Sabtu, 11 Ogos 2012

16, 17 Ogos cuti sekolah berganti sempena Aidilfitri



KUALA LUMPUR - Jemaah Menteri bersetuju supaya 16 dan 17 Ogos ditetapkan sebagai cuti berganti persekolahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 19 Ogos.

Perkara itu dipersetujui pada mesyuarat Kabinet pada Rabu lepas, kata Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan semalam.
"Dengan ini, semua pihak mempunyai tempoh masa mencukupi bagi merancang perjalanan pulang dan seterusnya dapat mengurangkan kesesakan jalan raya," katanya.
Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran membenarkan sekolah untuk memohon cuti berganti melalui pendaftar masing-masing untuk kelulusan.
Bagi tujuan penyelarasan, kementerian mencadangkan supaya cuti berganti persekolahan 16 Ogos diganti pada Sabtu, 8 September manakala cuti 17 Ogos diganti pada Sabtu, 22 September.
sumber kosmo


Kalau ikut aku, aku tak suka cuti berganti ni, kerana kesannya nanti kami akan kerja 6 hari seminggu selepas raya tu. Tetapi, memikirkan para sahabat yang nak balik kampung ke Kelantan, Kedah, Trengganu tu, keputusan kabinet itu adalah tepat. Tak adalah nanti suami cuti, isteri kena kerja. Maklumlah ada segelitir guru besar dan pengetua yang gila kuasa, dengan memaksa guru-guru mereka dan pelajar mereka bersekolah pada tarikh tersebut. Apabila arahan ini datang daripada kerajaan, memang sangat-sangat tepat dan sesiapa pun tidak boleh engkar dengan arahan bercuti itu.

2 ulasan:

Unknown berkata...

yang penting, berhati2 di jalan raya..hehee

aza ni berkata...

ya cikgu...selamat berhari raya dan pandu cermat...