Ahad, 12 Ogos 2012

MENJELANG HARI RAYA

Saat seminggu nak raya beginilah yang paling seronok bagi aku. Kalau dah tiba raya yang sebenar, badan dah penat. Penat makan sana, penat makan sini. Layan tetamu tak henti-henti. Tetapi silalah datang, kalau lalu sini. Boleh aku gorengkan keladi. Atau nasi dengan ikan masin tenggiri.

Dari semalam nak pergi bandar Batu Pahat, tak pergi-pergi. Tadi pukul 5.00 petang aku bawak dia orang ronda-ronda Batu Pahat. Nak pergi Karfour, ramai sangat orang di sana, nak parking pun susah, jadi aku ke Jalan Rugayah ni. Terletaknya The Store yang lama tu. Yang parkingnya luas sekali dan free.

Nak  layan anak-anak ni ha, cari bajulah, kasutlah. Aku pulak nak cari kamera elok sikit, bukanlah DSLRlah, nak jimat duit. Kamera digital biasa aje. Aku kan suka kamera yang comel-comel macam Puan Fauziah Omar. Raya ni dapat harga promosi. Lagi pun semalam baru dapat cek Nufnang...Konon nak buat kenangan...Pic kat sini percubaan pertama kamera dengan sedikit duit Nufnang ni. Terima kasih Nufnang.
Keluar kedai dah tiba waktu berbuka, berbukalah kami dalam kereta. Makan cokelat dan air kotak kacang soya....lepas tu kami cepat pulang untuk mengejar waktu, nak solat Magrib....Nak singgah solat kat Mesjid, takut Aliff Iskandar buat larian 800 meter di dalam mesjid ..pukul 8.15 baru dapat menjamah ketupat punjungan daripada adik aku Siti yang duduk dengan emak aku kat Seri Medan tu.

7 ulasan:

encik cool berkata...

perh raya sakan nampak!!

boni kacak berkata...

cantik juga gambar dia tu bro walaupun bukan DSLR. saya pun ingat nak sambar satu la. susah tak ada kamera ni

~ Mummy Gee ~ berkata...

saya memang suka camera comel2 tu sebab senang nak tangkap gambar2 syok sendiri...hehehe... disamping tak mampu nak beli DSLR pun...huhuhu

mak encik | SZ berkata...

salam cikgu MS,
wahhh awalnya dapat punjungan ketupat!

Pida berkata...

Saya tak sabar nak balik kampung lepas baca entry ni. Menggamit-gamit gitu!

Knor berkata...

wah,rayanya cikgu..semoga sejahtera semua ye...semlm juga saya baru bershoping,selalunya sblm puasa lg dah beli...masa je yg tak ada..

pg dgn suami dan azhan yg lain tinggal..alamat semputlah mereka nanti..org mcm ulat.kak naik lrt aje..mudah dan cpt..lps solat sunat dhuha dah gerak..ingatkan awal2 org tak ramai sgt..rupa2nya...???sabar aje.kak bawa tali tape aje..heheh

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Ooo cek nuffnang dah sampai?. Tahniah2...