MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Selasa, 30 Oktober 2012

AKU TERIMA PANGGILAN MISTERI

Oleh sebab namanya blog herbs, memang patutlah aku jual aneka benda kat blog ni. Orang je aku tak  jual. So aku bubuhlah nombor hanphone kat semua blog dan facebook aku.

Tujuannya satu, orang call dan aku dapat customer. Untung pun dapat. Yang aku pelik, macamana ada peniaga yang jual tanpa guna hand phone? Semua bisnes secara maya tanpa bersua muka?

Macamana sekali pun aku kena bubuh nombor 0103443880 ni. Biar semua orang hafal nombor aku ni. 

Tetapi masalahnya, kadang-kadang aku dapat panggilan MISTERI....?
Macam-macam perkara lain yang aku dapat. Antara yang tak dapat aku lupakan ialah:


  1. Seorang lelaki dari Seremban menangis-nangis menelefon aku malam-malam buta. Dalam pukul 2.00 pagi gitu. Dia suruh aku carikan orang pandai-pandai di Batu Pahat ni untuk mengubati isterinya yang sakit. Aku tanya sakit apa? Isterinya dah gilakankan Mat Bangla.....Dua hari berturut-turut dia telefon aku. Aku cakap, aku tak tau nak tolong macamana. Doa banyak-banyaklah kepada Allah. Entahlah, bagaimana keadaan lelaki itu sekarang, AKU pun tak tau. Peristiwa tu  berlaku tiga tahun lepas dah.
  2. Yang paling aku tak suka, ada bapuk pulak call aku malam-malam. Kadang-kadang buat misscall. Satu hari aku marah dia cukup-cukup. Takut dia dengan suara aku...hahahahaha! Ko nak goda aku, geli geleman aku!
  3. Semalam ni ada peminat sejarah yang call aku. Beliau meminati makam-makam pendekar zaman silam. Abang dari Melaka tu sangat minat dengan entri aku tentang pusara purba yang bersebelahan dengan teratak Wak Dakam tu. 10 November ni nak datang ke Seri Medan. Jika aku tak sibuk, aku boleh jadi pemandu pelancongnya.
  4. Satu hari lain, ada seorang perempuan Cina call aku. "Awak taukey jagung ka? Saya mau beli benih jagung sama awak..." Oh baru aku teringat, gambar jagung mentah banyak-banyak yang aku upload kat Macap tu...Adeiii!
  5. Yang biasa aku dapat lagi, adik-adik kita yang nak buat kajian tentang sejarah Pt Sulong. Yang ini aku senang nak handle. Taukey Roti Tempayan adalah waris penting Sulong bin Mean. Sampai kat dia, semua lengkap beserta fakta-fakta dan gambarnya. Aku tanya tauke Roti Tempayan tu, kau dapat apa daripada mereka. "Terima kasihlah cikgu,....saya dapat macam-macam cenderahati...! Saya memang suka dan cinta dengan sejarah Parit Sulong ni."  Ujarnya sambil melekatkan roti pada tempayan hikmatnya itu.  
  6. Ada lagi beberapa panggilan misteri yang lain, tetapi cukuplah setakat ni. NAK SOLAT ASAR ni. Berdasarkan cerita aku ni, berani tak kalian bubuh nombor telefon peribadi kalian? 

Ahad, 28 Oktober 2012

MAHAL JUGA HARGA IKLAN NI

Aku sedang giat nak iklankan produk ni......! Harga iklan kecil/berbaris bagi akhbar tabloid biasa dalam lingkungan RM 70-RM 90 seminggu. Sinar Harian seminggu RM84.00. Aku pun dah tempah iklan dengan akhbar tabloid Seleksi. Minggu depan akan beredar iklan setoet tu di Semenanjung, Sabah dan Sarawaklah. Target aku dapat 20 customer pun, kira oklah. Lagi banyak, lagilah sukalah. Yang tak boleh senyum sekarang ni (memang aku simpati sangat, iaitu agen dan pelabur emas Geneva...sabarlah,semoga kemenangan akan menyebelahi anda). 

Data di atas tu ialah harga iklan teks dalam sebuah akhbar online. Mahallah juga, tetapi mungkin dapatnya nanti berganda-ganda.

Hari tu jengoklah blog Cik Epal.Yang aku perasan CE sendiri pun dah promosi baju kat entri blog dia. Mesti ramai orang order. Dan ramai lagi blogger iklankan produk jualan mereka dalam blog mereka dengan cara gurau-gurau,dan santai-santai.

Dalam blog aku ni, aku cuma mengharapkan engin carian Google. Antaranya, taip aje "Minyak Kelapa Dara Batu Pahat". Mereka akan sesat ke sini dan akan dipengaruhi jurujual tersohor ni...hehehehehe...!    

Mudah dot.my pulak banyak persaingan.Banyak betul dia orang iklankan langsir, sampai iklan periuk aku ditutupi langsir yang beratus-ratus helai tu.

Ingat,walau pun aku cuma iklan setoet,aku juga menyumbangkan cukai 6% untuk iklan yang disiarkan. 

Jumaat, 26 Oktober 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Mersing,Johor

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua sahabat. Sahabat maya, sahabat nyata, dan semua kaum kerabat, semoga kita semua menjadi manusia yang semakin baik dari semasa ke semasa, kerana dunia ini hanya sementara cuma..... 

PANTAI TELUK GOREK, MERSING,JOHOR 

 TELUK GOREK RESORT INI
NO TELEFONNYA 07-7945312
019-754 3222

Maaf zahir batin daripada saya.......

SIAPA GADIS MANIS ITU?

Di Petronas Pt Raja, seorang gadis cute mendatangi semua orang yang sedang mengisi minyak di situ.Dia membawa pengilat kereta dan memohon kepada semua orang itu,belilah sambil menderma untuk  sekolah tahfiz di utara tanah air.
Aku sangka budak muda ini akan membiarkan dia bercakap seorang diri.  
Rupa-rupanya dia menghulurkan derma RM 5 kepada gadis ini. Tanpa membeli produk itu yang mungkin harganya lebih mahal daripada harga di pasaran.

Soalnya, kenapa gadis ini kena tebalkan muka menemui lelaki-lelaki yang tidak dikenali? Siapa yang mempergunakan mereka? Adakah dia menjadi alat? Adakah benar derma itu untuk sekolah tahfiz?

Keadaan ini berlaku di mana-mana,di bumi semenanjung ini. Yang menjadi mangsa adalah seperti gadis ini. Sepatutnya kerja ini dijalankan oleh lelaki dewasa.

Aku memang rasa terganggu apabila keluar saja dari pintu bank, ada orang menahan aku.

Menderma memang sangat dituntut,namun jika kita tidak tahu asal-usul siapa sebenarnya penganjur derma ini, kita jadi muskil. Lebih baik kita derma kepada sekolah tahfiz atau sekolah agama persendirian yang banyak terdapat di tempat tinggal kita.    
Gambar candid yang terakhir ini ialah, unit farmasi bangunan baru hospital di daerah aku ni. Ia lebih canggih berbanding daerah-daerah lain di negeri Johor ini.  

Khamis, 25 Oktober 2012

MALAM YANG KIAN LARUT...


Malam yang kian larut ini.....
Kukenang kembali waktu lalu
Ketika masih bermain-main di desa kelahiran
bersama adik-adik, teman-teman
Ibuku yang gigih membesarkan kami
Dan ayahku yang tidak pernah berehat walaupun sehari

Malam yang kian larut ini
Kusedari kini
Hidup ini adalah sebuah putaran
Aku mengambil tempat ayahku
Dan anak-anak itu 
Memulakan kehidupan seperti aku waktu itu

Malam yang kian larut ini
Adik-beradik itu sudah punya keluarga dan komitmen
Dan masing-masing dengan urusan sendiri
Dan internet, telefon sebagai penjalin persaudaraan
Agar tidak rapuh dimamah edaran masa 

Malam yang kian larut ini
Teringat kembali teman-teman seperjuangan
Kini dengan haluan mereka
Ada yang tetap mengingati, ternyata mereka sahabat abadi
Ada jua yang telah lupa diri
Bersua di mana-mana bagaikan tiada mempeduli      
Mungkinkah mereka kehilangan memori 

Malam yang kian larut ini
Membayangkan hari yang kian tua
Berkasihlah hanya kepada Allah
Kerna cinta-Nya cinta abadi
Kerana kesunyian di sana amatlah ngeri

Allahu Akbar....Allahu Akbar....Allahu Akbar.....!







Gratisan Musik

PEMANGGANG IKAN AJAIB


Jika berminat hubungi saya 010-3443 880
Tambahan Kos Penghataran Pos RM 10

Pemanggang Ajaib adalah alatan memanggang paling terkini di pasaran.
Menggunakan dapur gas biasa.
Walaupun disebut pemanggang, sebenarnya tidak terhad untuk memanggang sahaja.
Anda boleh menggoreng, menumis,mengukus dan sebagainya..

Rabu, 24 Oktober 2012

BERKORBAN DAN APA KATA MEREKA?


Dalam satu kuliah yang aku hadiri beberapa hari lalu, penceramah Ustaz Ishak   Nor telah mengingatkan kami, jangan kata mahal...untuk berkorban, sekurang-kurangnya satu bahagian lembu.

Satu bahagian harga lembu sekarang antara RM 400-450. Mahalkah dalam setahun untuk kita berkorban sebagai tanda ketaatan kita terhadap perintah Allah?

Ustaz Ishak mencadangkan supaya sehari simpan RM 1 di dalam tabung khas, kalau setahun dah terkumpul RM365.00. OKlah, sehari masuk tabung RM 1.00, kalau ada lebih sikit kita masuk RM 2. Insya Allah.....setahun cukuplah kita berkorban satu bahagian lembu. 

Ustaz menempelak para perokok, 

"Awak sanggup berkorban RM 10 sehari untuk rokok (setahun RM 3650.00,DAH DAPAT SEEKOR LEMBU!) Mengapa untuk ibadat kepada Allah, awak kata mahal?"

Bila kita nak berkorban? Nak tunggu bila? Umur semakin meningkat tua. Jangan tunggu duit banyak, baru nak berkorban...takut Malaikat Izrail dah nak cabut nyawa kita, nyawa dah sampai ditenggorokan, pada masa tu barulah kita nak buat...Tetapi segala-galanya telah terlambat! Begitulah nasihat beliau kepada kami. Terkedu para jamaah mendengarnya. 


Dalam akhbar tabloid MINGGUAN WARTA PERDANA minggu ini pula, ada tajuk yang hampir sama...MASYARAKAT JAHIL KURANG MINAT BERKORBAN.....

Aku petik sedikit daripada yang dipaparkan di situ untuk dikongsikan di sini. Sedikit saja yang penting-penting....

Ustaz Datuk Hasan Mahmud Al-Hafiz berkata, ibadah korban adalah satu manifestasi seorang manusia selaku hamba kepada Tuhannya. Allah SWT menyukai hambanya melakukan ibadah korban, sebagai tanda tunduk dan patuh kepada suruhanNya.

Ustazah Rohani Saad pula berkata, ibadah ini menggambarkan kesyukuran seorang hamba setelah mendapat nikmat yang begitu banyak seperti kesihatan, kebahagiaan, kekayaan,dan anugerah ilmu.

Seorang ustaz kerabat memberitahu aku, Katanya dengan kita melakukan ibadah korban, rezeki kita selepas itu akan melimpah-ruah. Yakinlah, Allah pasti memberi kita ganjaran dengan rezeki yang tidak terduga oleh kita. Kedamaian dan kebahagiaan rumahtangga juga rezeki yang kita tidak sedari.

Surah Al-Kaushar Ayat 1-2 bermaksud:

"Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)



Selasa, 23 Oktober 2012

TEKS UCAPAN PERPISAHAN TAHUN 6-WAKIL MURID



CONTOH UCAPAN 1

Assalamualaikum w.b.k. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis. Yang berusaha Tuan Guru Besar, Encik Mohd Nizam Bin Abu Bakar, barisan penolong kanan, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi.

Hadirin sekalian,

     Pertama kali,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi kepercayaan mewakili rakan-rakan dalam menyampaikan ucapan wakil pelajar tahun enam dalam majlis Jamuan Akhir Tahun anjuran murid Tahun Enam, Pengawas dan Pengawas Perpustakaan Sekolah Kebangsaan Seri Pasir 2012 ini.


     Seterusnya, saya bagi pihak pelajar Tahun Enam ingin merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua guru yang telah mendidik kami. Sebahagiannya bermula dari peringkat Pra Sekolah, dan sebahagian besarnya bermula dari Tahun Satu sehinggalah ke Tahun Enam, daripada kami tidak mengenal huruf dan angka, sehinggalah kami dapat menguasai semua kemahiran yang dikehendaki. 

    Pada kesempatan ini juga, kami menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf, seandainya ada antara kami ada yang melakukan kesalahan dan kekhilafan dari segi tutur kata dan perbuatan. Selain itu, sebagai wakil bagi semua pengawas dan pengawas perpustakaan 2012, kami juga memohon maaf, sekiranya kami tidak dapat menjalankan tugas dengan cemerlang sebagaimana yang diharapkan.

Akhir kata, sampaikanlah salam kami kepada guru-guru yang sudah tidak bersama-sama kita lagi, sama ada telah berpindah atau bersara, katakanlah bahawa jasa dan bakti mereka, dan guru-guru yang ada di sini, akan kami sanjungi dan kami ingati sepanjang hayat kami. Hanya Allah sahajalah yang membalas segala pengorbanan guru-guru itu.

Sekian, wasalamualaikumwarohmatullahiwabarokatuh.




 CONTOH UCAPAN 2
Berikut ialah ucapan yang dipetik daripada AHBAR DIDIK


Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.

      Yang beruasaha Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, SK Seri Pasir, En………., yang dihormati dan dikasihi guru-guru dan seterusnya, rakan-rakan sekalian.

Sidang hadirin yang dihormati,

     Tanpa kita sedari, masa berlalu dengan begitu pantas. Tempoh enam tahun dirasakan umpama semalam sahaja. Kini, kita sudah berada pada penghujung tahun terakhir di sekolah rendah, iaitu tahun enam. Maka, minggu ini merupakan minggu terakhir kita menuntut ilmu di SK……… yang hebat ini. Begitu berat rasanya untuk meninggalkan sekolah  yang tercinta ini. 

Begitu hiba rasanya untuk kita berpisah dengan guru-guru yang amat dedikasi dan prihatin untuk mendidik serta mengasuh kita. Namun demikian, apalaah daya kita untuk menghalang waktu untuk terus berlalu, lantaran setiap pertemuan pastinya akan berakhir dengan perpisahan. Justeru itu, walaupun berat hati untuk berpisah, kenyataannya perpisahan itu pasti akan hadir.

Guru-guru yang dikasihi dan dihormati,
     Jasa dan bakti guru-guru terlalu besar buat kami semua. Tidak akan terbalas dengan wang ringgit dan harta benda untuk segala bakti yang kalian curahkan kepada kami. Pastinya akan kami kenang selama-lamanya selagi jantung dan nadi ini masih berdengup dan berdenyut. Pada kesempatan ini, saya mewakili rakan-rakan ingin menyusun sepuluh jari untuk memohon kemaafan dari hujung rambut sampai ke hujung kaki kepada guru-guru yang dikasihi. Hanya Allah sahaja yang  dapat membalas segala jasa dan bakti yang telah guru-guru abadikan kepada kami.

     Maka dengan ini sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang telah mendidik dan membimbing kami selama ini dan maafkanlah segala kesilapan dan kesalahan kami. Kepada rakan-rakan pula, selamat menempuh alam sekolah menengah yang tentu jauh bezanya dengan budaya di sekolah rendah. 

Semoga kita akan terus membina kecemerlangan dan terus berbakti kepada ibu bapa kita serta masyarakat dan negara. Gunakanlah segala ilmu yang telah guru-guru kita curahkan untuk melayari alam remaja dan seterusnya dewasa dengan penuh ketabahan, keimanan dan ketakwaan.

Pulau pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga.


Sekian, terima kasih.

Ahad, 21 Oktober 2012

BAPAK SEMOGA BAPAK BERTAMBAH SIHAT

Ayah aku telah meninggal dunia, juga ayah mertua aku. Jadi siapa yang aku panggil Bapak tu?

Enam tahun yang lalu, emak mertua aku, setelah sekian lama bersendirian setelah kehilangan ayah mertuaku, akhirnya dengan izin-Nya menemui Bapak. Orang Parit Raja.

Tahun ini Allah menguji Bapak, dan pagi tadi aku mengunjunginya.... Bapak kelihatan kurus dan cengkung.....

 Ketibaan kami di Jay Bee...disambut dengan titisan hujan renyai-renyai.....
Hospital Sultanah Aminah, tidak jauh berubah seperti 24 tahun dahulu, ketika aku menjadi penghuni setia kota metropolitan ini selama tiga tahun lamanya...
 HSA masih tetap seperti dulu....


Melalui tepian Selat Tebrau ini, kenangan  1987 mencari ketam seawal jam 3.00 pagi bersama-sama teman serumah terimbas kembali. Maklumlah nak jimat duit beli ikan, sanggup kami menjadi nelayan kota....kadang-kadang dapatlah setengah baldi....kadang-kadang dapat penat sahaja.

Saban petang juga kami berjoging di sini, kerana ketika itu kami menetap di Nong Chik....Berlari-lari melalui rumah orang-orang kaya di Jalan Strait View, dan akhirnya tembus di tepian selat ini....

Kenangan oh kenangan........

TELUK GOREK CHALET & CAMP SITE PAK MALAU

Entri ini disiapkan khas untuk guru-guru dari seantero Johor Malaysia ini, yang kebingungan nak memilih lokasi perkhemahan bagi aktiviti kokurikulum sekolah mereka. Takkanlah tiap-tiap tahun asyik berkhemah di padang sekolah....anda PK Kokurikulum yang sangat membosankan pelajar-pelajar.

 TELUK GOREK RESORT INI
NO TELEFONNYA 

Teluk Gorek Chalet & Camp Site

Business Listing
Lot 684, Tanjung Resang Penyabung, 86900, Endau, Johor
  • Mobile Phone019-754 3222
  • Tel07-794 5312
  • Save


Jadi, Teluk Gorek Chalet & Camp Site Pak Malau ni, saya cadangkan untuk kalian berkhemah pada tahun ini, kalau tak sempat, tahun depan. 



Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di sini antaranya ialah bermain bola tampar pantai. Pelajar-pelajar kalian tentu gembira tak terkata.


Guru yang bertugas kan ramai, jadi sebahagian guru boleh memancing untuk mengetahui hebat atau tak hebat korang memancing. Ikan memang ada, cuma tengok, memancing ni kena ada ilmu, kalau tak alamatlah kalian penat mengusung pancing yang berat juga nak bawaknya tu.

Antara chalet yang ada di sini. Ada juga guru yang membawa keluarga. Bolehlah menginap di sini. Bayaran RM 130. Tapi,kalau isteri anda peminat fanatik sinetron, TV tidak disediakan di sini, bawak sendirilah TV dari rumah dengan antenanya sekali...hahahahaha....Taukey Teluk Gorek Chalet, sila beli TV dengan segera, boleh beli murah-murah kat Rengit Prade tu.


 Kawasan memang luas, kalau setakat 30 buah bas datang sini memang muat.

Surau pun besar, ada surau untuk lelaki dan juga untuk perempuan.....Luar memang nampak batu-bata, tetapi di dalam tip-top......

Ada juga yang takut berkhemah di tepi pantai, boleh berhemah di dalam sedikit. Bangunan di belakang tu ada dorm-dorm untuk disewakan. 
 Tandas-tandas banyak ni....tempat mandi pun ada.....Jangan risau....!
 Ramai yang mendirikan khemah betul-betul di tepi pantai.
Sekian, liputan saya untuk kali ini. Ingat jangan telefon saya untuk mengetahui lebih lanjut tentang tempat ini. Yang terbaik kalian pergi buat tinjauan dulu.....kawasan ini terletak di antara Penyabung Endau dengan Pantai Air Papan, Mersing. 

CARA MASUKKAN GAMBAR DARI KAMERA KE KOMPUTER

Entri ini khas untuk pengunjung yang selalu tersesat ke blog saya, dengan tujuan nak bertanya BAGAIMANA NAK MASUKKAN GAMBAR DARI KAMERA KE KOMPUTER? 

Jangan ketawakan mereka. Kita dulu pun macam tu juga. Sekarang bukan main lagi, baru snap 30 saat lepas, dah tersiar kat status FACEBOOK.....!

Sila Pilih SATU daripada tiga cara yang saya cadangkan, berikut:

PERTAMA: OK....Paling mudah, cari lokasi untuk memasukkan memori kad kita tu...Netbook yang saya guna ni,kedudukannya di sini. Masukkan memori kad kamera tu seperti dalam gambar ni...tolak...Kalau Kat PC pula kena cari, ada ke?

Jika kedudukan sudah stabil, ikut arahan seterusnya sebagaimana dalam skrin komputer kita...Lepas tu Copy dan savelah gambar tu pada komputer kita.

Namun begitu, jika cara ini tidak boleh, komputer tu kena set balik di kedai komputer yang mahir memprogramkan hal yang ini. 

KEDUA: GUNAKAN SATU ALAT YANG DINAMAKAN CARD READER. Saya punya ni dinamakan Multi Card Reader. Memori Kad Hanphone yang kecil tu pun ada ruang yang boleh dimasukkan ke card ini. Ia dijual di kedai kamera atau hand phone. Yang ini murah, harga dalam RM 13 saja di tempat saya. Card Reader ni, ada pelbagai jenis bentuk dan rupanya. Lagi cantik lagi mahallah.


Card Reader ni ada ruang USB untuk dimasukkan ke laptop kita. Kalau kat PC komputer besar, masukkan ke ruang pen drivelah... 

KETIGA: Gunalah wayar USB yang dibekalkan ketika membeli kamera atau hand phone kita teeeee......Sambung je kat Laptop,dan ikut arahan pada skrin komputer..Semasa proses pemindahan gambar atau video, kamera mesti dalam keadaan 'on'..Ingat....semua card reader atau apa benda ni,kena buka dulu MYCOMPUTER.....Tu semua godek, tolong jangan buat panggilan kepada saya bertanyakan perkara ini....no hphone saya tu cuma untuk urusan jual beli herba-herba, cadar dan preesure cooker saja.....hehehehe 


Semoga masalah hamba Allah dari Pahang ni akan dapat diselesaikan.....Sekian.Tahniah untuk pasukan bola sepak Kelantan!

Sabtu, 20 Oktober 2012

PETUA MEMASAK DENGAN LEBIH PANTAS!

PREESURE COOKER ATAU DIKENALI SEBAGAI PERIUK TEKANAN TINGGI TELAH MEMBANTU RAMAI ORANG MEMASAK DENGAN LEBIH CEPAT....

KELEBIHAN:

Masakan kacang dal 5 minit saja
Masak Kacang Kuda 10 minit
Masakan ayam 15 minit saja
Masakan daging 30 minit saja




Ia sudah tentunya tahan lasak kerana ia
Diperbuat daripada ALUMINIUM BERMUTU TINGGI



POS RM 10.00





Yang malu nak berkata-kata sila emelkan ke matsom@ymail.com

BAGAIMANA PEMBAYARAN DIBUAT?


CARA ORDER:

Bank In ke CIMB:no  
7043 9284 74
MAT SOM/HAMIDAH

atau

Bank In

ke BSN : 01126-41-0000-3090-5 

MAT SOM SADONO
Setelah bank in SMS segera
ke 010-3443 880

Kemudian nyatakan:


Nama<>Alamat<>Bank in di bank<>Jumlah RM



Produk dihantar secara Pos Laju

Jumaat, 19 Oktober 2012

HUJAN-HUJAN KAU DATANG LAGI....

Peperiksaan akhir tahun telah bermula,dan ada yang berakhir hari ini. Sekolah agama pula berakhir hujung minggu depan. Jumlah hari persekolahan yang tinggal, hanya kira-kira 14 hari sahaja lagi. Dan selepas itu anak-anak kita akan berpesta-pora.....hohoho........yiiiihaaaaaa!!!

Hujan menerjah seluruh mukim Simpang Kiri bermula empat hari yang lalu. Cuaca begitu dingin sekali. Burung-burung bermandi-manda di udara. Pohon-pohon kelihatan ceria, setelah berminggu-minggu menderita kepanasan bak musafir kehausan di Gurun Sahara.

Penjual air mula kerisauan, kerana jualan merudum dengan drastik sekali. Dan   aku pun tidak dapat ke mana-mana.....melainkan menyaksikan mutiara-mutiara hujan yang berjatuhan itu...

Insya Allah malam ni, aku bertandang ke blog kalian..... Lama dah tak berjalan-jalan. Sejak teman aku membuka stokis cadar dan pelbagai barang kegunaan rumah ni, aku telah mula menjual cadar pula. Mula-mula agak janggal juga, maklumlah dah bertahun-tahun dah sebati dengan herba-herba. Baru mempelajari istilah cadar beropol, Queen Size, King Size.....Alhamdulillah dapat menggantikan kerugian Kopi Kelapa Dara yang hilang dari pasaran secara tiba-tiba itu.  

Paling tak boleh tahan, semalam aku kena marah dengan seorang uncle, Mr Teo dari KL, yang bertanyakan tentang Preesure Cooker yang aku jual. Tiga soalannya aku gagal menjawab. Memang padan muka aku, kerana tak study habis sebelum mengiklankannya di internet. Terima kasih uncle, walaupun berdesing telinga aku, tetapi itu satu pelajaran yang sangat berharga. Nak menjual sesuatu produk,kita mesti menguasai 199% pengetahuan tentang produk itu. Kalau tak, korang akan terkial-kial nak menjawab soalan bakal pembeli.

Ok hujan dah reda, aku nak beli pisang goreng kat depan taman aku ni....!  

Ahad, 14 Oktober 2012

TELUK GOREK,MERSING JOHOR

Semalam dan pagi tadi saya mengikuti perkhemahan anjuran unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Seri Pasir di Telok Gorek, Mersing Johor. Kawasan perkhemahan ini beberapa kilometer sahaja dari Pantai Air Papan yang terkenal itu.

video
Cikgu Ahmad Salleh-menyanyikan lagu Oh Sayang Broery Marantika

TELUK GOREK RESORT INI

Teluk Gorek Chalet & Camp Site


Lot 684, Tanjung Resang Penyabung, 86900, Endau, Johor
  • Mobile Phone019-754 3222
  • Tel07-794 5312


NO TEL TELOK GOREK CHALET DAN CAMP SITE
07-794 5312

150  Foto Berkaitan Klik Link berikut: