MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Ahad, 28 Oktober 2012

MAHAL JUGA HARGA IKLAN NI

Aku sedang giat nak iklankan produk ni......! Harga iklan kecil/berbaris bagi akhbar tabloid biasa dalam lingkungan RM 70-RM 90 seminggu. Sinar Harian seminggu RM84.00. Aku pun dah tempah iklan dengan akhbar tabloid Seleksi. Minggu depan akan beredar iklan setoet tu di Semenanjung, Sabah dan Sarawaklah. Target aku dapat 20 customer pun, kira oklah. Lagi banyak, lagilah sukalah. Yang tak boleh senyum sekarang ni (memang aku simpati sangat, iaitu agen dan pelabur emas Geneva...sabarlah,semoga kemenangan akan menyebelahi anda). 

Data di atas tu ialah harga iklan teks dalam sebuah akhbar online. Mahallah juga, tetapi mungkin dapatnya nanti berganda-ganda.

Hari tu jengoklah blog Cik Epal.Yang aku perasan CE sendiri pun dah promosi baju kat entri blog dia. Mesti ramai orang order. Dan ramai lagi blogger iklankan produk jualan mereka dalam blog mereka dengan cara gurau-gurau,dan santai-santai.

Dalam blog aku ni, aku cuma mengharapkan engin carian Google. Antaranya, taip aje "Minyak Kelapa Dara Batu Pahat". Mereka akan sesat ke sini dan akan dipengaruhi jurujual tersohor ni...hehehehehe...!    

Mudah dot.my pulak banyak persaingan.Banyak betul dia orang iklankan langsir, sampai iklan periuk aku ditutupi langsir yang beratus-ratus helai tu.

Ingat,walau pun aku cuma iklan setoet,aku juga menyumbangkan cukai 6% untuk iklan yang disiarkan. 

4 ulasan:

boni kacak berkata...

hehehe.. nanti boleh juga saya belajar sikit2 ilmu berniaga daripada jurujual tersohor ni ye.hehehe

Knor berkata...

untung sgguh mudah.my..tapi rezeki terltk pd ke hendak Allah.

dlm ramai2 tu termasuklah suami kak..mmg berkesan.

amalkan baca al WAQIAH DAN JGN TINGGAL solat dhuha.

Marya Yusof berkata...

Saya nak mengiklan produk tp nak buat besar-besar tak berani...mcmana tu? huhuuu :P

Tunjuk ajar ku sifu! :)

Mat Som berkata...

Marya
Kalau modal dah ada,buat apa nak malu-malu, kalau malu tunjuk muka,
ambik saja duta produk,
ramai yg berebut nak jadi duta tu.