MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Jumaat, 19 Oktober 2012

HUJAN-HUJAN KAU DATANG LAGI....

Peperiksaan akhir tahun telah bermula,dan ada yang berakhir hari ini. Sekolah agama pula berakhir hujung minggu depan. Jumlah hari persekolahan yang tinggal, hanya kira-kira 14 hari sahaja lagi. Dan selepas itu anak-anak kita akan berpesta-pora.....hohoho........yiiiihaaaaaa!!!

Hujan menerjah seluruh mukim Simpang Kiri bermula empat hari yang lalu. Cuaca begitu dingin sekali. Burung-burung bermandi-manda di udara. Pohon-pohon kelihatan ceria, setelah berminggu-minggu menderita kepanasan bak musafir kehausan di Gurun Sahara.

Penjual air mula kerisauan, kerana jualan merudum dengan drastik sekali. Dan   aku pun tidak dapat ke mana-mana.....melainkan menyaksikan mutiara-mutiara hujan yang berjatuhan itu...

Insya Allah malam ni, aku bertandang ke blog kalian..... Lama dah tak berjalan-jalan. Sejak teman aku membuka stokis cadar dan pelbagai barang kegunaan rumah ni, aku telah mula menjual cadar pula. Mula-mula agak janggal juga, maklumlah dah bertahun-tahun dah sebati dengan herba-herba. Baru mempelajari istilah cadar beropol, Queen Size, King Size.....Alhamdulillah dapat menggantikan kerugian Kopi Kelapa Dara yang hilang dari pasaran secara tiba-tiba itu.  

Paling tak boleh tahan, semalam aku kena marah dengan seorang uncle, Mr Teo dari KL, yang bertanyakan tentang Preesure Cooker yang aku jual. Tiga soalannya aku gagal menjawab. Memang padan muka aku, kerana tak study habis sebelum mengiklankannya di internet. Terima kasih uncle, walaupun berdesing telinga aku, tetapi itu satu pelajaran yang sangat berharga. Nak menjual sesuatu produk,kita mesti menguasai 199% pengetahuan tentang produk itu. Kalau tak, korang akan terkial-kial nak menjawab soalan bakal pembeli.

Ok hujan dah reda, aku nak beli pisang goreng kat depan taman aku ni....!  

2 ulasan:

Mama Janet berkata...

PS dan kawasan2 yang sewaktu dengannya dah banjir lom.....?

boni kacak berkata...

wah...terima kasih juga sebab berkongsi di sini.. betul jgak tu, nak berniaga kita kena tau apa benda yang kita jualkan tu..knowledge tentang produk tu kita kena tau