Ahad, 7 Oktober 2012

BEG TANGAN ALFIO RALDO

Pagi yang hening, seawal jam 8.00 pagi aku memulakan langkah...menemui bakal pembeli di Pt Lapis Sempadan dan Pt Surau, Pt Raja. Buka saja pintu....aku melihat dua pasang burung sedang bercanda di atas talian elektrik. Bagiku ia merupakan keajaiban Allah, kerana setiap kejadian itu hidup berpasang-pasangan. Ada siang, ada malam. Ada panas, ada hujan. Mesej utama yang ingin aku sampaikan ialah, kejadian alam ini sungguh menakjubkan! Subhanallah.. 
Memandu seorang diri, aku melamun ke sana-sini, akhirnya sampailah aku di Pt Lapis Sempadan. Nama aje Pt Lapis Sempadan, namun kampung itu telah dipenuhi taman-taman perumahan. Taman perumahan dalam desa yang permai. Kebanyakan kampung-kampung di Pt Raja telah dipenuhi taman perumahan seperti itu. 

Akhirnya muncul seorang gadis yang cute ditemani ibunya. Nak ambik gambarnya tak patutlah, emaknya ada kat sebelah dia...hahahahaha! Puas sudah aku mencari rumahnya, namun aku tidak berjaya menjumpainya. Akhirnya ibunya menghantarnya dengan menaiki Kancil. Dia membeli kapsul kelapa dara dengan hasrat untuk mengekalkan kecantikan luaran dan dalaman. Agaknya dia buat carian di Google, dan akhirnya terjerumus ke blog aku yang meraban ini....! Kemudian aku menuju ke Pt Surau, pelanggan tetap aku Encik Osman menanti dengan tujuan untuk membeli beberapa produk minyak kelapa dara. 

Terasa lapar, aku berhenti di gerai makanan simpang Pt Botak, yang popular dengan sup kambingnya. Namun pagi ini, yang ada sarapan biasa, nasi lemak, mi rebus dan lain-lain. Kemudian, aku singgah di pasar ikan Pt Yaani. Harga ikan sini, masih murah berbanding di tempat lain. Aku beli untuk bekalan seminggu. 

1.30 petang, aku tiba di rumah. Selepas solat aku terlelap, dan terbangun dah petang. Kedua-dua orang anak perempuan aku mengajak aku ke Pasar Malam Taman Sri Sulong. Wokey.....Dua orang anak lelaki aku, hilang entah ke mana. Jadi, kami pergi bertiga sahaja. Puan Hamidah tak dapat ikut kerana Aliff sedang tidur nyenyak. 
Kalau ikutkan aku, memang kalau boleh jangan berasak-asak di pasar malam yang dipenuhi warga asing. Mereka ni pembawa pelbagai penyakit dunia ketiga, seperti batuk kering. Ada beberapa teman aku yang menderita kena penyakit tersebut. Berminggu-minggu duduk di hospital. Namun, kalau ikutkan sangat kebimbangan itu, kita hidup sentiasa dalam prasangka dan tidak bahagia.....tawakkal banyak-banyak.  

 Kawan aku DJ Amy, sudah menjadi peniaga tetap barang mainan. Kadang-kadang jadi DJ majlis jemputan di sekitar Batu 19,20,21, Jalan Muar.
Terjumpa bekas anak murid aku yang bahagia dengan anak-anak dan isterinya. Membuktikan yang aku sudah semakin tua. 
Orang jual batu hikmat, ramai yang teruja mendengar kepetahannya berkata-kata. Ingat, hati-hati. Jin ikut balik ke rumah nanti. 

Kalau tak minat dengan beg tangan di pasar malam, apa kata jengok blog aku yang satu lagi nih.... 
KLIK BEG TANGAN ALFIO RALDO
(MAAF, TIADA RUANG KOMEN UTK ENTRI INI, ENTRI IKLAN)