SUBHANALLAHHHHH.......ALLAHU AKBAR!
Tiba di 'Tempat Kerja' aku disambut dengan suasana kelam-kabut. Jam menunjukkan jam 7.20 pagi, tetapi suasana bak pukul 10.00 malam. Berderau juga perasaan, sejak mengajar di sini 9 tahun lalu, tidak pernah mengalami suasana seperti ini. (Namun apabila diupload di sini, suasana gelap itu tidak terserlah. Nampak terang tak ada apa-apa. Ini mungkin sistem pencahayaan di kameraku yang tidak betul).
Kebimbangan itu sirna menjelang jam 8.00 pagi, apabila suria kembali memancar. Ia memang sungguh menakjubkan. Jalan raya juga turut hiruk-pikuk dan masing-masing gundah-gulana, bimbang tidak sempat sampai ke tempat yang dituju, terutamanya yang menunggang motosikal.
Terima kasih BURHAN kerana memudahkan penguplodan video ini.
3 ulasan:
jerebu yee kang.. uhhuu
ada masa2 nya elok kita di duga dgn bencana alam..sentap sikit.
JB terang benderang plak.
Patut la smlm masa tepon Ustazah S.A, dgr background bunyi hujan lebat sgt.
Catat Ulasan