Selasa, 9 Oktober 2012

AKU JADI HAKIM

Pagi ni seawal jam 6.45 pagi aku menerobosi embun pagi menuju ke SK Pt Raja berhampiran pekan Parit Raja. Maknanya minggu ni aku dah tiga kali mengunjungi pekan ini atas bidang kerja yang berbeza. Hari ni aku menjadi Hakim kepada pertandingan Graviti Area. Aku ingatkan apa benda? Pertandingan magnet ke apa?

Pertama kali aku menjejakkan kaki ke sini, aku begitu cemburu dengan bangunan sekolah ini yang nampak elit, dan lanskapnya yang boleh tahan. Bentuk bangunan sekolahnya agak terkini berbanding bentuk bangunan yang sedia ada di tempat lain.
Air terjun buatan di SK PT Raja
Tak dapat jadi Hakim Mahkamah, jadi hakim Graviti Area pun oklah juga.Bersama aku ada dua hakim lain bagi pertandingan ini.
Nasi lemak di sekolah ini juga sedap...! Itu yang penting. Makanan kegemaran aku pada waktu pagi. Malangnya kat sekolah aku tak ada.
Setelah menunggu selama dua jam setengah, Zon Senggarang menjadi Johan pertandingan Graviti Area. Pertandingan ini disertai oleh lapan zon bagi seluruh kawasan daerah Batu Pahat.Program pertandingan ini dikenali sebagai KEM BESTARI 1, MALAYSIA PRASEKOLAH, DAERAH BATU PAHAT 2012.

Sebenarnya dalam baner di atas, pelajar-pelajar pra ini tidak memaparkan konsep 1Malaysia yang dikehendaki. Namun markah kekemasan, kepelbagaian teknik, persembahan dapat mengalahkan zon-zon lain yang kelihatan kekurangan dari segi yang disebutkan itu.

Zon yang meenjadi johan ini akan mewakili Batu Pahat ke peringkat Negeri Johor pula.
Tema baner yang ini sebenarnya lebih menggambarkan 1Malaysia, namun kerana ia agak kurang kemas, maka Zon Bandar Batu Pahat telah menduduki Naib Johan bagi pertandingan Graviti Area yang julung-julung kali diadakan pada tahun ini.
Tempat ketiga dimenangi oleh Zon Penggaram....! Jika tiada tampalan, mungkin karya mereka memenangi pertandingan ini....Ok.....adik-adik pra kita di Batu Pahat, kalian memang hebat.....
Hadiah cenderamata untuk hakim, terima kasih banyak-banyak aduhai penganjur. Taklah rasa penat memandu jauh hari ini...!

5 ulasan:

Pida berkata...

Sebenarnya ini pertandingan apa? Hehehe

mak encik | SZ berkata...

ooo..graviti tu sama ngan grafitti kot ye ..

boni kacak berkata...

hahahaha..pertandingan magnet??hehehehe..

tahniah kepada sekolah yang menang.. bagus juga ada pertandingan2 macam ni,dapat mencungkil bakat anak2 muda kita..

Unknown berkata...

jadi, pertandingan apalah ni cikgu?
nak kata melukis, tak juga kan?
hehe..
cantik kawasan sekolah ni..=)

shinji izac berkata...

graviti area ke, graffiti area ?
hihihi...

aik, kenapa sekolah cikgu takde orang jual nasi lemak?