hehee

Tp skrg sdg berusaha 'obses' utk mendapat redhaNYA...lg2 di sepuluh terakhir Ramadhan ni... Moga kita semua ketemu dgn malam lailatul qadar... insya'ALLAH...Ameen :)