MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Rabu, 24 Oktober 2012

BERKORBAN DAN APA KATA MEREKA?


Dalam satu kuliah yang aku hadiri beberapa hari lalu, penceramah Ustaz Ishak   Nor telah mengingatkan kami, jangan kata mahal...untuk berkorban, sekurang-kurangnya satu bahagian lembu.

Satu bahagian harga lembu sekarang antara RM 400-450. Mahalkah dalam setahun untuk kita berkorban sebagai tanda ketaatan kita terhadap perintah Allah?

Ustaz Ishak mencadangkan supaya sehari simpan RM 1 di dalam tabung khas, kalau setahun dah terkumpul RM365.00. OKlah, sehari masuk tabung RM 1.00, kalau ada lebih sikit kita masuk RM 2. Insya Allah.....setahun cukuplah kita berkorban satu bahagian lembu. 

Ustaz menempelak para perokok, 

"Awak sanggup berkorban RM 10 sehari untuk rokok (setahun RM 3650.00,DAH DAPAT SEEKOR LEMBU!) Mengapa untuk ibadat kepada Allah, awak kata mahal?"

Bila kita nak berkorban? Nak tunggu bila? Umur semakin meningkat tua. Jangan tunggu duit banyak, baru nak berkorban...takut Malaikat Izrail dah nak cabut nyawa kita, nyawa dah sampai ditenggorokan, pada masa tu barulah kita nak buat...Tetapi segala-galanya telah terlambat! Begitulah nasihat beliau kepada kami. Terkedu para jamaah mendengarnya. 


Dalam akhbar tabloid MINGGUAN WARTA PERDANA minggu ini pula, ada tajuk yang hampir sama...MASYARAKAT JAHIL KURANG MINAT BERKORBAN.....

Aku petik sedikit daripada yang dipaparkan di situ untuk dikongsikan di sini. Sedikit saja yang penting-penting....

Ustaz Datuk Hasan Mahmud Al-Hafiz berkata, ibadah korban adalah satu manifestasi seorang manusia selaku hamba kepada Tuhannya. Allah SWT menyukai hambanya melakukan ibadah korban, sebagai tanda tunduk dan patuh kepada suruhanNya.

Ustazah Rohani Saad pula berkata, ibadah ini menggambarkan kesyukuran seorang hamba setelah mendapat nikmat yang begitu banyak seperti kesihatan, kebahagiaan, kekayaan,dan anugerah ilmu.

Seorang ustaz kerabat memberitahu aku, Katanya dengan kita melakukan ibadah korban, rezeki kita selepas itu akan melimpah-ruah. Yakinlah, Allah pasti memberi kita ganjaran dengan rezeki yang tidak terduga oleh kita. Kedamaian dan kebahagiaan rumahtangga juga rezeki yang kita tidak sedari.

Surah Al-Kaushar Ayat 1-2 bermaksud:

"Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)



6 ulasan:

boni kacak berkata...

betul jugak tu..simpan rm1 sehari rasanya pasti boleh kumpul untuk korban satu bahagian...

Herma Julianny berkata...

cikgu, raya haji sama dengan raya korban ke?

Wak Gelas™ berkata...

Kabare kang Matsom.. akeh banget kepayahan arek mareng kene..
wak njalok ngapuro seng podo2 angger eneng salah ehhh.yo;)

Mat Som berkata...

Boni
Kalau rezeki dah ada nanti
berkorbanlah sbagai tanda ketaatan kita kepada Allah

Mat Som berkata...

Betul Julanny

Hari Raya Aidil Adha juga dikenali sebagai Hari Raya Korban. Juga sebagai Raya Haji

Mat Som berkata...

Podo-podolah Wak Gelas.
Mbeleh lembu pirang ekor yo