Ahad, 31 Mac 2013

PERANG BENDERA DI PARIT SULONG



TNB LARANG MEMASANG BENDERA DI TIANG DAN PENCAWANG TNB 

Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini mengingatkan parti politik yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 supaya tidak memasang bendera di tiang dan pencawang elektrik.

Naib Presiden (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) syarikat utiliti itu, Adelina Iskandar berkata perbuatan itu mengundang bahaya dan boleh meragut nyawa. 



Beliau yang mengulas perbuatan penyokong parti politik ghairah memasang bendera parti masing-masing di tiang elektrik TNB berkata pihaknya memantau perbuatan itu dan berharap mereka bekerjasama dengan TNB. 

Ratusan bendera pernah dipasang di tiang-tiang elektrik sepanjang jalan kampung-kampung jalan Simpang Lima ini, akhirnya ditanggalkan semuanya oleh TNB Batu Pahat.


Tiada ulasan: