Sabtu, 6 Oktober 2012

NAK PINDAH? ENTAHLAH

SESEKALI SERI MEDAN BERKABUS PADA AWAL PAGI
Malam tadi aku bermimpi dipindahkan ke Putatan, Sabah....punyalah aku termenung, memikirkan hal anak-anak aku, isteri aku, emak aku ....kenapa tiba-tiba aku dicampakkan ke Putatan? Namanya mimpi, macam-macam boleh berlaku.

Bangun saja  aku teringat pemohonan pertukaran sekolah dah ditutup 30 September. Aku tetap tidak memohon untuk bertukar sekolah. 

Sejarah profesion aku, 1988 bermula di SMK Paloh, Kluang. 1995 berpindah ke SMK Convent, Batu Pahat. 1999 bertukar pula ke SMK Penghulu Saad. Sejak 2004, sehinggalah sekarang aku terus berada di SK Seri Pasir. 

Seingat aku baru sekali aku mohon bertukar di sekolah ini. Sebabnya ketika itu aku berkrisis dengan Penolong Kanan perempuan yang gila kuasa tu. Lepas tu, dah ok, tak ada apa-apa. Kerana tak tahan dengan kerenah aku dan kawan-kawan aku, dia pulak yang berpindah.

Pagi ni Sabtu......best, nak ronda-ronda di pekan PS. Melihat pasarnya. Nak beli sehelai dua baju...! 

2 ulasan:

boni kacak berkata...

hahaha.. kuasa majoriti mampu menjatuhkan kuasa besar yang menyalah gunakan kuasa..hehehe

Mat Som Sadona berkata...

Boni, org perempuan, kita lawan sikit,
dia menangis berjurai-jurai
hahahahaha!!!!